MAKAN TENGAHARI SEMPENA HARI IBU DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL. Semalam ikut plan asal macam biasalah Sis dan Suami keluar dating bersama, tapi sebab kerja masih lagi banyak dan tak siap lagi, so Suami kena kerja semalam. Sebelum keluar kerja Suami cakap, kalau Sis nak keluar dia izinkan.
Sis teringat yang semalam memang ada jemputan media makan tengahari Sunday Brunch di Renaissance Johor Bahru Hotel tapi Sis dah tolak sebab tau memang Ahad Suami Sis tidak bekerja, tapi sebab semalam Suami kena kerja dan dia izinkan Sis keluar, Sis terus masuk group tanya masih ada kekosongan tak, Sis nak join walau dah last minit, alhamdulilah masih boleh join, terus Sis bersiap.
Ngam Sis sampai time makan jam 12pm tu. Ramai yerr semalam yang datang makan tengahari di sini, memasing semua datang family dan bawa ibu. Suka Sis tengok, sampaikan mana-mana Sis jumpa ibu-ibu, Sis wish sekali Hari Ibu, dah macam ‘kepoh’ pulak Sis semalam. Ye laa kita dah takde Ibu kan, so lihat Ibu orang kita pun rasa macam Ibu kita, tak salahkan beri ucapan.
Sejak dah tak berapa ‘pemakan’ ni, bila tengok menu-menu terhidang, fuhhh perut rasa kecut yaaa. Tekak sampai tak tau nak makan apa, banyak sangat pilihannya. Sis amik sikit-sikit aja laa buat raso-raso kan, tapi paling menarik perhatian Sis, menu Bakar-Bakar dia. Ada pilihan ikan yang di makan bersama sos. Sis pilih Salmon dan Seabass di curah dengan Lemon Sos, sedap.
Tengah sedap makan, tiba datang staff mereka beri sekuntum bunga Rose dan cokelat sebagai hadiah Hari Ibu yang jatuh pada hari Ahad 11 Mei 2025 semalam. So siapa yang datang makan tengahari semalam, semua Ibu-Ibu dapat bunga dan cokelat tu. Juga ada Uncle Badut, yang beri ballon pada semua kanak-kanak, tapi Sis negecek Uncle satu flower ballon hehehehe..
Lihat sini untuk menu Sunday Brunch at Renaissance Johor Bahru Hotel
Terasa di hargai gituuu, walau tak dapat sambut bersama anak-anak dan juga Suami tapi semalam adalah hari istimewa untuk diri sendiri dapat sambut bersama dengan kengkawan yang lain. Bukan senang yaa Sis nak keluar pada Hari Ahad, selalunya Sabtu dan Ahad adalah hari OFFday Sis. Thanks Suami beri ruang dan izinkkan untuk keluar meraikan Hari Ibu semalam.
Apa-apa pun, satu jer pesan Sis, korang jangan nak jadi joykiller sangat pada mereka yang sambut Hari Ibu. Yerr tau dan faham, hari-hari Hari Ibu, tapi bagi Sis, walau hari-hari hari Ibu tapi semalam adalah hari istimewa untuk meraikan Ibu. Kita pun bukan setiap hari nak bawa Ibu keluar makan, jumpa dan beri hadiah, silap-silap harijadi Ibu sendiri pun ada yang lupa dan takde bawa makan dan belikan hadiah.
So sempena Hari Ibu ni laa, korang boleh ingat dan berikan ‘lebih’ kasih sayang pada hari tersebut. Sebagai Ibu atau yang dah jadi Ibu, mesti tiba jer Hari Ibu, korang tertunggu ucapan atau hadiah dari anak-anak kan? So tak kita, sama jugalah Ibu kita. Jangan nak judge orang yang sambut Hari Ibu ni, taknak sambut, just DIAM aja.
Mungkin Ibu awak tak kisah, tapi Saya seorang anak dan Ibu, Saya kisah!.
P/S : Happy Wesak Day! Harini nak masak Asam Pedas Ikan Mayong.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.