Setiap kali tiba bulan Ramadan, antara momen yang paling dinantikan sudah tentu waktu berbuka puasa bersama keluarga dan insan tersayang. Tahun ini, Grand Paragon Hotel Johor Bahru kembali memeriahkan suasana berbuka dengan Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadhan 2026, yang menawarkan pengalaman berbuka puasa yang menyelerakan dan berbaloi.
Bermula dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, buffet Ramadan ini akan berlangsung di Cafe Para Para, Level G, dengan pelbagai pilihan menu yang disediakan oleh barisan chef profesional dari Grand Paragon Hotel. Gabungan hidangan tradisional tempatan dan menu kegemaran ramai menjadikan buffet ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Apa yang Sis suka, konsep buffet ini memang sesuai untuk berbuka puasa santai bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja. Suasana restoran yang luas dan selesa membuatkan waktu berbuka terasa lebih tenang, tanpa perlu tergesa-gesa. Lebih dari 200 hidangan yang di sajikan.
Antara menu yang jadi highlight tahun ni; Kambing Panggang Kuzi, Siakap Goreng Sos Thai La Pad Prij, Lamb Chop Bakar, Ketam Goreng Bercili, Ayam Bawang Goreng, Udar Bakar Cheese Bawang Putih, Siput Sedut Bawang Putih, Kati Kepala Ikan Kerala, Kerang Sambal dan banyak lagi!.
Dari segi harga pula, bagi Sis ianya masih dalam kategori berpatutan dan berbaloi untuk sebuah hotel yang berada di tengah bandar Johor Bahru:
Dewasa: RM160nett
Warga Emas: RM115nett (60 tahun ke-atas)
Kanak-kanak: RM80nett (5 - 11 tahun)
Dewasa: RM160nett
Warga Emas: RM115nett (60 tahun ke-atas)
Kanak-kanak: RM80nett (5 - 11 tahun)
Untuk pembelian awal, Grand Paragon Hotel turut menawarkan:
• Early Bird Voucher RM130
(Pembelian sebelum atau pada 16 Februari 2026)
Selain itu, terdapat juga tawaran eksklusif yang sangat menarik:
• Exclusive Offer RM115 (Dewasa)
Sah untuk pelanggan yang berbuka puasa pada minggu pertama Ramadan (20 – 22 Februari 2026)
Untuk korang yang suka rancang awal lokasi berbuka puasa sepanjang Ramadan, bufet ini memang korang boleh masukkan dalam senarai. Lokasinya yang strategik di Johor Bahru memudahkan akses, sama ada datang bersama keluarga atau berkumpulan. Mesra OKU (berkerusi roda).
Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadhan: HALAL
📍 Lokasi: Cafe Para Para, Level G
🗓️ Tarikh: 20 Februari – 19 Mac 2026
⏰ Masa: 7.00 malam – 10.00 malam
📱 Tempahan: 016-733 7363 | 607-268 5255
Surau yang selesa ada di sediakan - Tingkat M (perempuan) Tingkat 3 (lelaki)
So bagi korang yang mencari tempat berbuka puasa nanti, Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru adalah pilihan ideal untuk korang dapatkan buffet Ramadan sedap, suasana selesa dan harga berbaloi. Sis paling suka siput sedut masak lemak, udang cheese tu, sup gearbox tu, dan juga bubur lambuk dia, sedap betul!.
So bagi korang yang mencari tempat berbuka puasa nanti, Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru adalah pilihan ideal untuk korang dapatkan buffet Ramadan sedap, suasana selesa dan harga berbaloi. Sis paling suka siput sedut masak lemak, udang cheese tu, sup gearbox tu, dan juga bubur lambuk dia, sedap betul!.
Lebih banyak gambar : facebook pages akusislin
Video IG REEL : akusislin
Video TikTok : @akusislin
P/S : Antara tempat makan bufet paling Suami suka ..















Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.