TIKET SEPAHTU REUNION LIVE DI JOHOR HABIS TERJUAL (SOLD OUT)!

TIKET SEPAHTU REUNION LIVE DI JOHOR HABIS DI JUAL! (SOLD OUT) | SEBANYAK 4000 tiket sudah habis di jual untuk Sepahtu Reunion Live di Stadium Pasir gudang JOHOR pada Jumaat ini. So bagi mereka yang tertanya-tanya lagi tu, harap maaf, tapi korang boleh check untuk pembelian tiket pada Jumaat 21 Oktober punya ya, kotlah kan di buka lebih banyak tiketnya. 

Sis pun tak pasti samaada tiket untuk kedua-dua tarikh tu sudah habis di jual atau masih ada lagi untuk jualan pada 21 Oktober tu, korang try laa check onlinenya di www.ticket2u.com.my/event/28685

Sepahtu Reunion Live Tour ini bakal mendekati korang dengan menjelajah ke negeri Johor, Terengganu dan Kedah. Selain kumpulan Sepahtu, turut menghiburkan korang dalam sketsa komedi secara langsung ini adalah artis jemputan yang popular seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose, Datin Fouziah Gous, Afifah Nasir dan ramai lagi. 

Serta nantikan siapakah “cameo” yang bakal membuat kejutan di penghujung rancangan. 

Tiket Sepahtu Reunion LIVE Di Johor Habis Terjual (SOLD OUT)!

Ini memang kejutan laa kan, dan sketsa apa pulak laa yang bakal buat semua penonton bergelak tawa nanti. Sis ni kalau bab komedi ni memang ada kang gelak tak hingat orang, silap-silap kang, tak boleh control hahahaha.. 

Inshaalah Jumaat ni Sis berpeluang untuk menonton secara LIVE di Stadium Tertutup Pasir Gudang ini. Memang excited dan tak sabarnya lahaiii, harap boleh 'sopan'. Yaa sebab Sis dah pernah tonton live konsert Maharajala Lawak Mega dulu, nak kontrol gelak tu time live memang payah oii, dah memang spontan lawaknya, so gelak memang takde kontrol, takut gak kameraman kang suluh ke muka kita, keluar kat TV, adoiii habis hilang keayuan Sis ko hahahahaha.. 

Tapi siapa yang tak gelak kalau tengok Sepahtu dan Maharaja Lawak memang entah laaa.. takde perasaan agaknya kot, takat kalau senyum jer, ermmmm, memang pelik juga, paling tak memang akan bukak mulut nampak gigi punya gelak, silap-silap lidah pun terjelir hehehehe.. 

Tiket Sepahtu Reunion LIVE Di Johor Habis Terjual (SOLD OUT)!

Selepas hampir sedekad bergiat aktif dalam mempersembahkan sketsa dan jenaka dalam rancangan Sepahtu Reunion Live di saluran Astro Warna, kini kumpulan SEPAHTU yang dianggotai Jep, Rahim, Pak Ya bersama Ebby Yus bakal menjelajah tiga buah negeri untuk Sepahtu Reunion Live TOUR yang akan berlangsung bermula 14 Oktober 2022 ini.

Masih mengekalkan konsep asal yang berbentuk sitkom komedi, penjelajahan atau tour ini diadakan buat pertama kali untuk mengenali dan mendekati para peminat setia rancangan tersebut. Intipati setiap sketsa yang sarat dengan pengajaran tentang isu-isu semasa secara lakonan spontan mereka berjaya menarik perhatian ramai penonton di pelbagai negeri sehingga mencipta fanbase yang besar. Kini sketsa-sketsa ini akan dibawa ke negeri-negeri tersebut untuk dipersembahkan secara LIVE di hadapan ribuan peminat sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka. 

Aktiviti kemuncak yang bakal berlangsung di setiap lokasi adalah ‘Live Audience Award’ yang akan melibatkan para penonton dalam kategori-kategori yang berbeza termasuk pemilihan Best Dress of the Week dan The Most Happening Audience of the Week.

Sepahtu Reunion Live TOUR ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di setiap negeri yang terlibat. Para peminat di setiap negeri yang ingin menonton SEPAHTU secara LIVE boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga RM50 (Zone 1), RM40 (Zone 2), RM30 (Zone 3) dan RM20 (UPPER Tier) - TERKINI : (tiket SOLD OUT) ..

Persembahan mereka juga akan dipaparkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam.

Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka boleh memenangi lima tiket dengan menjawab tiga soalan yang mudah di laman sesawang Astro Rewards iaitu https://rewards.astro.com.my/bm/details/sepahtu.


P/S: Korang perhatikan yaa, kotlah muka ni masuk tv nanti hahahaha :p 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ok akan ako pastikan dok depan tibi.. Kot terpancul muka ko ke kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha jangan lupa mengundi Saya, ehhhh salah channel hahahaha

      Delete
  2. Kayhhh, ayuh bergelak samaaaa.. hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuhlaaaa.. jangan lupa pakai cecantik, ada anugerah tu hahahaha

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment