BILA SUAMI MENINGGAL DUNIA. Sebagai seorang isteri/perempuan kita kena amik tahu, kena belajar, kena amik peduli, supaya tidak mendatangkan fitnah apabila kelak melanda pada diri sendiri atau keluarga kita.
Dalam keluarga Sis, kami dah ada pengalaman begini, satu iddah arwah Emak dan satu lagi iddah adik Sis no 2, yang mana dua-duanya kematian Suami. Emak Sis mualaf so kami adik-beradik yang bertanggungjawab cuba terangkan iddah kepada Emak.
Adik Sis pula kematian Suami dalam usia muda, so Sis sebagai kakak sulung, bertanggungjawab menasihati dan menegurnya apa perlu dan tak perlu ketika dalam iddah. Alhamdulilah Emak dan adik lalui iddah dengan redha dan sabar.
Bila Suami Meninggal Dunia
Isteri-isteri .
Kena ambil tahu.
Jangan buat-buat tak tahu.
Jangan buat keras kepala.
Andainya suami kita meninggal dunia..
1- Hari pertama meninggal, kita sudah berada dalam iddah. 4 bulan 10 hari.
2- Tidak boleh menghantar jenazah suami di perkuburan.
3- Kita tidak dibenarkan keluar (kecuali bekerja) rumah tanpa sebab. Kenduri kendara tidak dibenarkan. Pergilah ziarah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari.
4- Tidak boleh berhias, makeup, pakai baju lawa-lawa.
5- Gelang emas tidak perlu pakai. Dan perlu ditanggalkan kerana tiada keperluan. Sebab kita berhias hanya untuk suami. Pakailah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari.

6- Barangan/keperluan dapur jika ada sesiapa (anak/jiran), bole minta bantuan belikan, tidak perlu ke kedai.
Perbanyakkan ibadah, muhasabah dan berdoa untuk arwah ketika di rumah. Tetamu boleh datang ziarah (jaga batas/aurat). Perkara yang kita perlu tahu kadang-kadang kita terlepas pandang.
Moga bermanfaat buat kita.
Kredit : Ustaz Mohd Zaki Zulkifli

P/S : Malam tadi mimpi ‘Korek Perigi’ ermmmm ..
terima kasih berkongsi ilmunya.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian Sis Lin...alamak apa plak maksud mimpi tu...
ReplyDelete