MASAK ASAM PEDAS ISI IKAN MAYONG UNTUK ADIK-ADIK

MASAK ASAM PEDAS ISI IKAN MAYONG UNTUK ADIK-ADIK

0
MASAK ASAM PEDAS ISI IKAN MAYONG UNTUK ADIK-ADIK. Agak lama adik-adik Sis tak datang. Kalau hari bersekolah memang memasing sibuk urus anak. Last datang rumah Sis masa Hari Raya lepas, kemudian kalau datang pun kejap-kejap amik barang singgah time anak sekolah. 

Dan baru ni cuti Hari Wesak, Sis ajak adik-adik datang ke rumah, kebetulan Sis ada beli isi ikan mayong, so apalagi.. Sis masak Asam Pedas Isi Ikan Mayong untuk adik-adik yang datang lepak di rumah sempena Hari Wesak baru-baru ni. Cuma adik no-3 aja yang memang susah nak bergerak sebab anak-anak dan Suami tiada di rumah. 

Masak Asam Pedas Isi Ikan Mayong Untuk Adik-Adik

Macam biasalah mana lagi kalau. Bukan di LIVE TikTok Sis beli ikan. Memang dah banyak kali beli dengan JB Seafood Fresh Market ni. Ikan dia segar-segar dan harga sangat berbaloi. Nak lock pun kadang susah kemain, nasiblah kalau cepat. Ada masa takde pulak yang lock, so dapatlah kita merasa. 

Lama dah tak ke Pasar membeli ikan kecuali ada certain yang memang Sis dan Suami nak makan, barulah Suami ke Pasar mencari dan membeli. Harga ikan di Pasar mahal yaa sekarang. Bukan bermusim lagi, tapi rata-rata memang mahal. Apa benda je yang turun? Kecuali ‘Hujan’ hahahaha .. 

Masak Asam Pedas Isi Ikan Mayong Untuk Adik-Adik

Di sebabkan anak saudara Sis semua pun ada, so Sis beli juga Siput Sedut dan Sis masakkan Lemak Siput Sedut untuk anak saudara Sis yang suka makan siput sedut. Beli 2 kilo, licin sekali sedut semua, suka Sis tengok memasing makan dengan gembira. 

Rumah Sis ni kalau takde orang, memang jaranglah nak masak meriah macam ni, just masak simple untuk Sis dan Suami. Dulu yerr sebelum anak lelaki Sis kahwin, dia suka makan dan pemakan berulang-ulang, so memang Sis masak lebih, now semua dah tak tinggal sama, siapa ajalah yang nak makan. 

Masak Asam Pedas Isi Ikan Mayong Untuk Adik-Adik

Untuk minum petang, Sis orderkan Popis Pisang dan juga Sis goreng Bihun (malas amik gambar). Makanlah puas-puas memasing dan kemain suka anak saudara Sis. Pertama kali semua rasa Popis Pisang tu, sedap makan panas-panas. Next time datang lagi Ayyom belanja makan lagi okayy.. 

Syukur alhamdulilah, kadang waktu cuti begini (Hari Wesak), selain habiskan waktu dating dengan Suami, kena juga beri ruang pada family juga. Dating tu bebila aja, tapi nak spend time dengan family ni yang masa agak terhad, time cuti sekolah laa dapat jumpa. 

Sp next cuti sekolah, dah tak sabar memasing nak berglamping.. yahuuuu .. 


P/S : Selamat berhujung Minggu buat semua .. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top