SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK | Meriah timeline facebook, instagram dan blog Sis dengan cerita anak-anak kembali ke sekolah harini, suka Sis nengok. Ye laa Sis ni dah takde dah anak kecil yang bersekolah, semua anak-anak Sis dah masuk Universiti dan ada sorang dah pun bekerja. So bila nampak kemeriahan semua menghantar anak-anak sekolah, excited Sis nengok..

Ini termasuklah anak sedara Sis, Mia dan juga Nina. Pepagi adik-adik dah berkongsi gambar dan kongsi cerita menghantar anak-anak mereka ke sekolah, nasib baik semuanya baik-baik aja, takde laa sampai menangis kena heret masuk dan turun dari kereta. Maklumlah semua kena bangun awal pagi kan. 

Tapi alhamdulilah laa kan, akhirnya dapat juga anak-anak kembali ke sekolah dan mulakan pembelajaran secara berdepan dengan cikgu memasing dalam keadaan norma baharu. At least dapat juga anak-anak Tahun Satu dan Dua duduk di bangku sekolah untuk merasai pengalaman pertama mereka. Lebih-lebih anak-anak Tahun Satu. 

Kita doakan aje semoga anak-anak kita semua di lindungi dan dalam perlindungan Allah swt. 

Selamat Kembali Ke Sekolah Anak-Anak

Cuba cari mana Mia? Hahahaha.. 

Berkenan sungguh Sis dengan alas meja sekolah Mia ni, cute sangat, menarik perhatian anak-anak kalau duduk belajar kan.. Pandai pihak sekolah tarik perhatian anak-anak. Dulu masa anak Sis sekolah, mana ada alas meja gini, tu yang tiap kali anak balik sekolah, hitam siku lengan baju putih tu hahaha.. lagi kalau dah lama tak naik sekolah, lagi le berhabuk hitam. 

Nina pulak, Emaknya takde amik gambar pulak pertama kali naik sekolah ni, katanya kelam kabut sebab susah kejut bangun pagi hahahah.. tapi nasib baik sekolahnya Nina depan rumah aje. Kalau Mia yee, sekolah dia kat bando Johor. So Mama Mia kena gerak awal le ke skolah, macam Sis hantar anak bujang Sis dulu (dari Pasir Gudang ke Sekolah Aminnuddin Baki).. 

Tapi lega laa kan anak-anak dah masuk sekolah, walaupun Ibu Bapa risau dengan keadaan wabak sekarang, tapi dalam pada itu, kelegaan dalam mengajar PDPR tu dah berkurang, so tidaklah Mak-Mak dan Bapak-Bapak jadi hijo lagi hehehe.. 

Doa Mohon Perlindungan Anak-Anak ;

Ya Allah, aku berserah diri kepada-Mu, aku beriman kepada-Mu, aku bertawakal kepada-Mu, aku bertaubat kepada-Mu, dan aku mengadukan urusanku kepada-Mu. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan kemuliaan-Mu –tidak ada ilah (sesembahan) yang berhak disembah selain Engkau– dari segala hal yang bisa menyesatkanku. Engkau Maha hidup dan tidak mati, sedangkan jin dan manusia pasti mati. (HR Muslim, no. 2717)

Hello March

Harini 1 March 2021, dan bermulalah awal kepada bulan ketiga dalam tahun 2021. Pagi ni barulah berkesempatan Sis update dan bukak blog ni haa.. Hujung minggu Sis agak sibuk dengan melayan anak-anak sedara dan adik-adik yang tidur rumah Sis. So memang tak dan laa nak bukak laptop.

Tapi alhamdulilah gak laa, pageviews maintain seperti biasa. Ye laa kalau dah kata blogger, semua benda tu Sis amik kira, supaya nak kekalkan iklan adsense tu dan income pun masyukkk.. hehehehe.. Tu Sis laa, orang lain memasing punya prinsip ok. 

So maaflah jika Sis takde blog walking dan jenguk blog korang ek. Harini baru nak panaskan enjin ni hehehe.. Banyak task nak kena selesaikan dan banyak update nak kena buat ni, sebab banyak benda Sis nak kongsikan dengan korang.. 

Ada yang tertunggu-tunggu ke? Hehehehe.. 

Okaylah nanti kita sambung yaa.. Sis kemas dan memasak dulu, nanti sambil-sambil Sis update ya.. 


P/S: Rindu pulak nak menghantar anak sekolah... tiberrrrr :p

20 comments:

  1. mesti excited si Mia kan...
    pestime tu jejak sekolah....
    sama mcm anak buah ako si Imran... pepagi dah excited bangun pagi,,

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali menuntut ilmu anak-anak dan adik-adik. Seronok anak buah PC dapat pergi sekolah. Mamanya pun lega kalau tak dituduh mamanya tak bagi dia pegi sekolah.

    ReplyDelete
  3. wah siap ada polis! bila dah mula buka sekolah, pastu kebenaran sana sini dah boleh agaknya minggu ini last kita PKP ke ? bercampur baur perasaan kite sekarang hahaha, btw thank you sis banyak bagi inspirasi

    ReplyDelete
  4. My sisters nervous nak hantar anak-anak ke sekolah, lagi2 kawasan kampung Rawlins tu dah kena PKPD. All the best to all - moga semuanya selamat dan dipermudahkan untuk semua

    ReplyDelete
  5. Teringat waktu kecik2 dulu time mula2 nak masuk ke sekolah time tu mcm2 kenangan yang best tak mungkin daat di lupakan

    ReplyDelete
  6. macam macam ragam budak2 ke sekolah harini. sis lin rindu boleh la yang bongsuuu.. boleh anta ke sekolah nanti hahahhaha

    ReplyDelete
  7. Yay si kecil mesti sangat gembira kan sebab dapat pulang ke sekolah untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dan guru-guru.

    ReplyDelete
  8. Selamat kembali ke sekolah. Cantik alas meja kelas. Tentu Mia seronok belajar dalam suasana yang ceria.

    ReplyDelete
  9. cantik lah kelas Mia. anak huda pun kembali ke sekolah hari ni, mama yer lebih excited hantar anak2 ke sekolah tau

    ReplyDelete
  10. Cantik pic hari pertama persekolahan Mia. Senokla dah dpt ke sekolah. Td br tgk 1 bideo budk lari dr sekolah agaknya. Pias sorang pakcik pnggil nk hntr balik. Teros dia lari je nk balik umah. Nasibla lps tu mak dia sampai. Fikir bahaya je. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Tgk seronok kan org2 hntr anak ke sekolah. Anak za ni pun masa hntr tadika za dh sebak2 dh.. Haha nnt masuk darjah 1, mama plak over haha anak ok je

    ReplyDelete
  12. Terlalu banyak benda adhoc nak buat bila sekolah dah buka. Anak3 mmg excited

    ReplyDelete
  13. Betul, seronok tgk kan, bila diorg up gambar and status hantar anak kesekolah.. hehe I tak kwen lagi mmg tak merasa benda ni smua huhuhu

    ReplyDelete
  14. Oh yess! now the children are excited again because they can go to school and meet their friends.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah , akhirnya dapat juga kembali ke sekolah. Nasib ada sorang lagi anak kecik sekolah rendah. Yang lain semua dah kat asrama. Cuma risau terlupa ambik jer. hahahaha

    Memang elok sangat lapik mejanya. Kreatif cikgu2 dan semoga bertambah semangat anak-anak untuk belajar.

    ReplyDelete
  16. Hey akak ni. Best pula baca pengalaman anak-anak kecil ni ke sekolah. Susunan meja exam ni senang utk jaga penjarakan fizikal. Nanti nak tulis kisah Adam. Gerimis hari pertama sekolah. Hahaha.

    ReplyDelete
  17. Semoga dipermudahkan urusan. Risau juga anak-anak gi sekolah. Yang penting kena ingatkan anak-anak jaga SOP

    ReplyDelete
  18. Rindu yaaa nak hantar anak sekolah? Hehee..
    Tunggu laa sikit masa nanti, leh cipta kenangan hantar cucu. Tentu nenda nya yang lagi excited kot. Hehee

    ReplyDelete
  19. Bestnya timeline this week penuh dengan gambar2 my friends punya kids pergi sekolah... kita dah makin dekat dengan getting back our life ni (Y) back to normal lifestyle :P

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.