SELAMAT JALAN SAHABATKU DUYUFURRAHMAN MENUNAIKAN HAJI

SELAMAT JALAN SAHABATKU DUYUFURRAHMAN MENUNAIKAN HAJI

0
SELAMAT JALAN SAHABATKU DUYUFURRAHMAN MENUNAIKAN HAJI. Alhamdulilah, ketika mendengar khabar yang sahabat Sis ini akan menunaikan Haji, sebaknya rasa, cemburu pun ada, dalam hati ‘bertuahnya muda-muda dah dapat pergi Haji’. 

Sis dan sahabat lain turut gembira mendapat khabar gembira ini. Pada mulanya Suaminya aja yang mendapat panggilan Haji, kemudian sahabat Sis ini mohon rayuan untuk bersama Suaminya. Tawakkal dan berserah pada Allah. 

Kun Fa Ya Kun, jika Allah berkehendak, maka rezeki sahabat kami dapat juga pergi bersama Suaminya menunaikan Haji, syukur!. 

Selamat Jalan Sahabatku Duyufurrahman Menunaikan Haji

Sudah beberapa kali sahabat-sahabat yang lain berjumpa dengan Kak As ni dan mereka dapat turut sama dalam majlis meraikan bakal jemaah Haji di Mesjid, tapi Sis tak dapat join sama atas sebab yang mendesak. 

Kemudian Sis dan sahabat semua plan nak ke rumahnya Kak As berjumpa dengannya sebelum Kak As berangkat, dengan izinNya Alhamdulilah dapat juga kami semua berkumpul dan bersama. 

Selamat Jalan Sahabatku Duyufurrahman Menunaikan Haji

Bukan sekadar berjumpa, malah kami dapat buat bacaan doa selamat dan doa orang menunaikan Haji buat Kak As dan Suaminya. Dan paling sedih dan sebak, kami dapat bertalbiah bersama-sama dan Ya Allah menangis kami semua. 

Rasa rindu kepada Haramain sangat dalam buat kami yang pernah ke sana. Allahuakbar moga dengan doa yang kami bacakan, Allah izinkan buka kemahuan hati kami untuk datang sebagai Duyufurrahman (tetamu Allah) berkali-kali .. 

Selamat Jalan Sahabatku Duyufurrahman Menunaikan Haji

Buat Kak As ..
Kami semua sahabat mendoakan moga Kak As sihat-sihat, di berikan kekuatan dan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan ibadah Haji di sana. Juga semoga apa yang Kak As niatkan, hajatkan, mohonkan, mendapat redha Allah dan di makbulkan segala doa dan mendapat Haji yang mabrur. 

Ya Allah, berikanlah keselamatan dan perlindungan kepada mereka semasa pergi dan kembali daripada menunaikan ibadah haji ini, juga keselamatan buat anak-anak serta harta benda yang ditinggalkan. Jauhkanlah mereka dari perasaan resah gelisah, gangguan kesihatan dan tidak selesa. 

Kukuhkanlah keimanan dan keyakinan serta peliharalah mereka dengan permudahkanlah segala urusan, keselamatan zahir dan batin, harta benda serta keamanan di sepanjang perjalanan untuk menuju ke rumah-Mu, Baitullahil Haram serta mengunjungi ziarah makam nabi kami, Muhammad S.A.W.

Aamiinn Ya Rabb .. 


P/S : Rindunya nak ke sana lagi 😭 .. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top