WORDLESS WEDNESDAY - ROTI KURMA DAN SUSU


WORDLESS WEDNESDAY - ROTI KURMA DAN SUSU | Selamat pagi Rabu korang, dah sarapan ke? Sis baru aje usai sarapan dan baru je nak bukak 'opis' ni haaa hehehe.. sekarang agak lewat sikit bukak opis, sebab bersenam dulu setengah jam, then sesiap mandi, barulah bukak opis ni haa.. Kalau tak, biasanya bukak opis dulu, update blog then baru bersenam, kali ni kita tukar mood sikit..

Korang dah rasa Roti Massimo Kurma dan Susu ni? Buat masa ni, inilah sarapan pagi Sis, hanya dua keping roti kurma dan susu dari Massimo, dan Sis makan bersama segelas Lemon Panas, sedap dan lembut sangat.. sesekali terbabas gak sampai empat keping hahahaha.. Bila makan kenyang sampai menunggu makan tengahari. 

Nanti bulan Ramadhan, agak tak lalu nak makan sahur, boleh cuba makan roti kurma dan susu ni kan, mana tau, perut boleh bertahan sepanjang puasa.. 

Roti Kurma Dan Susu


P/S: Tak sabarnya menunggu Ramadhan.. korang dah habis ganti puasa ke?..

12 comments:

  1. ok nanti ako nak try juga la rasa roti tu..
    dah lama x kuar, x tau ada roti baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Retna ko bagus cuba ni, makan pepagi supaya tak gastrik..

      Delete
  2. Boleh beli ni.
    Alhamdulillah dah habis ganti Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli PC, try makan, kalau kenyang, boleh buat sahur nanti..

      Delete
  3. Replies
    1. Pun boleh Kak.. time Sahur makan sekali kan.. double kekenyangan..

      Delete
  4. okay boleh cuba ni,tapi tu pun kalau ada roti macamni kat sini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tak semua ada, tempat Sis sini takde, yang ni beli di Jusco..

      Delete
  5. alamak, kite tak makan kurma. tapi kalau dlm version roti boleh try kot. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dalam roti ni Eka boleh makan, sebab rasa macam kismis hehehe

      Delete
  6. healthynya sarapan sis :)
    tak pernah rasa lagi, nanti nak cari la.. mcm sedap jerr r

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, sejak-sejak ni laaa, kalau tak, dua keping tak cukup hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.