TAK SANGKA DAPAT JUMPA DAN BERGAMBAR DENGAN USTAZ EBIT LIEW


TAK SANGKA DAPAT JUMPA DAN BERGAMBAR DENGAN USTAZ EBIT LIEW | Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, tengah makan pun ada 'rezeki'.. begitulah kisahnya pada Jumaat malam lepas sewaktu Sis hadir di Buffet Dinner di Renaissance Johor Bahru Hotel baru-baru ini. 

Memang sungguh tak di sangka dan sangat tidak Sis jangkakan yang Sis akan dapat jumpa berdepan dan bergambar dengan seorang yang di anggap Wiranegarawan Malaysia, siapa lagi kalau bukan Ustaz Ebit Liew. Bukan Sis aja teruja, malah kalau satu Malaysia jika berdepan dengannya pasti terpesona.. aku terpesona... hehehehe.. 

Ibaratnya, macam mana kita melihat santunnya Ustaz Ebit Liew di video youtube, facebook dan juga di tv, begitu jugalah samanya bila berdepan dengannya. Dari gerak geri dan juga suaranya, memang Ustaz Ebit Liew seorang yang memang sangat rendah diri dan terjaga akhlak dan adabnya bila berdepan dengan orang ramai.

Tak Sangka Dapat Jumpa Dan Bergambar Dengan Ustaz Ebit Liew

Cuma memang sedari awal Sis dan rakan blogger,Farahuda duduk makan memang tidak terfikir itu group Ustaz Ebit Liew, sedangkan mereka makan di hadapan meja Sis aja. Cuma ada Sis sebut pada Huda, 'Waa ramainya orang korporat'.. masa tu group Uztaz Ebit Liew baru sampai dan duduk di meja tengah, cuma mata ni tak pakai spek, so memang tak cam laa Ustaznya.. 

Kalau dari awal Sis dah nampak, memang Sis amik peluang dan mencari peluang untuk dekat dengan Uztaz dan bertanya beberapa soalan dan mohon Ustaz doakan untuk Sis.. tapi sayangnya, kami perasan bila group Ustaz dah nak balik dan barulah kami tau itu Ustaz Ebit Liew dan terus Huda panggil bergambar sebab 'Crew' Ustaz sporting, kasi kami bergambar sama. 

Itu laa pertama kali Sis dengar suara Ustaz Ebit Liew bersuara 'Sila, sila'...waduh lembutnya suara Ustaz..... walaupun situasinya begotu pantas, apa-apa pun alhamdulilah.. sekurangnya Sis di beri Allah peluang untuk bertemu dengan 'orang baik'.. kerana salah satu Allah buka rezeki kita adalah apabila kita bertemu dengan orang yang baik.. insyaAllah, aamiinn.. 

Sis doakan moga satu hari nanti Ustaz akan ada Hospital atas namanya sendiri bagi kemudahan buat mereka yang kurang berkemampuan.. insyaAllah .. 

Tak Sangka Dapat Jumpa Dan Bergambar Dengan Ustaz Ebit Liew

Dan kelmarin buku bacaan perkongsian dari Ustaz Ebit Liew pun sampai ke tangan Sis. Yang ni Sis beli ya, bukan Ustaz bagi hahahaha.. Cuma kalau dapat Ustaz yang tandatangan, waduh bestnya kannnn...

Korang yang nak dapatkan buku ini boleh PM Hisyamuddin Fadzil di facebooknya atau wahtsapp dia di nombor 019 237 2347 .. Now tengah ada sale Combo 3 buah hanya RM 90 sahaja. Tapi sebab sebuah lagi buku Ustaz Ebit Liew ni Sis dah ada (Bidadari Syurga), so Sis beli dua buah buku ni aja. 

Agak lama ni tak membaca buku begini, now bahan bacaan Sis Nota My #QuranTime aja.. sikit lagi nak habis Juzuk 1 .. Pun beli dengan Hisyamuddin gak.. 

