Sebaik sahaja sampai di pintu masuk, pengunjung akan disambut dengan papan tanda besar “Jerman Pine Cafe” yang cukup ikonik. Kawasan parkir hanya di luar tepi jalan sahaja, jadi memang mudah untuk pengunjung yang datang bersama keluarga. Suami park di tepi jalan bersebelahan dengan truck nanas mereka.
Apa yang Sis tertarik dengan Jerman Pine Cafe ialah konsepnya yang menggabungkan suasana kampung, alam semula jadi dan tempat makan keluarga dalam satu lokasi. Di belakang cafe terdapat kebun nanas yang sangat luas. Memang cantik dijadikan tempat bergambar, lebih-lebih lagi terdapat sebuah rumah kayu kecil di tengah-tengah kebun nanas yang menjadikan pemandangan di sini lebih unik. Kalau datang waktu petang, suasananya memang cukup nyaman.
Korang boleh jalan dalam kebun nanas tu bergambar dan berootd. Tapi hati-hati.. ada satu kandang di situ, bila Sis jenguk dalam kandang tu,, lari lintang pukang Sis, ada dua ekor ular sawa besar dalam tu oiii hahahaha, memang terkejut beruk Sis adoiii..
Di bahagian hadapan cafe pula terdapat gerai yang menjual nanas segar dan jus nanas asli. Kalau peminat nanas, memang rugi kalau tak singgah beli kerana jus nanas di sini dibuat menggunakan nanas segar dengan rasa manis semula jadi.
Selain itu, cafe ini juga menjual pelbagai produk berasaskan nanas seperti Tart Nanas Jerman Pine yang sesuai dijadikan buah tangan sebelum pulang. Juga ada menjual menu asam pedas claypot dan nasi ayam penyet. Next time kita cuba ya.
Bagi yang datang bersama anak-anak, memang tak perlu risau kerana terdapat taman permainan dan juga kolam mandi khas untuk kanak-kanak. Tapi korang kenalah stanby bawa baju salin ya. Sementara ibu bapa menikmati hidangan, anak-anak boleh bermain dengan selamat di kawasan yang disediakan.
Bukan itu sahaja, Jerman Pine Cafe turut menyediakan Surau Az-Zahra yang bersih, selesa dan kemas untuk kemudahan pengunjung menunaikan solat. Kemudahan seperti ini sememangnya memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang dari jauh. Tandas pun bersih.
Bukan itu sahaja, Jerman Pine Cafe turut menyediakan Surau Az-Zahra yang bersih, selesa dan kemas untuk kemudahan pengunjung menunaikan solat. Kemudahan seperti ini sememangnya memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang dari jauh. Tandas pun bersih.
Cafe ini menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan western seperti steak, lamb, chicken chop, pasta, pizza, nasi goreng, makanan panas serta pelbagai jenis minuman. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan suasana cafe yang unik dan kemudahan yang lengkap.
Tapi kami tak sempatlah nak duduk makan sebab baru pekena cendol dan ayam gunting di tepi laut Sungai Rambah sebelum tu. So singgah hanya beli jus nanas dan beli nanas aja.
📍 Alamat : Jerman Pine Cafe
📍 Alamat : Jerman Pine Cafe
Lot 572, GM1123, Simpang Kiri,
Kampung Peradin, 82020 Teluk Kerang, Pontian, Johor.
🕒 Waktu Operasi :
Isnin : Tutup
Selasa - Jumaat : 1.00 petang – 10.30 malam
Sabtu & Ahad : 12.00 tengah hari – 10.30 malam
🕒 Waktu Operasi :
Isnin : Tutup
Selasa - Jumaat : 1.00 petang – 10.30 malam
Sabtu & Ahad : 12.00 tengah hari – 10.30 malam
Bagi Sis, Jerman Pine Cafe ni bukan sekadar tempat makan, tetapi sebuah destinasi santai yang sesuai dikunjungi bersama keluarga. Suasana yang tenang, pemandangan kebun nanas yang luas, kemudahan surau, taman permainan, kolam mandi untuk kanak-kanak serta gerai menjual nanas segar dan jus nanas asli menjadikan kunjungan korang satu momen indah bersama keluarga.
Kalau korang bercadang bercuti ke Pontian atau ingin mencari cafe yang lain daripada yang lain, Sis memang rekomen singgah ke Jerman Pine Cafe. Boleh makan sambil menikmati pemandangan kebun nanas, membeli jus nanas asli dan tart nanas sebagai buah tangan sebelum pulang.
Sis memang dah bagitau Suami, nanti next time kita singgah sini dan makan di sini. Nak cuba Pizza nanas dia,. Di sini juga ada menjual daging segar. Atau kalau korang nak makan burger atau sup gearbox, boleh jalan ke depan sikit, ada Cafe under Jerman Pine Cafe ni tapi semuanya menu daging.
P/S : Okayy nak plan ajak geng! Lalalalalala ...













tergejut ular, beruk juga yang dapat nama. Kenangan di zoo jb tetap diingatan. jom gi zoo tengok ular.
ReplyDeletewoww menariknya! bolehlah masuk dlm my jjcm wishlist. i plak memang suka nanas! jus nanas is one of my fav laa selain orange juice
ReplyDeleteYa Allah... segerrrrrnya kalau dapat minum jus nanas...
ReplyDeletejus nanas tu wajibbbb cuba kalau dah sampai...
ReplyDeletetat nanas dia mesti sedap...fresh dari ladang gituuu...
kawasan sekitar pun cantik dan kemas...
nak makan pun rasa tenang je
Selalu dengar nama tempat ni
ReplyDeletetapi belum pernah sampai lagi.