ALHAMDULILAH, MENANTU DAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAKNYA

ALHAMDULILAH, MENANTU DAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAKNYA

0
ALHAMDULILAH, MENANTU DAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAKNYA. Berhari-hari tak putus berdoa untuk menantuku. Dari Khamis lepas hinggalah harini 21 Januari 2026 jam 3.10am macamtu, menantu perempuanku selamat melahirkan anaknya yang sulung dan cucu kedua dalam keluarga Sis.

Tak tau nak cakap macam mana, di usia meniti tua ni, Allah masih beri peluang untuk aku melihat anak-anak dan cucuku membesar depan mata. Nikmat yang paling aku bersyukur adalah masih di beri kesihatan yang baik buat Sis dan Suami. 

Alhamdulilah, Menantu Dah Selamat Melahirkan Anaknya

Hari-hari berdoa moga menantu dipermudahkan urusan bersalinnya, dia pun minta Sis doakannya untuk bersalin normal tanpa sebarang kompikasi, tapi semua kehendak dariNya. Awalnya menantu terpaksa serah diri ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sebabkan surat refer Klinik mengatakan babynya ada kes microsomic (baby besar). 

Bila dah ke hospital, korang faham-faham aja laa, mereka taknak kita amik risiko dan terpaksalah di tahan sehingga bersalin. Due date sebenarnya 21 Jamuari (hari ini). Berhari-hari di hospital, amik darah, seluk tapi masih takde bukaan. Makanya kenalah induce kemudian masuk belon, kemudian barulah masuk labour room setelah bukaan 3cm. 

Alhamdulilah, Menantu Dah Selamat Melahirkan Anaknya

Semalam dari pagi masuk labour room, bukaan dari 3cm hanya mampu sampai 7cm sahaja. Katanya tenaga dah lemah dan tak mampu nak teruskan. Juga selepas pecah ketuban, hanya boleh bertahan selama 12jam sahaja untuk ibu cuba normal, jika lebih dari itu, terpaksa operation. 

Anak call dala jam 12am lebih katanya dah masuk dewan bedah. Tak keruan Sis nak tidur menunggu berita dari anak Sis. Tidur-tidur ayam orang kata. Dan jam 3am lebih tu laaa anak call katanya dah selamat bersalin, alhamdulilah.. lega rasa hati. 

Alhamdulilah, Menantu Dah Selamat Melahirkan Anaknya

Tadi tengahari Sis masakkannya lauk pantang dan bawa ke Hospital sebab menantu tak makan lauk hospital. Perasaan mula lihat wajah menantu ketika duduk di kerusi tersandar, Sis sedih menangis peluk dia. Kesian dan nampak kesakitan yang di rasanya, betul sedih.. 

Lepas tu barulah rasa nak lihat wajah cucu. Cucu lelaki kedua dalm keluarga Sis, so Khalish dah ada geng main laa kann!. Berat babynya 3.89kg. Memang agak besar, tapi Alhamdulilah semuanya selamat. Baby pun sihat dan tak meragam kata menantu, yerrr awal lagiiii tunggu esok-esok hahahahaha.. 

Now dalam pantauan 48jam. Jika tiada apa-apa, esok mungkin boleh balik. Sis akan jaganya selama 44hari berpantang di rumah Sis. Makanya Sis dah OFF dari keluar pi event semua, harap maaf jika last minit terpaksa cancel tak datang ya.

Terima kasih buat semua yang mendoakan ya.. 


P/S : Datuk tak sabar nak dukung nak peluk Rizqi ☺️

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top