SYAABAN DATANG LAGI - BULAN PERSEDIAAN MENUJU RAMADAN

SYAABAN DATANG LAGI - BULAN PERSEDIAAN MENUJU RAMADAN

0
SYAABAN DATANG LAGI - BULAN PERSEDIAAN MENUJU RAMADAN. Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca kesayangan Sis. Alhamdulillah, kita dah pun melangkah masuk ke bulan Syaaban. Rasa cepat sangat masa berlalu kan? Baru je rasa sambut tahun baru, tiba-tiba Ramadan dah semakin dekat. 

Syaaban ni sebenarnya bulan yang sangat istimewa, cuma kadang-kadang kita terlepas pandang sebab terlalu sibuk dengan urusan harian.

Syaaban ni juga macam “warm up month”. Bulan untuk kita bersedia dari segi fizikal dan rohani sebelum masuk ke bulan yang paling dinanti-nantikan iaitu Ramadan. Dalam bulan ni lah kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah, puasa sunat, membaca Al-Quran, bersedekah dan memperbaiki diri. 

Syaaban Datang Lagi – Bulan Persediaan Menuju Ramadan

Nabi Muhammad SAW sendiri banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Itu menunjukkan betapa besarnya kelebihan bulan ini. Sis pun cuba ambil peluang, walaupun tak mampu buat banyak, sekurang-kurangnya ada usaha kecil. Bak kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?. 

Sis sendiri pun banyak kekurangan. Tapi Syaaban ni seolah-olah peluang kedua untuk reset hati dan jiwa. Perbaiki niat, perbaiki hubungan dengan Allah, dan juga hubungan sesama manusia. Kadang-kadang bukan amalan besar pun yang Allah pandang, tapi usaha dan keikhlasan kita

Selain itu, Syaaban juga masa yang sesuai untuk kita muhasabah diri. Tengok balik amalan kita sepanjang tahun, apa yang kurang, apa yang boleh diperbaiki. Sis selalu rasa bulan ni macam “reset button” untuk hati. Tenangkan diri, perbaiki niat, dan mula bina momentum sebelum Ramadan tiba.

Antara amalan yang boleh kita mulakan dalam bulan Syaaban:
• Berpuasa sunat
• Membaca Al-Quran dengan lebih konsisten
• Memperbanyakkan zikir dan selawat
• Bersedekah walaupun sedikit
• Memperbaiki solat dan ibadah harian

Tak perlu buat semua sekali gus. Mulakan dengan yang ringan dan ikut kemampuan masing-masing.

Syaaban Datang Lagi – Bulan Persediaan Menuju Ramadan

Sebagai seorang isteri, ibu dan nenek, memang rutin harian Sis agak padat. Tapi Sis percaya, walau sesibuk mana pun kita, tetap kena cari ruang untuk dekatkan diri dengan Allah. Tak perlu drastik, cukup bermula dengan langkah kecil, jaga solat awal waktu, tambah zikir, masuk kelas agama, atau baca Al-Quran walau sehelai dua muka surat.

Jadi selagi masih ada peluang, jom kita sama-sama manfaatkan bulan ini sebaik mungkin. Tak perlu bandingkan diri dengan orang lain. Buat ikut kemampuan diri sendiri. Yang penting, ada usaha untuk jadi lebih baik dari semalam.

Buat semua, Selamat menyambut bulan Syaaban. Semoga kita diberi kekuatan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan dipertemukan dengan Ramadan yang penuh barakah.

Doa Syaaban ;

اللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

Aamiin ya Rabbal ‘alamin.. 


P/S : Hati resah gelisah fikir menantu yang sedang berjuang melahirkan anak 😭
Tags

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top