HAPPY MOTHER’S DAY TO ME AND YOU!. 11 May 2025 harini adalah Hari Ibu. Di sambut sedunia istimewa untuk para ibu. Special sangat kan! Tak kisahlah kalau ada yang kata ‘Hari-Hari pun hari ibu’, tapi zaman laaa ni, kadang, birthday Ibu pun anak lupa!.
So bila ada Mother’s Day gini, sekurangnya semua anak-anak akan ingat bahawa harini adalah hari istimewa untuk ibu mereka. Masa ni laa nak tunjuk lebih sikit kasih sayang korang pada ibu korang, walau hari-hari pun sayang.
![]() |
Happy Mother’s Day to Me & You |
At least harini bolehlah bawa ibu korang keluar makan, belikan hadiah, tunaikan apa yang ibu korang inginkan. Kena pulak harini hari Ahad, semua orang pun cuti, masa ni laa masa bersama keluarga.
Yang masih ada ibu, hargailah, yang ada isteri, kasihilah, mereka banyak berkorban untuk kamu, tak semua orang boleh bergelar ibu dan tak semua orang masih ada ibu, jadi hargai, sayangi, kasihi dan cintailah mereka selagi masih ada.
![]() |
Ibu beranak 3 #alhandulilah |
Sis harini siang Suami kerja, malam nanti baru nak sambut hari ibu bersama anak-anak, menantu dan besan Sis. Terima kasih anak-anak dan Suami atas ucapan Hari Ibu harini, pepagi dah mesej semua dan juga adik-adik Sis. Sis ni anak sulung, so dah macam penganti Emak Sis buat mereka.
Okayy dah jom siapkan kerja rumah, sekejap lagi Sis nak keluar cari bunga untuk ‘diri sendiri’ .. Selamat Hari Ibu korang!
P/S : Thank You Allah for 30 years menjadi seorang Ibu ❤️
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.