16 MEI 2025 - PERGINYA SAHABATKU KE RAHMATULLAH. Nak menulis sebaknya rasa dada, mengalir airmata tak-henti seawal Subuh tadi. Sehari sebelum (semalam), sempat Sis dan kawan-kawan pergi ziarah arwahnya yang baru pulang dari hospital.
Dapat juga Kumpulan Al-Wasilah buat bacaan Yassin untuknya. Rasa puas di hati Sis juga dapat jumpa, pegang tangannya, cium dahinya dan manggil namanya walau ketika tu arwah dah tak sedar diri.
![]() |
Bacaan Yassin (semalam) |
Pagi ini Jumaat 16 Mei, Sis buka telefon, terbaca tulisan dari Dr Jumiah memberitahu bahawa sahabat kami Puan Norlela bt Saian telah meninggal dunia jam 3.45am. Allahuakbar..
Allah dah tarik sakitnya Kak Lela, Allah lebih sayangkan akak dan Allah angkat darjat akak paling tinggi Kak. Kami mencemburui kematian akak. Mati syahid (sakit dalam perut) dan meninggalnya pada hari Jumaat.
![]() |
Al-Fatehah buat Norlela bt Saian (kiri) |
Inilah gambar terakhir kami duduk makan bersama, dan senalam Kak Lela terbaring diam tak bermaya. Mengalir airmatanya saat Yassin di bacakan.
Kami doakan Moga dipermudahkan segala urusan arwah dan waris dan semoga Allah meletakkan akak di dalam kalanfan orang-orang yang beriman, aamiinn ..
Al-Fatehah buat Norlela bt Saian ..
P/S : Mohon doakan sahabat Sis ya ðŸ˜
Perginya di Jumaat penuh berkah. Salam takziah buat sisLin dan ahli keluarganya.
ReplyDeletePemergian yang dicemburui, Al- Fatihah (dibaca).
Innalillahiwainnailaijirrojiun. Perginya di hari yang baik. Semoga segala urusan dipermudahkan. Al-Fatihah (dibaca).
ReplyDeleteinalillahiwainnalilaihirojiun.... salam takziah dan alfatihah buat arwah kawan akak.
ReplyDeleteTakziah...Perginya di hari Jumaat yang mulia...
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah Sis Lin..semoga roh arwah dirahmati allah...
ReplyDelete