MAKAN PIZZA WAGYU DI LIQUID OF HAPPINESS

MAKAN PIZZA WAGYU DI LIQUID OF HAPPINESS

6
MAKAN PIZZA WAGYU DI LIQUID OF HAPPINESS. Setelah sekian lama ‘mengidam’ nak makan Pizza Wagyu, terutama Pizza Jofliam tu, tapi tak berkesempatan lagi, makanya gigihlah seketul Sis Lin ni mencari di mana ada Pizza Wagyu di Johor ni. 

Dah namanya rezeki, bukak TikTok ternampak satu bideo FYP ada satu kedai Cafe menjual Pizza Wagyu. Sis tengok videonya, nama Cafe tu agak familiar, ohh betullah, nama Cafe ni dia punya Kopi Sis pernah cuba ketika open house raya di rumah Visit Johor. 

Makan Pizza Waqyu di Liquid of Happiness

Makan Pizza Waqyu di Liquid of Happiness

Tengok lokasi terletak di Adda Heights. Kebetulan anak lelaki dan menantu ada di rumah, Sis ajak pergi cari. Alhamdulilah senang ke lokasinya dan masa sampai tu orang pun tak ramai, cuma order Pizza kena tunggu dalam 30minit. 

Pizzanya masak on the spot panas-panas secara live depan mata korang di kaunter depan. So memang korang dapatlah tengok cara dia buat pizzanya. Rupanya sekejap aja yaa masak pizza tu, tunggu lama tu sebab ada beberapa order lain, tapi untuk satu pizza tidaklah lama. 

Makan Pizza Waqyu di Liquid of Happiness

Makan Pizza Waqyu di Liquid of Happiness

Sekotak Pizza Wagyu ni RM89, di potong 6, cukuplah 2 keping sorang makan bertiga. Size besar bukan size kecik yaa. Memang melting sungguh dengan aromanya aduii tak sabar nak makan uii!. Puashati!. 

Masuk dalam mulut tu, perghhh lembut dan sedapnya rasa dia. Anak lelaki dan menantu Sis pun kata sedap, macam tak cukup sekotak! kira boleh datang makan lagi, tak rasa menyesal beli walau harga agak pricey tapi sangat sangat puashati!!. 

Makan Pizza Waqyu di Liquid of Happiness

Makan Pizza Waqyu di Liquid of Happiness

Ada jenis pizza lain juga, korang bolehlah order ikut pilihan korang, tapi kena try Pizza Wagyu dia, Sis bagi 9/10 untuk pizzanya. 

Pembayaran secara QR atau Cash sahaja. Untuk dine-in ada meja dan kerusi di dalam dan di luar tapi terhad. Minuman juga ada di jual. Nak ke sini, korang WAZE aja Liquid of Happiness, pasti sampai. 


P/S : Duluuu rajin buat sendiri pizza, sekarang? ‘Baik beli jer’ hahahahaha .. 

Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Sedap, puashati makan walau harga agak mahal banding pizza lain ..

      Delete
  2. Nampak Menyelerakanlahhh! Memang tak cukup tu makan dua tiga pcs! Pizza Jopliam tu separuh bahagian tu sy je yg makan.. ahhaahah...

    Alhamdulillah, buat raso raso la eh.. Tercapai wishlist! Hekhek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kena makan sorang laa ek cenggitu hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top