ISRAK MIKRAJ : PERJALANAN MALAM YANG MENGINSAFKAN

ISRAK MIKRAJ : PERJALANAN MALAM YANG MENGINSAFKAN

0
ISRAK MIKRAJ : PERJALANAN MALAM YANG MENGINSAFKAN. Setiap tahun, bila tiba hari Israk dan Mikraj, kita akan selalu teringat kisah perjalanan malam Nabi Muhammad SAW yang penuh keajaiban. 

Bayangkan, dalam sekelip mata, Baginda bergerak dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit bertemu Allah SWT. Subhanallah, setiap kali membaca sirah ni, rasa kecil sangat diri ini di depan kebesaran Allah.

Israk Mikraj bukan sekadar cerita lama atau tarikh dalam kalendar. Ia sebenarnya moment untuk refleksi diri. Dari perjalanan Baginda, kita belajar tentang kepentingan solat, kesabaran menghadapi ujian, dan kekuatan iman. 

Israk Mikraj: Perjalanan Malam Yang Menginsafkan

Jom kita cuba luangkan masa tambahan pada hari ni untuk solat sunat, baca doa, dan renung kembali amalan diri. Yang paling menginsafkan Sis, bila fikir pasal Mikraj ialah ketabahan Baginda. Bayangkan, perjalanan penuh cabaran itu Baginda tempuhi dengan hati yang tenang dan iman yang teguh. 

Untuk Sis sendiri, ia macam pengingat kecil bila hari-hari kita rasa penat, stress atau down bahawa setiap ujian ada hikmahnya dan Allah sentiasa ada.

Selain daripada aspek spiritual, Sis juga rasa Israk Mikraj ni boleh jadi masa untuk menyegarkan jiwa dan hati. Dalam hidup yang serba cepat ni, kadang-kadang kita lupa nak hargai nikmat kecil atau ambil masa untuk dekatkan diri dengan Allah. Jadi, hari ni Sis cuba tarik nafas panjang, doa sikit lebih lama, dan ingat bahawa setiap amalan walau kecil pun penting. 

Israk Mikraj: Perjalanan Malam Yang Menginsafkan

Sempena Israk Mikraj ini, Sis nak ucapkan Selamat memperingati Israk Mikraj kepada semua pembaca. Semoga Allah SWT memperkuat iman kita, memberi kesabaran dalam menghadapi ujian, dan memberkati setiap amalan baik yang kita lakukan. Amin. 

Semoga perjalanan rohani Nabi Muhammad SAW menjadi inspirasi untuk kita semua mendekatkan diri dengan Allah, dan hati sentiasa tenang dalam setiap langkah kehidupan. Aamiinn.


P/S : Ya Allah, permudahkanlah urusan Menantuku bersalin.. 
Tags

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top