Sunday, May 23, 2010

Juara AF8: Shahir Tepati Ramalan!

BY Sis Lin IN 1 comment


Salam semua..

Hehehe lambat masuk cite ni, ada aku kesah?? janji Shahir dh menang,kkekekeke..
Mmg tepat juga ramalan Lin nie, dr bermulanya AF8 dh nampak aura kt muka dia, tapi tu le persaingan begitu sengit kali ni, apa2 pun undi tetap terus undi, smlm je Lin hantar undi dekat 50x, dh stanby awal2 topup DiGi khas untuk afundi Shahir, mcm tahun lepas jugak kita menyokong mana yg layak, bukan cakap kritik kutuk je main suka nak tapi apa pun tarak bwekkkkkkkkk..
Ok le nk kongsi cite je le, malas nak bebel byk2 nnti FC yg lain marah, abs blog aku ni kena hack kang..kakakakah..

Seperti yang diramalkan ramai pihak sebelum ini, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21, telah dumumkan sebagai juara pada konsert akhir Akademi Fantasia Musim 8 (AF8) yang berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
Dengan persembahan meyakinkan, Shahir memecah rekod sebagai pelajar pertama menjadi juara setelah di AFMASUK pada minggu kelapan lalu selain turut menjadi pelajar pertama dari Perak menjuarai Akademi Fantasia.
Shahir yang menyampaikan lagu baru, Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya Edry KRU dan Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings telah mendapat tepukan yang sungguh bergemuruh dari ribuan penonton yang memenuhi Stadium Putra.
Sebagai juara, Shahir telah membawa pulang hadiah lumayan yang bernilai lebih RM 250, 000 iaitu sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, Percutian Hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND'S InnerShine untuk dinikmati 1 tahun tajaan Cerebos, 2 tiket perlancongan ke New York tajaan Maybelline New York, Set Karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG dan trofi Juara Akademi Fantasia.
Lagi cite klik sini Murai




P/S:Dok menunggu mr.hubby balik mancing nie..huhuhu tido dh mcm ayam jantan je malam tadi..huwaaaaaaaa ngantukkknya pagi nie..


With Love

1 comment:

  1. tahniah Shahir juara AF8... apa pun harapnya Shahir berjaya dalam kariernya .. kesian tengok Faisal AF4 tu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..