SEKARANG SANA SINI TELUR JADI REBUTAN

SEKARANG SANA SINI TELUR JADI REBUTAN | TEMPAT korang ada ke jualan telur seperti biasa? Kalau area rumah Sis sini, telur tu ada, tapi tak boleh beli macam dulu-dulu. Kalau sebelum ni Sis kalau belanja, mesti beli dua papan telur, dan juga dua bekas telur jenis Omega tu. Tapi sekarang, dah terhad jualan telur, satu family boleh beli sepapan ajer telur tau. Dan yang Omega harga pulak naikk 10 biji cecah rm6.90 woo.. 

Bukanlah berkira, tidakkk.. ikutkan Sis tak kisah punn, sebab tak jadi keperluan telur tu, ada ye ada, takde pun takpe, tapi lately ni jerr, time dah rajin pepagi makan telur rebus dua biji, time tu laaa ehhh telur pulak takde, dulu time Sis takde nak makan telur tiap pagi, takde pulakk ada sekatan telurnya, mana laaa tak hangin fikir nak cari telur hahahaha.. 

Cuma kesian juga kann dekat para peniaga, takat kita ni makan rumah jerr, okay laaa dapat sepapan dua tu, tapi yang meniaga, mau nak beli berpapan-papan kann, so sian laaa nak kena cari telur, memang sekarang sana sini telur jadi rebutan. 

Sambal Telur

Telur ada ke takde ke, kalau dah tekak nak makan lauk telur, kena jugalah dapatkan telur kan. Yang kelakarnya, time-time ginilah, anak bujang tu kemaruk nak makan Sambal Telur, dah dua kali dia request lauk yang sama, tak jemu agaknya hahahaha.. 

Sampaikan Ayahnya pun tegur haritu, asyik lauk telur jerr kekekeke.. Tapi takde laa masak lauk telur aja, kita masakkan jugalah lauk Suami dan juga lauk lain. Sambal Telur tu jer khas untuk anak bujang. Kalau dah malam tu, dia amik roti, makan dengan sambal telur tu, hurmmmm.. 

Harini pun adik datang Sis masak Sambal Telur juga hahahaha.. ingatkan Yana datang sekali, tu yang maakkan menu tu, sekali dia busy dekat opis, tak dapat datang, makanya kemain tersenyum laaa si anak bujang nampak ada menu sambal telur 6 biji tu dia jerr bedal seorang *tipulah, Sis makan dua biji, yang 4 biji lagi dia makan hehehe.. 

Sesekali okaylah.. kalau selalu, mau naik kolestrol Sis oiii.. 


P/S: Terima Kasih untuk 25 JUTA Pageviews!!! 💕

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Isu telur tak cukup sedang berlangsung ke kak? baru hari tu tengok video pengusaha telur siap cakap daily dia keluar telur XXX,XXX. banyak tuuu. camana tak cukup plak kan? Saya pergi pasaraya hari tu, telur sepapan habis. tinggal yang jenama-jenama gah tu 15 biji je. konspirasi apakah kali ini? PRU kah? takkanlah? food shortage? aiya ini Malaysia la. takkan telur pun nak kena import dari obersea?? aneh aneh je sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kat tempat Ruby telur okay ke? Kalau okay, kira okay laa tu, kat area rumah Sis, memang macam di catu ni, tak tau apa masaalahnya ni..

      Delete
  2. semalam beli telur kat maslee...mahainya RM6.89 sebekas, saiz M je pun huhuhu...terpaksa beli sebab takde pilihan lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa sama laa kat sini, walau Omega tapi kira mahal lerrr kann..

      Delete
  3. Kat rumah ako telur tu wajib haha so far ako x rasa lagi susah nk dpt telur.. Coz tgk mcm ok je telur mudah nak dpt kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo okaylah tu, kat sini masih lagi tercari-cari Ret.. kalau ada pun, tak boleh beli bebanyakkk

      Delete
  4. Sekarang isu telur pulak dah. Telur wajib ada kat rumah. Kadang guna bila waktu sesak tak ada idea nak makan apa, lagi satu rencah untuk menu lain. Rasanya masih mudah nak dapat telur kat sini. Tapi tu lah macam akak cakap, kesian lah peniaga yang berniaga berasaskan telur tu. Dengan takde stok dan harga naik. Pening dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang ni Fizah, still susah nak dapat telur area rumah Sis ni..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment