TANGAN MANA NAK PAKAI GELANG KRISTAL

TANGAN MANA NAK PAKAI GELANG KRISTAL | ALLAH tidak pernah mencipta sesuatu di dalam alam ini dalam keadaan sia-sia atau tiada manfaat. Hanya ilmu manusia yang masih cetek dalam mencari rahsia alam ini. Begitu juga dengan batu batan ciptaan Allah, mempunyai rahsia tersendiri. Pada zaman Nabi Muhammad saw, wanita memakai gelang diperbuat daripada bahan-bahan rempah ratus Kerana percaya ia ada khasiat tertentu. 

Oleh itu, memakai gelang kristal kerana mahu mendapatkan khasiat yang ada padanya adalah harus. Yang haram ialah memakainya dengan niat menjadikannya sebagai tangkal yang dipercayai boleh menolak bala atau mendatangkan laba.

Tangan Mana Nak Pakai Gelang Kristal

Tangan Mana Nak Pakai Gelang Kristal

Kristal adalah ciptaan Tuhan yang tercantik yang menggabungkan warna dan bentuk. Kristal mempunyai corak tenaga yang unik yang membolehkan kita merawat dan menseimbangkan diri kita. Sejak beribu-ribu tahun dahulu manusia telah menggunakan tenaga penyembuhan kristal ini. Tenaga kristal ini terlalu kuat dan potensinya untuk menyembuhkan penyakit tidak boleh dipandang ringan.

Tenaga kristal yang dinamik ini adalah hasil daripada kombinasi dari ciri-ciri fizikal dan metafizikal kristal tersebut yang mana mengambil masa berjuta-juta tahun untuk menerima tenaga yang terpancar dari dalam bumi (dalam masa 200 juta tahun dahulu) yang membolehkan proses kebolehan penyembuhan kristal tersebut.

Ramai lelaki dan wanita memakai batu permata bersama cincin, rantai leher, gelang kaki dan tangan. Namun jarang orang mengetahui kelebihan dan manfaatnya terutamanya apabila digunakan dengan teknik yg betul. Keajaiban batu permata & kristal telah diketahui semenjak Zaman Batu (Dan Permata!).

Tangan Mana Nak Pakai Gelang Kristal

Tangan Mana Nak Pakai Gelang Kristal?

Prinsip Pertama guna kaedah kuno Qi Chinese: Pemakaian kristal selalunya berdasarkan kepada prinsip left in, right out.
• Left - in, masuk (terima)
• Right - out, keluar (memberi)

Pakai Kristal SEBELAH KANAN -  Pada bahagian kanan tubuh manusia dikenali sebagai sisi untuk memberi. Maknanya tempatkan perhiasan atau aksessori kristal korang di bahagian kanan korang bilamana korang mahu menghantar khasiatnya, energinya, manfaat dan kebaikannya ke arah luar. Pakailah Kristal di tangan kanan korang ketika korang berniat memancarkan healing properties sesuatu kristal itu kepada orang lain.

Contoh:
1. Untuk lebih menjadi penyayang, loving terhadap orang lain pakailah gelang Rose Quartz di tangan kanan kita.

2. Untuk menghasilkan persekitaran yang tenang, tenteram di mana orang-orang lain di dalam lingkungan itu juga boleh mendapat manfaat hasil dari ketenteraman itu. Kenakanlah aksessori crystal Amethyst di tangan kanan kita. 

3. Sebagai ikhtiar perlindungan kepada ahli keluarga kita ketika sedang travel, pakailah  black tourmaline pada anggota badan di bahagian kanan terutamanya tangan kanan kita.

4. Apabila hasrat atau niat pemakaian kristal bertujuan untuk mengelakkan perkara tak elok seperti ilmu hitam yang mengancam. Ataupun energy-energi negatif (aura negatif) mungkin berupa gangguan-gangguan makhluk halus kita disarankan pakai gelang kristal tu di tangan kanan kita.

5. Pakailah Projective Crystal di tangan kanan. Projective Crystal menghasilkan gelombang energi yang di pancarkan ke sekeliling. Membentuk magnetic field.

6. Makanya, gelang kristal yang kita istilahkan sebagai gelang crystal berenergy ataupun gelang kristal untuk balancing pusat-pusat tenaga di dalam tubuh kita, kita gelarkan sebagai ENERGY POSSESSOR. ENERGY POSSESSOR ialah sesuatu object yang mengandungi energi, menghasilkan energi, mengeluarkn energi dan memancarkan energi. Ia mengalirkan energi kepada si pemakai.

