CUACA DI PASIR GUDANG PANAS TERIK !


CUACA DI PASIR GUDANG PANAS TERIK! | Yaa sangat-sangat panas terik cuaca di Pasir Gudang tempat Sis ni, dah hampir sebulan juga tak turun hujan, entah mana hujan pergi. Tapi yang ajaibnya, semalam Sis pergi ke Jusco Permas, tengah memandu, tetiba hujan selebat-lebatnya turun, padahal dari rumah kemain panas terik. 

Bila tanya anak-anak sedara yang dirumah samaada hujan ke tak di sana, kata mereka 'tak hujan', aishhhh memang hujannya tak nak singgah Pasir Gudang ke apa aaaaa... Boleh pulak setengah jalan turunnya. 

Tempat korang macam mana? Hujan ke panas ke? 

Kalau baca dalam group Geng Bas Sekolah Sis, semua katanya di Kampung Melayu dan Kempas sana pun hujan semalam. Boleh pelik ekk tak hujan plak Pasir Gudang ni, sampai ke hari ini nii panas terik di luar sana.. 

Nak lelapkan mata sekejap pun rasa tak selesa, padahal bukak ekon dalam bilik, pun terasa bahangnya. Lagi kalau usai solat, peluh dia macam orang tak mandi sehari hahahaha.. 

Cuaca Di Pasir Gudang Panas Terik!

Ni baru Sis ada free sikit masa duduk update, settlekan urusan mencuci semua cadar dan selimut. Jemur bantal dan juga tuala bagai. Amik kesempatan dengan cuaca panas ni, so dah settle semua, haaa ni laa baru nak update. 

Ikutkan ada lagi cerita lain nak Sis kongsikan, tapi esok aje laa, otak jem kejap dek panas ni haa.. dah dua kali mandi haaa.. kang nak tido mandi lagi adeii.. 

Pokok bunga pun naik kering jee nengok, kena siram dua tiga kali sehari, kesian nengok.. macam kita juga, cuba duduk tempat panas luar sana, mau kering gak tekak kan.. so samalah macam pokok huhuhu.. 

Cuaca Di Pasir Gudang Panas Terik!

Nak bristwalk lelama tadi pun tak larat, dapat setengah jam jadi laaa.. tu pun dah berpeluh macam mandi dah, alang-alang dah petang terus mandi aje laa hahahaha.. Sangat panas cuaca, luar biasa panasnya. Rasanya bulan March ni dah masuk bulan musim bunga (spring) kan,  tu yang panas kot.. 

Ni kalau lepak minum ais kacang ke cendol ke, nikmatnyaaa... tapi apakan daya, semua benda Sis ko 'cut' hahahaha.. tak apa, lepas raya baru kita nikmati 'kemanisan' hehehehe.. 

So korang buat apa pepetang ni panas-panas ni?

Yang anak sekolah tadi macam mana? Maknya nangis ke Anaknya nangis? Ada yang anaknya lari keluar dari sekolah ke? Hahahha.. adeii suka plak baca gelagat anak-anak di hari pertama masuk sekolah, macam-macam ragam kann hahahaha.. 

Masing-masing akan ada pengalamannya anak bersekolah, termasuk ibu bapa sendiri, semua akan rasa perasaan yang sama, begitu juga Sis dulu.. kenangan indah yang takkan dapat di ulang kembali. So nikmati dan usahakan yang terbaik untuk anak-anak korang.. 

Okaylah, nanti sambung lagi.. nak mandi lagi hahahahaha,. panasss :p


P/S: Bermula hari ini, kita perhatikan tingkah lakunya di sana.. awas! ! 

18 comments:

  1. panas bahang weii kat sini..
    ako beli pisang, 2 hari pisang dah lembik... hahaha betapa bahang nya dalm rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee sama laa di JB ni, panas dia lain macam, duduk rumah rasa macam sunburn ko hahahaha

      Delete
  2. skudai sini ptg je hujan, petang je hujan. dah 3 hari dah, alhamdulillah.

    Tapi, satg malam panas pulak. ke siptom ibu ngandung je. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa kata kawan, area sana boleh hujan aje, sini Pasir Gudang kemain panas Aien..

      Delete
  3. Mana- mana memang panas sis...tak tahan...tido malam pasang ekon pun tak rasa sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SA.. tak tahan panasnya tu, minum air nak tido, bangun kencing pun banyak kali hahahaha

      Delete
  4. Laporan cuaca daripada simpang Renggam
    Tengah hari panas lit lat
    Maghrib hujan turun. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kira sama laa dengan Pasir Gudang ek Wak hahaha
      Tapi macam mana laa sini tak hujan huhuhu

      Delete
  5. Di LD panas juga tetapi tidaklah begitu terik. Hari ini sibuk uruskan anak ke sekolah. Maklumlah dah lama takjejak kaki ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat Sis ni terik sangat Amie.. kadang mandi sampai berkali-kali jadinya..

      Delete
  6. betul panas terik ha sekarang..terik dia lain macam..da tu xde berangin..kering je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. minum air bebanyak, kalau tak lemah badan..

      Delete
  7. CUACA KAT PG MEMANG ADAKALA TAK SAMA DENGAN TEMPAT LAIN, KAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak, pelik bin ajaib betul.. entah mana pergi hujan tah...

      Delete
  8. Panas terik Sis. Memang dah lama tak hujan. Badan sentiasa berpeluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PC sama laa di sini.. mandi tu jangan cakap laa, berulang-ulang..

      Delete
  9. Penang dah lama tak hujan ni, panas betul :(

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.