BIRTHDAY LUNCH BUFET DI iBIS STYLE HOTEL ISKANDAR PUTERI

BIRTHDAY LUNCH BUFET DI iBIS STYLE HOTEL ISKANDAR PUTERI

1
BIRTHDAY LUNCH BUFET DI iBIS STYLE HOTEL ISKANDAR PUTERI. Agak lama plan nak keluar dengan Geng Loteng Sis ni tapi memasing sangat sibuk dengan urusan masing-masing. Bila dah plan ehhh sorang tu pulak time hari kejadian boleh lupa salah hari ha³ LOL!. 

Punyalah plan, tiba pagi tu bila Sis mesej dalam group bagitau semua bersiap nanti Sis pick-up, boleh plak Wana tu kata ‘Harini ke?’, ko ngase?. Sabar jerr kami ekk menunggu dia bersiap. 

Birthday Lunch Bufet di iBis Style Iskandar Puteri

Sebelum pergi makan tengahari, kami singgah ke rumah sahabat kami, Yati yang akan menunaikan Umrah. Beberapa hari sebelum tu Sis dah ke majlis kesyukurannya tapi sebab Midah & Wana tak jumpa lagi Yati tu, so dah alang-alang kami singgah dulu. 

Di jamu pulak dengan lempeng sambal hijau. Jamah aja sebab kami nak pergi lunch. Alhamdulilah. Moga semuanya dipermudahkan urusanmu pergi semasa dan pulang yaa Yati. Lepas tu kami terus ke iBis Style Hotel Iskandar Puteri untuk lunch. 

Birthday Lunch Bufet di iBis Style Iskandar Puteri

Birthday Lunch Bufet di iBis Style Iskandar Puteri

Kitaorang makan lunch bufet RM28.00 di sana. Puashati makan. Ini kali kedua Sis datang makan lunch bufet ni. Lauk-pauk masakan Melayu dan juga aneka menu yang lain pun ada. Memang berbaloilah dengan harganya. 

Lihat video lunch buffet di SINI

Dan kebetulan esoknya birthday Wana, so kami surprise birthday dia di sana tanpa pengetahuan Wana. Akhirnya surprise menjadi!. Diam-diam Sis dan Ana turun ke lobby beli kek dan minta staff bawa ke meja dan kami nyanyikan lagu birthday, terkejut beruk Wana hahahaha ..

Birthday Lunch Bufet di iBis Style Iskandar Puteri

Birthday Lunch Bufet di iBis Style Iskandar Puteri

Dah alang-alang semua ada, bergambar jugalah memasing dengan kek untuk sambut birthday masing-masing yang terlepas dan tak sempat kami sambut bersama. So adil dan saksama gituhhh katanya hihihi.. 

Kami ni jarang jumpa, berchat pun di group telegram. Segala macam kami kongsi tapi jarang bersua. Kadang senyap juga group sebab masing-masing ada kerja hakiki. Tapi kami tetap ingat mengingati satu sama lain. 

Untukmu Wana, moga kau terus kuat dengan segala ujian yang Allah beri padamu. Ingat, Allah tidak akan beri ujian kepada hambanya kecuali Allah tahu hambanya itu mampu melaluinya. Moga terus sihat dan persahabatan kita semua kekal ke Jannah, aamiinn .. 

Aku sayang korang semua!! 
Aku tau korang baca blog aku kann 😛


P/S : Harini mood MALAS-nyaaaaaaaaa !!!! 

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top