Apa-apa pun syukur kepada Allah atas nikmat yang telah di berikan, alhamdulilah.. 


P/S : Sampai sekarang, rasa macam mimpi aje dapat bersua dengan Uzstaz Ebit Liew tu.. Allahu.. 

21 comments:

  1. Aouchhh.. Jgn dekat dekat.. 😜

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...dapat jugak kan jumpa ustaz ebit lew.Dah lama jugak nak dapatkan buku tu, nanti boleh la beli dengan dia

    ReplyDelete
  3. wah...bertuah dpt jumpa ustaz ebit..bukan senang nak jumpa tu. nanti nak usha jugak la buku die

    ReplyDelete
  4. Serius memang best dapat jumpa UEL ni sis . Dia datang bagi ceramah kat opis .. tak tentu arah tau Sal. Bukan mudah kita nak rebut peluang jumpa para ustaz yang femes ni kan.

    ReplyDelete
  5. ustaz memang soft-spoken. dah dua kali dapat jumpa. sangat tak lokek ilmu. sabar jawab je soalan

    ReplyDelete
  6. Wow.........best nyer sis dpt jumpa dgn Ustaz Ebit. Experience of a lifetime nie. Thank you for sharing your experience yeah.

    ReplyDelete
  7. Beruntungnya dapat jumpa beliau. Kalau dapat jumpa lama, mesti best berborak dengan beliau kan. Banyak ilmu dapat dia share.

    ReplyDelete
  8. wahhhh tak sangka dapat jumpa figura hebat depan mata! Bersih betul muka dia, dengan suara lembut macam tu siapa la tak jatuh cinta

    ReplyDelete
  9. sangat termotivasi dan terinspirasi dengan UEL, dapat jumpa depan-depan tu memang rasa seronok kan kak. Semoga terus menerus membuat kebaikan dan membantu yang memerlukan

    ReplyDelete
  10. Wah best kan jumpa dia. Dia mmg berwatakan lembut dan soft spoken. Sgt motivated bila dgr dia ceramah.

    ReplyDelete
  11. Bertuah nya sis lin rezeki tu dapat jumpa ustaz. Marsha pun selalu baca buku dia. Best

    ReplyDelete
  12. I really admire him with his great works to the community.. His work reminds me of Mother Teresa tho! Tak sangka ada noble guy like him within our community..God Bless Him and bless him to be abundance so that he can give back more to the community...

    ReplyDelete
  13. Untungnya dia dapat jumpa dan bergambar dgn insan kesayangan rakyat Malaysia ni. Terus sopan posing ehhh. Alhamdulillah sis lin dapat amek aura & berkat org baik

    ReplyDelete
  14. Ustaz Ebit Lew idola kita.. Penah buat program panggil dia ceramah so humble.. Byk input dia bg kitaorang... Rindu nk dgr ceramah dia depan2...

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya dapat jumpa in person. Suka tengok effort dia bantu orang2 susah.

    ReplyDelete
  16. nampak sis malu-malu ya bila jumpa ustaz hahahah..so kiyot..tapi ustaz ebit ni memang idola la..dia selalu ajak kita buat lebih kebaikan

    ReplyDelete
  17. wah untungnya sis dapat jumpa dengan ustaz ebit lew. kite ni kalau jumpa mau nak peluk ustaz ebit. murah rezeki sis. btw sis nampak muda kalau buang spek hahaha

    ReplyDelete
  18. untung lah dapat jumpa orang hebat. amik aura dia sis lin, semoga sis lin dapat jadi insan yang banyak memberi manfaat pada orang lain. bagus yer buku dia..nk beli gak lah

    ReplyDelete
  19. Beruntung nya sis! Dapat bergambar berjumpa dengan insan hebat. Kagum dengan apa yang Ustaz EL dah buat kannn? Moga kita pun memperbanyakkan pahala macam UEL. InsyaAllah.. Aamiinnnn

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.