BUFET RAMADAN JOHOR BAHRU 2026 : MUHIBBAH TAPESTRY BUFFET DI ST GILES SOUTHKEY

BUFET RAMADAN JOHOR BAHRU 2026 : MUHIBBAH TAPESTRY BUFFET DI ST GILES SOUTHKEY

0
BUFET RAMADAN JOHOR BAHRU 2026 : MUHIBBAH TAPESTRY BUFFET DI ST GILES SOUTHKEY. So amacam korang? Dah ada pilihan list untuk korang tempah meja berbuka puasa nanti?. Jika belum ada, bolehlah korang masukkan posting ni salah satu tempat berbuka puasa ko nanti. 

Ramadan 2026 bakal lebih istimewa dengan kehadiran Muhibbah Tapestry Buffet 2026 di St. Giles Southkey Johor Bahru. Bufet ini tampil dengan konsep gabungan hidangan Malaysia dan Mediterranean yang pasti memberi pengalaman berbuka berbeza dari biasa.

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Berlangsung dari 21 Februari hingga 17 Mac 2026, bufet ini menyediakan pelbagai menu menarik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara menu utama yang menjadi tarikan sudah tentu hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Golek. Dagingnya lembut, berjus dan dipanggang sempurna memang cukup membuka selera! Dan yang pastinya, menu kegemaran Sis juga ada iaitu Roti Jala bersama Sambal Sardin, sangat mabeles okk!. 

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan menu Mediterranean, hidangan tradisional Melayu, makanan barat, aneka pencuci mulut dan banyak lagi. Pendek kata, pilihan makanannya sangat pelbagai dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Bagi Sis, bufet seperti ini memang pilihan paling mudah kalau nak berbuka beramai-ramai tanpa pening kepala fikir menu apa nak sediakan. Semuanya station pilihan makanan lengkap di satu tempat, tinggal datang, pilih dan nikmati sahaja. Suasananya pula selesa dan mesra keluarga. 

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Paling best, lepas makan bolehlah terus shopping dalam Mall SOGOya beli baju raya. Dari segi harga, Muhibbah Tapestry Buffet 2026 ditawarkan pada kadar yang berbaloi:

RM198 untuk Dewasa
RM148 untuk Warga Emas
RM98 untuk Kanak-kanak

Sekatang sedang berlangsung promosi Early Bird yang memang rugi kalau dilepaskan! Dengan bayaran penuh sebelum 10 Februari 2026, korang boleh menikmati bufet ini pada harga istimewa hanya RM168 sahaja. Memang jimat dan sangat berbaloi untuk kualiti makanan serta suasana yang ditawarkan.

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Bagi yang suka merancang awal, promosi early bird ini sangat membantu untuk lock tarikh berbuka lebih awal bersama keluarga atau kawan-kawan. Tak perlu risau harga naik, semuanya sudah confirm dan teratur.

Urusan tempahan juga sangat mudah. Sis boleh terus hubungi:
📲 WhatsApp: +6012-309 9762
📧 Email: fnb.skjb@stgiles-hotels.com

Maklumat lanjut termasuk senarai menu penuh boleh juga dilihat di laman rasmi St. Giles Southkey.

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Muhibbah Tapestry Buffet 2026 – Pilihan Berbuka Menarik di Johor Bahru

Video REEL IG : akusislin
Video TikTok : @akusislin 

So kalau korang sedang mencari lokasi buffet Ramadan di Johor Bahru yang menawarkan makanan sedap, suasana selesa dan pilihan menu yang pelbagai, Muhibbah Tapestry Buffet 2026 memang pilihan yang sangat tepat.

Berbuka puasa bukan sekadar tentang makan, tetapi tentang mencipta kenangan manis dan momen bermakna bersama insan tersayang. Jadi apa kata tahun ini kita raikan Ramadan dengan pengalaman berbuka yang lebih istimewa di St. Giles Southkey.


P/S :  Hati berdebar tunggu menantu nak bersalin, Allahuakbar .. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top