PETAI PUN BELI DI TIKTOK!. Bila di fikir balik kan, jadi kelakar pulak kann, sampaikan petai pun beli di TikTok. Bukanlah malas tapi benda di hujung jari kan, so memudahkan kerja kita. Rasa macam dah seminggu Sis tak keluar rumah 'merayap', pergi kedai pun takkk, nak beli barang basah, order je online dalam group perjiranan, tau-tau sampai depan rumah.
Last keluar dating dengan Suami cuti Hari Hol lepas (Selasa), then Sis stay at home, tonton Netflix, masak, ngadap laptop, dan masuk kelas online. Boleh pulak minggu ni kelas tadabbur fizikal pun cuti, so duduk rumah masuk kelas online aja la.
Biola dah duduk rumah, ingatkan takde laa nak menyoping ekk.. ehhhh pantang bukak TikTok ke Shoppee ke, ada jerr laa nak membelinya hihihi. Baru ni Sis membeli kek sarang semut, kemudian beli garlic spread, beli pulak cili kisar botol, dan terkini Sis beli petai dalam TikTok hahahahaha..
Sis pulak paling suka kalau order barang, harini order, esoknya barang sampai, memang Sis akan uloang beli banyak kali. dan 4 barang di atas tu, Sis dah beli berulang kali, lagi-lagi kek sarang semut tu haa.. Petai ni pun sama, beli awal pagi, esoknya petai pun sampai, cepat betul servis!.
Kebetulan bukak TikTok ternampak live jual petai ni haaa, murah pulak tu, 500gm RM15.50, kalau untung nasib, dapat lagi murah. Besar-besar pulak mata petai dia, memang berbaloi-baloi beli petainya. Petai sampai elok dalam kotak dan petainya di bungkus dalam plastik zip lock tu. Sekali bukak, kuss semangat kemain kuat bau petainya hahahaha..
Terus rasa nikmatnya laahaii tengok petai. Macam-macam idea masuk nak masak apa. Sambal petai, petai goreng bilis, dan yang teringin Sis nak masak adalah, tempoyak daun kayu petai.. inshaallah nak masak next week..
![]() |
| Beli Petai di sini Petai TikTok |
Makan petai ni bagus, Petai sebenarnya bertindak sebagai prebiotik (makanan untuk bakteria baik) kerana kaya dengan serat, bukan probiotik (bakteria hidup itu sendiri). Ianya juga sumber serat yang membantu melawaskan pembuangan dan menyokong sistem pencernaan.
So sapa susah nak buang air besar, makan petai banyak-banyak yerr hihihi..
P/S : Update blog gun HP sambil tunggu Laki cuci kereta, pastu nak 'dating' ❤





Saya dah lama tak makan petai
ReplyDeletesaya beli mcm2 kat shopee...lom terjebak dgn TT...pernah beli kat TT ni last few yrs then tak bukak2 dh my TT shop tu
ReplyDelete