MINUM PETANG BERSAMA SUNAH SAKURA DI RENSATION HI-TEA RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

MINUM PETANG BERSAMA SUNAH SAKURA DI RENSATION HI-TEA RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | SIAPA lagi yang jadi mangsa makan-makan Sis kalau bukan Sunah Sakura. Sampaikan ada yang kata, 'di mana ada Sis Lin, di situ ada Sunah' hehehe.. nak kata kembar tu, jauh sekali. Sebaya? Lagi laaa beza, Sunah tu dah Sis anggap macam anak Sis dah, umur dia lebih kurang sama dengan anak Sis yang sulung, cuma, yang merapatkan kami adalah, kami 'sekepala'. Kadang ada gak berdebat, biasalah orang muda dan orang tua kann hahahaha.. 

Yang bestnya, apa Sis suka, dia pun suka, apa yang Sunah suka, kadang Sis pun tak suka hahaha.. Dan banyak dah sana sini kami pergi bersama, baik pi event, pi staycation dan jalan-jalan cari makan. Kalau dulu, pantang ada kedai kopi baru bukak, mesti kami dah sampai dulu, tapi sejak Sis dah cut-off kaffein ni, so ada agak slow sikit, sampaikan dah berjanji berkali-kali nak ke Starbucks pun, asyiklah postpone hahahaha.. 

Dan baru-baru ni, Sis dan Sunah mencuba pulak minum petang di Renaissance Johor Bahru Hotel, kami pergi berdua sebab RENsation Hi-Tea RM98 tu untuk dua orang. Kebetulan Sunah pun free masa tu, so dapatlah kami pergi minum petang sama-sama di sana. 

Minum Petang Bersama Sunah Sakura Di RENsantion Hi-Tea Renaissance Johor Bahru Hotel

Minum Petang Bersama Sunah Sakura Di RENsantion Hi-Tea Renaissance Johor Bahru Hotel

Tengok tu, nampak klass sangat kann. Sesekali gitu nikmati minum petang gaya 5 bintang! Dah hotelnya pun 5 bintang, tentunya laa gaya persembahan hidangan pun gaya 5 bintang kannn.. so kira berbaloilah dengan harganya. View tempat pun cantik, tenang-tenang gitu, dan menu yang di hidangkan pun menarik perhatian kami berdua. 

Nama pun minum petang, sudah tentulah hidangannya pun simple dan tidak dalam portion besar, just nice to eat jer. Nak banyak dan kenyang, korang boleh makan buffet dinner discovery Malaysia dia, haaa tu korang boleh makan sampai tersandar hahaha.. 

Minum Petang Bersama Sunah Sakura Di RENsantion Hi-Tea Renaissance Johor Bahru Hotel

Set minum petang yang di hidangkan mewah dengan rasa citarasa melayu walau nampak macam ala-ala english style punya menu tapi rasanya tetap rasa melayu kita dan rasanya sedap!. Ye laa, korang pernah tengok dan rasa ke Nasi Lemak Shushi dan Chicken Rice Shushi? Haaa menarikkan? Sekali pandang macam Shushi, tapi rasanya tetap rasa nasi lemak dan nasi ayam hahahaha.. alaa camne nak cakap ekkk.. korang kena cuba sendiri laa ya.. 

Antara yang jadi pilihan Sis, Nasi Lemak Shushi, Chicken Rice Sushi, Parmigiano Portobello Mushroom Prata dan juga Dark Chocolade Walnut Cake! Lain-lain pun sedap, tapi yang menu-menu ini menarik perhatian anak tekak Sis dulu. Minuman pula ada pilihan, teh atau kopi, seteko dia bagi, tak cukup, minta tambah lagi hohoho.. 

Minum Petang Bersama Sunah Sakura Di RENsantion Hi-Tea Renaissance Johor Bahru Hotel

Korang jangan berebut-rebut nak makan, semua hidangan disediakan untuk sorang satu di makan. Tak cukup, tak boleh tambah menu, tapi boleh tambah set baru hahahah. Weyy nampak jer sikit, tapi bila makan kenyang woii.. Memang berbaloilah dengan harga yang kita bayar. Korang boleh mencubanya. 

RENsation Hi-Tea Renaisaance Johor Bahru Hotel ini, korang boleh nikmatinya pada setiap hari bermula dari 3pm hingga 5pm, yaaaa SETIAP HARI. Jika boleh, bagitau dan tempah satu hari awal, mana tau takut ayam habis hahahaha, tapi boleh jerr kalau dah last-minit korang ngidam sangat nak pi makannya kan, call jer laa terus, staff mereka yang ramah mesra, sedia melayani korang. 

Korang nak tengok LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke facebook akusislin ni ya. 

RENsation Hi-Tea Renaissance Johor Bahru Hotel 
Harga RM98nett untuk 2 orang
[35% diskaun untuk ahli Club @renaissancejohorbahru ]

Untuk tempahan meja ; 


P/S: Dari pagi tadi, tekak ni rasa macam nak makan Domino pizza, dapnyaaaa...

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahahaha..entah bila oi nak pergi starbucks ni..geram je aku haaa..sedap kan menu hitea kat sini..nyum nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next month jer laa besday aku, ko belanja hahahahaha...

      Delete
  2. menggodanya semua menu tu kak, memang nampak berkelas sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, memang menarik perhatian sungguh menu-menu dia tu..

      Delete
  3. lain macam menu hi-tea nya kan. Selalu hi-tea menu English, sandwich, finger food etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Karni, tu sebab kata, design macam western, tapi rasa, citarasa melayu hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Menarik sangat, lain dari yang lain presentation dia kann..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment