MERAIKAN MAJLIS PERSARAAN SAHABAT AKU BERTEMAKAN MATCHA STRAWBERRY!. Tahun ni banyak betul tema matcha strawberry ni. Sis sendiri pun rasanya raya kali ni 3 kali kot memakai tema matcha strawberry. Jenuh ea nak mix & match-kannya!.
Tapi takpe, kita menyantuninya aja. Ikut tuan rumah nak tema apa. Nasib baik juga ada warna tu dalam lemari. Lagipun Sis menang dah stanby beli sepasang dua warna matca strawberry untuk raya tahun ni.
Baru ni dapat jemputan khas dari salah seorang sahabat Geng KK kami Kak Mas, sebagai tetamu VIP (cewah) untuk meraikan majlis persaraannya. Bersara 55 tahun, now mantan GPK SMKPG3. Tahniah Kak Mas.
Majlis di hadiri semua guru-guru dari SMKPG3 juga guru-guru SKOMAS di mana tempat Kak Mas memegang jawatan juga sebelum ni di sana. Itu pun tak semua, yang terpilih sahaja menjadi jemputan khas beliau.
Majlis di adakan di Ruby Hall, dan bermula seawal jam 2pm dan berakhir hampir jam 5.30pm. Sis bersama Geng KK lain turut hadir bersama, kecuali sorang lagi yang sekarang dah berpindah ke KL. Rindu ko Nas.
Kami ni dah macam family, bergurau senda dan selalu ke sana ke sini mengeteh dan meyembang dalam group, dah tak kisah dah siapa tua siapa muda, janji hormat antara satu sama lain.
Bermula nama group ; Geng Senam, Geng Ngopi, Geng Nenek, now Geng KK (pi sama-sama buat kad kesihatan di KK Taman Cendana baru ni).
Petang tu majlis semua teratur, kitaorang hanya duduk dan meraikan. Makanan pun boleh tahan sedap cuma ada juga menu yang kami tak puashati masa makan, entah laaa, yang makan jer yang tau hahahaha.
Bahagian dessert aja memang best! Sebab bahagian dessert tu di sediakan oleh guru-guru secara potluck. Dan menu paling best adalah Laksa Penang, sebab laksa tu airtangan salah sorang Geng KK kami,Ina ..
Majlis bermula dengan iringan masuk Puan Masilah di iring oleh guru-guru dan kemudian ucapan dan bacaan doa. Seterusnya acara memotong kek dan di teruskan dengan jamuan makan di selit-selitkan dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah khas kepada guru-guru.
Alhamdulilah, terima kasih Kak Mas menjemput kami. Dengan ucapan selamat bersara dan selamat beristerirehat buat Kak Mas. Welcome to the club!. Next jangan lupa plan kita berhuhahuha yaaa hehehehee ..
P/S : Dulu cita-cita aku nak jadi Cikgu ha³ ..











Selamat bersara cikgu. Wah, meriah ye majlis persaraan dekat dewan bersanding 😄
ReplyDelete