MAKAN MALAM BERTEMAKAN ‘SEAFOOD RENSATION’ DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL. Ramai memang ternanti-nantikan bufet makan malam di Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Di tambah pula bufetnya bertemakan seafood, memang ramai yang suka, termasuklah Sis.
Dengan harga RM188nett Dewasa, korang boleh makan lebih dari 300 menu yang di hidangkan. Dari mula pintu masuknya, hingga ke luar sana penuh dengan makanan sesajerr, memang happening weyyy, terkejut juga Sis tengok semua makanan yang tersedia. Paling teruja pilihan seafood mereka, segar dan banyak jenis.
Kaki makan seafood Sis pasti korang mesti suka! Udang galah? Takkan tak ada kan! Itulah yang kami semua tuju dulu hahahaha.. kali ni size agak besar, tu pun Chef kata, nak cari lagi besar size udang tu erkkkk.. memang puashati makan uii. Korang tengok gambar Sis ternganga pun dah tau kann..
Pelbagai station menu ada dalam bufet ni, antaranya ; Gala Seafood Tomyum, Seafood Char Koay Teow, Shell On Fire, Oyster Ommelete, Yong Tau Foo, Berempah dan Celup Tepung, dan banyak lagi, ni semua station panas bahagian luar sana.
Untuk bahagian dalam pilihan menu memang banyak. Korang nak makan nasi, ada pelbagai jenis lauk-pauk di sediakan, antaranya; Ayam Goreng Kunyit, Sambal Sotong, Masak Lemak Daging Salai, Seafood Nyonya Sauce, Udang Salted Egg, Nasi Goreng Seafood, Steamed Fish Fillet, Sayur campur dan banyakkk lagi.
Juga untuk yang suka makan Western, pun ada juga, korang boleh cuba; Wholes Fish Seabass/Red Snapper, Chicken Percik & Black Pepper Lamb Shoulder, Pan Seared Fish, Gochujang Chicken Thigh, Pink Sauce Spageti, Pumpkin Au Gratin dan macam-macam menu lain, nak tulis semua, bengkak jari ni hahahaha..
Masakan Indian ada, Chinese ada, Japan ada, juga pelbagai jenis Pizza juga ada, antaranya; Kimchi Salmon Pizza juga Tandoori Prawn Pizza, lain macam kannn.. Tak lupa juga station aneka Mee, ada Fish Soup, Mee Udang, dan aneka pilihan sup. Setiap minggu menu bertukar-tukar.
Dan paling menarik perhatian menu mereka adalah; Seafood On Ice dan juga Mala Hot Pot Seafood with Noodle, perghh sekuali seafood di hidangkan ko. Yang suka pedas memang sesuai laa makan Seafood Mala ni haaa, pedas-pedas manjahhh aja tapi sangat puas yaa makan seafoodnya tuu, segar sangat..
Pencuci mulut, Salad, Minuman, Aiskrim, Kuih-Muih Melayu dan juga Roti, semua ada. Puding dan Bubur juga Buah-buahan semua tersedia, apalagi ko nak haaaa.. memang sangat berbaloi-baloi makan malam bufet di sini, puashati dan terlampau kenyang betulll!!
Cuti sekolah dah bermula ni, Jom laaa bawa family & bestie korang makan di sini okk!!.
Seafood Rensation Dinner Buffet 🦞🦀🦪
JUMAAT & SABTU [May & June]
Bermula jam 6.30pm - 10pm
Seafood Rensation Dinner Buffet 🦞🦀🦪
JUMAAT & SABTU [May & June]
Bermula jam 6.30pm - 10pm
RM188nett Dewasa
RM94nett Kanak-Kanak
Untuk tempahan :
📲 wa.me/60177713327
🔗 bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐 cafebld.com/specials
Lebih Banyak Gambar : Facebook pages akusislin
IG posting : akusislin
TikTok posting : akusislin
Untuk tempahan :
📲 wa.me/60177713327
🔗 bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐 cafebld.com/specials
Lebih Banyak Gambar : Facebook pages akusislin
IG posting : akusislin
TikTok posting : akusislin
P/S : Teringat-ingat akan kesedapannya Udang Galah goreng itu weyyyy..
Semua jenis masakan ada ye. Ini yang kena makan puas-puas ni setanding harganya.
ReplyDelete