BUFET RAMADAN 2026 WARISAN MINANG DI DOUBLETREE BY HILTON JOHOR BAHRU

BUFET RAMADAN 2026 WARISAN MINANG DI DOUBLETREE BY HILTON JOHOR BAHRU

0
BUFET RAMADAN 2026 WARISAN MINANG DI DOUBLETREE BY HILTON JOHOR BAHRU, PENGALAM BERBUKA PENUH RASA & TRADISI. Bulan Ramadan sememangnya waktu terbaik untuk kita memperlahankan langkah, menghargai masa bersama insan tersayang dan menikmati hidangan berbuka dengan penuh rasa syukur. 

Tahun ini, DoubleTree by Hilton Johor Bahru tampil dengan tema yang cukup istimewa menerusi Bufet Ramadan “Warisan Minang”, yang mengetengahkan kekayaan tradisi dan cita rasa autentik dalam suasana yang selesa dan menenangkan. 

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bertempat di Makan Kitchen, konsep Warisan Minang memberi fokus kepada hidangan berinspirasikan masakan Minangkabau yang kaya dengan rempah dan rasa. Bagi peminat Nasi Padang memang akan suka dengan hidangan minang yang di sediakan. Aneka Sambal tersedia dan paling best masakan Rendang Rusa dia sangat sedap yaa.. 

Apa yang Sis perasan, suasana berbuka di sini memang lain sedikit. Dari dekorasi hingga ke susunan hidangan, semuanya disusun dengan teliti untuk mewujudkan ambience yang hangat dan tenang. Lokasi tempat makan pun mesra OKU yang berkerusi roda. 

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Antara menu signature yang menjadi tarikan utama ialah Sous Vide Wagyu Rump dengan Glaze Asam Jawa dan Ginger Crumble, gabungan rasa moden dan tradisional yang cukup seimbang. Selain itu, Udang Ketak Membara Madu Kerisik dan Beef Leg yang dimasak perlahan selama 12 jam turut menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang lembut serta aroma yang menggoda selera.

Untuk yang menggemari hidangan klasik tempatan, Laksa Johor dan Nasi Kuning Kambing Buluh memang tidak mengecewakan. Rasanya cukup ‘comforting’ dan sangat sesuai dijadikan hidangan utama ketika berbuka. Dari dapur ke dapur, menu yang di sediakan memang membuka selera bagi siapa yang melihatnya.

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Pencuci mulut juga banyak pilihan seperti Kurma Tiramisu, Rose Sago Panna Cotta, dan Kunafa Gula Melaka Cheesecake yang tidak terlalu manis, tetapi cukup sedap dan sesuai untuk yang cut sugar macam Sis hihihi. Oh, ya, tak lupa juga Seafood on ice juga ada, korang boleh makan sepuasnya tapi hati-hati yaa, jangan sampai perut kembong hehehehe.. 

Menambahkan lagi suasana berbuka, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan live band setiap malam, menjadikan waktu berbuka terasa lebih santai dan relax. Sesuai untuk mereka yang ingin berbuka bersama keluarga, sahabat mahupun rakan sekerja dalam suasana yang eksklusif tetapi tidak terlalu formal.

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang 
📅 Tarikh: 20 Februari – 19 Mac 2026
⏰ Bermula 6.30pm - 10.00pm

💰 Harga : 
• Ahad – Khamis: RM238 nett (dewasa) | RM119 nett (kanak-kanak)
• Jumaat & Sabtu: RM248 nett (dewasa) | RM124 nett (kanak-kanak)

🌙 Early Bird (26 Jan – 9 Feb 2026) : 
• Ahad – Khamis: RM174 nett (dewasa) | RM99 nett (kanak-kanak)
• Jumaat & Sabtu: RM180 nett (dewasa) | RM99 nett (kanak-kanak)

* Diskaun Hilton Honors turut tersedia

📞 Tempahan: +607 268 6868
📧 Emel: JohorBahru.FB@Hilton.com
📲 Online: SevenRooms

* Surau yang selesa juga ada di sediakan. 

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Bufet Ramadan Warisan Minang DoubleTree by Hilton Johor Bahru 2026

Lebih banyak gambar : facebook page akusislin
Video TikTok : akusislin

Secara ringkas, Bufet Ramadan Warisan Minang di DoubleTree by Hilton Johor Bahru menawarkan pengalaman berbuka puasa yang lengkap dari segi rasa, suasana dan keselesaan. Dengan pilihan menu tradisional dan moden, persembahan live band serta ambience yang tenang, ia sangat sesuai untuk berbuka bersama keluarga dan insan tersayang. 

Jika korang mencari bufet Ramadan di Johor Bahru yang menyajikan hidangan berkualiti dalam suasana yang santai, ini antara pilihan yang boleh korang datang makan nanti. 



P/S : Tahun ni semua hotel punya makanan fuhhh sedap-sedap!. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top