KEMPEN INFAQ - HANYA DERMA RM10 SAHAJA

KEMPEN INFAQ - HANYA DERMA RM10 SAHAJA | Baru-baru ini video seorang pelajar tahfiz membuat hafazan al Quran dari atas kuda menjadi viral di media sosial. Aktiviti itu adalah salah satu inisiatif proaktif Tahfiz Lembah Palas untuk mengelakkan kebosanan kepada pelajar-pelajar yang banyak terjejas akibat wabak.

Untuk makluman korang pelajar-pelajar tahfiz ini kebanyakkan adalah anak-anak kariah penduduk kampung setempat. Mereka perkenalkan konsep 1 rumah 1 hafiz/hafizah. Dan alhamdulillah Pusat Tahfiz Lembah Palas telah jadi hub aktiviti penduduk tempatan. MasyaAllah !

Untuk membolehkan pelajar-pelajar kampung ini meneruskan pembelajaran al Quran selepas tamat sekolah rendah, sebuah bangunan asrama tahfiz sedang dibina. Mereka perlukan bantuan kita semua untuk bantu siapkan asrama ni.

Fastabiqul Khairat, jom kita berlumba dalam kebajikan dan sedekah. 

Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api (HR At-Tirmidzi)

Mereka sedang mencari 28,000 dermawan yang boleh sedekah hanya RM10 sahaja. Tak rugi kita derma. Lagi ramai pelajar belajar al quran dan ilmu Islam, lagi banyak pahala mengalir kepada kita. insyaAllah.

Sumbangan boleh dibuat atas nama sendiri atau mak ayah dan keluarga yang masih hidup ataupun sudah tiada. Sumbangan lebih dari satu lot dialu-alukan.  

Kempen Infaq Tahfiz Lembah Palas - Hanya RM10 Sahaja

Korang boleh buat sumbangan melalui:

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Nama : PUSAT TAHFIZ SAIYIDINA ABU BAKAR @ TAHFIZ LEMBAH PALAS
No. Akaun : 02039010080690
Segala Pertanyaan Email : tahfizsaiyidina.abubakar@gmail.com

Semoga Allah memilih kita, tidak kira siapa, samaada Dato Datin Prof Dr Tuan Puan Cik Encik untuk bersedekah wakaf akhirat ini. Aamiinn.. 



P/S : Sebarkan... pun dapat pahala :) ...

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post