BELI KEK GULA HANGUS MUTASYA NORRAIZA DI TIKTOK SEDAP!. Jujur cakap, kek gula hangus atau kek sarang semut yang Sis beli di TikTok ni sangat sedap! Dah 4 orang tekak makan, empat-empat cakap sedap! Sampai dah beli kali kedua dah ni hihihi.
Ternampak lalu lalang di TikTok, Sis pulak memang sangat suka makan kek gula hangus ni, walau tekstur dia tu kadang buat meremang bulu roma tapi kesedapan keknya tu memang sangat sedap!.
Ada orang buat nampak lobang-lobang, lagilah meremang weyyy, yang ni takk, potong macam alur kayu balak hehehehe
Kek Gula Hangus dari Mutasya Norraiza ni sangat sedap!. Keknya tidak berapa manis, tidak terlalu moist dan bila di gigit tu masih ada tekstur kenyal macam getah tu, arghhh itu yang Sis suka tu..
Sis tak berapa suka jenis kek gula hangus yang moist peroi tu, ikutkan sebenar, kek gula hangus ni kena ada sarang dia tu, dan tekstur dia kena kenyal-kenyal getah camtu, haaa tu baru sedap!
Jap.. korang faham tak maksud Sis? Hahahahaha ..
Penghantaran cepat pulak tu. Harini Sis order (sebelum jam 12pm), ehhh esoknya dah sampai dah. Bungkusannya pun elok, kemas dan sangat selamat keknya dalam kotak, dan dalam kotak ada bekas tupperware beraalut bubble wrap.
Guba baucer, RM16.61 (500gm) Sis dapat beli masa tu. cukup berbaloi dengan rasanya, bungkusannya dan juga servisnya! Sis bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️!! Terbaekkkkk!
![]() |
| Ni linknya https://vt.tiktok.com/ZS9Mb4x8h3Usp-IjRPR/ |
P/S : Kalau arwah Mak ada, dia pun suka kek ni!.






setuju!
ReplyDeletekek ni kena kenyal-kenyal sikit toing toing baru laa sedap dimakan... kalau moist sgt tu sy mkn sepotong dua je hehehe
Wah, kek gula hangus ini nampak sangat moist dan menyelerakan. Saya memang suka kek jenis ini kerana aroma karamelnya yang wangi serta teksturnya yang lembut. Melihat perkongsian ini terus terasa ingin menikmati sepotong bersama secawan kopi atau teh panas. Terima kasih kerana berkongsi, semoga selepas ini ada lagi perkongsian makanan dan pencuci mulut yang menarik.
ReplyDeleteNampak cantik kejadiannya
ReplyDeletePatut la sedap
Cantik rongga-rongga dia tu!
ReplyDelete