KOPI SAIGON PASIR GUDANG KINI DI BUKA!. Selalunya kalau beli Kopi Saigon ni bila kebetulan Sis dan Suami ke bandar Kota Tinggi. Memang mesti singgah. Sis suka signature Kopi Saigon tu, less sugar dan tidak terlalu pahit, just nice untuk pengemar kopi.
Dan sekarang tak perlu pergi jauh dah, Kopi Saigon kini telah di buka di Pasir Gudang. Dekat aja dengan rumah dan tak perlu nak beratur dan nak parking pun senang, tak macam di Kota Tinggi tu. Kena ada yang tunggu di kereta sebab parking tepi jalan.
Dan kebetulan owner Kopi Saigon ni ibunya adalah sahabar tadabbur Sis, Kak Suzen.
![]() |
Kopi Saigon Pasir Gudang |
![]() |
Grab dab Foodpanda pun ada |
Ketika dapat jemputan Grand Opening kopi Saigon baru ni, Sis tak dapat nak pergi, so baru ni habis kelas tadabbur, Sis dan Shima singgah ke cafenya. Kak Suzen pun ikut sekali join. Cafenya terletak di Taman Mawar area bangunan kedai baru betul belakang Petronas juga Honda tu, memang senang nak tuju.
Parking pun banyak. Masa kami datang, kebetulan ada beberapa pelanggan datang juga, jadi ramai sekejap tapi servis okayy. Tak menunggu lama, tapi kalau menunggu pun, best juga duduk situ, banyak kerusi meja di sediakan dan tempatnya sangat tenang.
![]() |
Order dan bayar di sini |
![]() |
Kanan tu Kak Suzen, ibu kepada owner Kopi Saigon |
Sis dan Shima order signature Kopi Saigon, satu besar satu kecik, dan juga amik pie banana dan juga apa entah namanya satu lagi tu hahahaha.. lagipun perut kenyang lagi, dah makan di kelas tadabbur tadi tu. Di sini ada juga Pizza tapi buat sementara ni Pizzanya tengah off dulu, kakitangan tak cukup, one day akan kembali semula.
Juga ada Pavlova dan Tiramisu, sayangnya kami datang pun dah lambat, so Tiramisunya dah habis. Sehari hampir 70 bekas Tiramisu di keluarkan, tapi sekejap licin. Maklumlah Tiramisu sekarang tengah viral. Kalau ada rezeki, nanti nak pergi awal dan cuba Tiramisunya.
![]() |
Signature Kopi Saigon |
![]() |
Sahabat Tadabbur |
Lama juga kami sembang-sembang bertukar cerita mengenai tadabbur dan juga boleh di katakan suai kenal, sebab dengan Kak Suzen ni kami baru juga kenal. Lepas menyembang, apalagi, seisi bergambar, tanda support buat sahabat kita, yang sebetulnya nak up dalam group, tanda hadir hahahahaha..
Korang yang nak datang, bolehlah singgah ya, alamat di bawah ni.
Kopi Saigon Pasir Gudang
7, Jalan Mawar Merah 4/2
Taman Mawar, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang
81700 Pasir Gudang Johor
Buka SETIAP HARI
Dari jam 11am hingga 10pm
Kecuali Hari JUMAAT buka jam 2.30pm - 10pm
P/S : Now dah kurang-kurangkan kopi, minum ‘bila perlu’ sahaja.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.