MAKAN TENGAHARI DI MELOR HOUSE SELEPAS INJEK VAKSIN INFLUENZA. Setelah setahun habis due date injection inlfuenza yang Sis ambil di KPJ Pasir Gudang, Sis sambung semula vaksinnya di Klinik Adham Taman Bukit Indah.
Kenapa jauh sana? Sebab beberapa kali tanya vaksinnya di KPJ Pasir Gudang juga di Klinik berdekatan, semuanya takde stok, so Sis bertanya dengan Klinik Adham, katanya ada.
Kebetulan masa tu Sis memang ada temujanji dengan kawan-kawan di Bukit Indah, makanya terus buat temujanji dan amik vaksin influenza di Klinik Adham sahaja. Bayaran RM80. Settle untuk setahun.
Selesai di Klinik, terus pick-up dua orang sahabat Sis di sana dan kami terus ke Melor House untuk perjumpaan ‘meeting & eating’ kami. Sis dah pernah ke sini, yang lelain pestime ke sini.
Tujuan ke Melor House untuk buat tempahan Private Event kami pada bulan June nanti. Setelah berjumpa dengan PIC Melor House, setelah berbincang semua, kami setuju dan comfirm untuk adakan event kami di sini. Alhamdulilah.
Memang suka akan suasana di Melor House ni. Konsep seperti makan di rumah sendiri dan memang santai dan yang bestnya event kami akan di adakan secara tertutup untuk kami sahaja seramai 60pax.
Sebelum ni kami buat di GBW event Gala Raya
Sambil berbincang kami orderlah makan. Sis dan Zana makan Laksa Johor. Kak Ana makan set Nasi dan Asam Pedas, manakala lagi 3 orang tu tak makan sebab mereka baru balik kelas, biasalah habis kelas mesti ada jamuan, masung-masing kenyang.
So kami orderkan set Minum Petang untuk mereka dan kami jamah-jamah. Perbincangan di mulakan sambil makan. Untuk tema dan aktiviti kami dah bincangkan, pembahagian tugas juga sudah di bahagikan, tinggal nak settle RSVP ahli sahaja. Fuhh banyak kerja tu kann.
Apa-apa pun yang penting kerjasama dari semua AJK. Moga Allah permudahlan segala urusan kami nanti. Nak tau tema apa? Tungguu hahahahahaa ..
P/S : Terliur Sambal Belacan Pelam, nak buatlah!
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.