MENU BERPANTANG UNTUK MENANTU

MENU BERPANTANG UNTUK MENANTU

0
MENU BERPANTANG UNTUK MENANTU. Bagi mereka yang sedia maklum, yerr Sis now sedang duduk diam-diam di rumah menjaga menantu Sis lepas bersalin pada 21 Januari baru ni. Masuk harini baru hari ke-5 dia bersalin.

Menantu bongsu, dan Cucu kedua dalam keluarga kami, alhamdulilah. Dan kali ni sama juga cara berpantangnya ketika Sis menjaga Yana dulu. Menantu pun bersalin secara pembedahan so Sis dah ada laa sikit pengalaman tu ketika menjaga Yana. 

Snek Pantang by Suraya Mothercare

Sup Ayam Halia

Cuma bezanya, kalau nak banding Yana dengan menantu ni, nampaknya menantu Sis ni lagi cepat aktif geraknya, masa sehari bersalin, dia dah bole duduk bangun sendiri dari katil hospital dengan tenang jerr, beza dengan Yana dulu, mashaallah, memang seksa weyyy!. Betul nampak sakitnya Yana. 

Tak tau laaa apa bezanya. Yang beza, Yana bersalin di KPJ PG (swasta), menantu di HSI (kerajaan). Bersalin dua-dua Czer tapi sakitnya selepas bersalin tu memang jauh beza duanya. Nampak menantu bersalin Czer di HSI ni lagi better, tapi entah laaa.. 

Masak Asam Ikan Bawal Emas

Salmon Grill 

Tapi takpelah, janji dah selamat semuanya, kerajaan boleh, swasta pun boleh. Ada duit beranak laa kau kat mana-mana ekkk., dan macam biasalah, kalau dah jaga orang berpantang so menunya menu berpantanglah. Yang tak berpantang? Konon nak tumpang pantang tapi tak sampai hati pulak kann, so masaklah macam biasa.   

Lepas bersalin, 2 hari Sis bekalkan menu pantang ke hospital, dan masuk hari ke-3 barulah berpantang di rumah dan seterusnya hinggalah nanti 44hari. Menantu ada amik pakej mengurutCL pun datang mengurut selama 14 hari dan penutup nanti 3 hari. Baby pun baik, nangis lapar, kenyang tidur aja. 

Ni Sis tengah pantau kuning dia. Kejut bangun susu dan pagi-pagi bawa keluar berjemur matahari.. for now, nurse datang check pun, bacaan kuning masih okk, alhamdulilah.. 


P/S : Kita tengok siapa yang kurus berpantanf, menantu ke, Neneknta ke? Kikikiki

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top