Tangan Mana Nak Pakai Gelang Kristal

Beberapa kajian juga secara umumnya menemukan batu-batu kristal ini mempunyai beberapa sifat utama seperti fokus, menyimpan tenaga, memindahkan tenaga, menukar bentuk tenaga sebagai contoh daripada tenaga elektrik kepada cahaya dan meningkatkan gelombang bunyi.

Orang yang biasa menggunakan batu kristal sebagai aksesori diri mengakui setiap jenis batu yang berlainan memberi suasana dan tenaga yang berbeza setiap kali ia digunakan.

Apabila seseorang itu memakai kristal, frekuensi pada kristal itu akan bersatu dengan tenaga atau aura yang ada pada si pemakai. Tenaga pada kristal berkenaan bergetar mengikut jenis dan warnanya yang akan menumpu pada pusat tenaga tertentu pada tubuh si pemakai seterusnya mengharmonikan dan menjana system tenaga (bioenergy) tubuh seseorang.

Gelang kristal yang dipakai secara amnya mengikuti untuk mendapatkan semula daripada prinsip yang hebat ini, daripada tenaga alam semesta adalah untuk memulihkan bentuk-bentuk dalam peredaran, satu lagi ialah melihat sifat memakai spar sendiri, spar biasanya dibahagikan kepada stok ( radioaktif) dan menyerap tenaga.

Secara umumnya kristal dipakai juga di sebelah kiri, korang boleh meningkatkan tenaga positif, seperti: Hantu Hijau, Kristal, Kristal titanium, Kristal putih, Amethyst, Kristal, turmalin, batu bergaris merah, Aquamarine, Moonstone, Garnet, Topaz boleh dipakai di sebelah kiri!

Tangan Mana Nak Pakai Gelang Kristal

Gelang-gelang kristal dia atas tu adalah antara koleksi terkini Sis yang Sis beli. Tapi paling Sis selalu pakai dan suka sangat adalah yang kristal Amethyst. Maklum laaa Sis kan suka purple. Bila pakai tu aura dia lain macam , beri kita keyakinan dan energy semangat yang penuh ceria, haa gituuu.. 

Amethyst - Membantu meditasi dan meningkatkan pemahaman spiritual, kejujuran diri, inspirasi dan intuisi, membuka kesadaran dan kemampuan menerima informasi pada tingkat lebih tinggi, menenangkan diri pada masa kesedihan dan kehilangan, mengurangi ketegangan saraf dan menghilangkan sakit kepala, mengurangi sakit dan bengkak pada luka dan mengurangi gejala sakit pada paruparu dan gangguan usus, merupakan penghilang rasa sakit pada berbagai kesakitan dan menjadikan tidur lebih teratur dan sehat bagi penderita insomnia.

Tapi terpulanglah pada pemahaman dan citarasa memasing, yang minat memakai kristal, bolehlah cuba beli dan simpan buat koleksi. Tak tau beli mana? Boleh di SINI aja yaa.. selamat bergelang-gelang korang ... 


P/S: Taip malam tengok LIVE gelang dengan Sunah dah macam orang TERsampuk hahahahahaha.. 

12 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ohh baru tahu kena pakai tangan mana. Terima kasih share infonya. Bagus untuk saya budak baru tahu tentang kristal ni. Banyak koleksi sislin. Saya baru ada satu hadiah dari KakRet hasil kerja tangan Cik Sun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan mana-mana tangan boleh jer Fizah, sekadar aksesori, cuma kalau pemakai kristal ni, mereka tau lerr cara dan gaya macam mana hehehe

      Delete
  2. Amboi..meriah koleksi gelang sis..tak boleh jadi ni..🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Banyak juga koleksi gelang kristal Lin ya. Kak Sue baru ada tiga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru mula Kak, ada tu memang koleksi sendiri tapi satu dua jer, bila dah ada geng, mulalah menjadi-jadi hahahaha

      Delete
  4. Ramainya koleksi gelang kristal SL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah ramai Wak, tu yang membiakkk hahahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Merah takde pulak aku berkenan Ret hahahaha

      Delete
  6. oh, ada macam-macam jenis dan cara pakai juga yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah laaa GB, tapi sekadar aksesori aje laa, barulah enjoy memakainya..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment