BLOOMING PETALS EVENING TEA AT RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL. Terasa dirimu sungguh berharga yaa bila dapat reward diri sendiri bersama bestie minum petang di hotel mewah begini. Mana lagi kalau bukan di Renaissance Johor Bahru Hotel.
Sepanjang bulan Mei ni, Renaissance Johor Bahru Hotel mengadakan set minum petang bertemakan Blooming Petals untuk dua orang dengan harga hanya RM118nett termasuk minuman Teh/Kopi yang boleh di refill secara percuma, kecuali makanannya.
Kalau tak minum petang pun, Sis memang suka lepak di R Deli di ruang lobby Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Suasananya yang cool, dan tenang, kalau buat kerja di situ memang harmoni betul, apatah lagi kalau duduk minum petang bersama bestie, rasa taknak balik, begitulah hahahaha..
Untuk set minum petang Blooming Petals ni, pada mata Sis laa, lebih kepada manisan dan menu simple, so memang sesuai kalau korang duduk minum sini hanya untuk chill-chill dengan bestie korang sambil bergosip gituhh.. so takde laa sampai tercekikk kann hahahaha..
Ada dalam 10 jenis menu di sediakan dalam satu set tu, korang jangan tanya nama semua tu, Sis memang lupa nak tanya tapi memang sedap betul semuanya. Tak tipu yaaa, semua Sis makan, membazir kan tak baik, dah ada depan mata, kita habiskan, berbaloi makan sebab semuanya sedap seperti yang di gambarkan.
Pilihan Sis yang udang tu, kemudian salmon roll tu, dan juga cokelat kek dalam gelas tu, adeii tak tau laa nama apa, tengok gambar je laa ek korang hahahaha.. tu semua sedap, pilihan utama Sis makan dulu. Alaa korang pun kalau lepak dengan bestie korang, bukannya nak makan sangat kann, borak-borak, bergambar laa, sampai kering sejuk makanan tu hahahaha tau sangattt..
Time hari cuti Ahad tu, korang boleh bawa family korang makan Sunday Brunch Buffet di Cafe BLD mereka, kemudian terus minun petang Blooming Petals di R Deli pulak, seharian menghabiskan masa bersama yang tersayang, pasti mereka bahagia.
So jangan lupa, promosi Blooming Petals Evening Tea ni hanya pada bulan MEI sahaja yaa..
✨ RM118nett untuk 2 orang
🕒 Setiap hari, 3PM - 5PM
📍R Deli (Lobby)
Untuk tempahan meja ;
𝐑 𝐃𝐞𝐥𝐢
📲 wa.me/60177713327
📧 renjb.fb.administrator@renaissancehotels.com
P/S : Makan/Minum di Hotel bukan sebab KAYA tapi satu kepuasan! #alhamdulilah ..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.