MAKAN BUFFET DINNER 'SEAFOOD & BBQ' HANYA RM98 DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL


MAKAN BUFFET DINNER 'SEAFOOD & BBQ' HANYA RM98 DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | Yay, buffet dinner kembali lagi! Sis rasa ramai juga yang dah pergi makan di sini. Sebab dah hampir sebulan dah buffet dinner ni berlangsung, cuma Jumaat lepas aje baru Sis berkesempatan pergi mencubanya. Asyik dengar orang cerita sedap aje kan, so nak tau sedap ke tidak, baik Sis pergi mencubanya sendiri, baru puashati.

Sebenarnya setiap hari juga di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel ni ada berlangsung buffet dinner, yaa setiap hari, cuma setiap hari Isnin hingga Khamis, ianya buffet dinner biasa dan harganya cuma RM80nett sahaja.. tapi pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, buffet dinner dia agak istimewa, sebab ada tema. Contohnya yang sedang berlangsung ni, buffet dinnernya bertemakan Seafood & BBQ, so kalau korang pergi makan, memang meriah laa menunya dengan makanan laut dan menu bakar-bakar. Harganya pun lain RM98nett. 

Tak kisahlah berapa harganya dan tak kira laa hari apa korang datang makan sini, yang pasti kalau korang datang makan buffet dinner di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel ni, memang sangat puashati, tak pernahnya tak sedap dan 'mewah'.. berbaloi laa dengan apa yang ko bayar dan makan kan.. 

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Bayangkanlah lebih dari 100 jenis menu pelbagai citarasa yang di hidangkan yang pasti mengugat 'diet' korang. Iyee, stop dululah diet korang tu kalau pi makan sini. Rugi kalau datang makan cuit-cuit ook. Semuanya sedap, susah nak tolak semua. Sis cakap sebab Sis dah terkena.

Dan biasanya kalau nak datang makan sini, pastikan perut korang lapar, kalau tidak, rugi woo tak dapat rasa semua. Semua tu Sis maksudkan menu-menunya ada pelbagai citarasa dan bangsa, ehh bangsa ekkk hahahaha.. ye laa, sebab ada menu Asian, Western, Chinese, Indian, Jawa, Kemelayuan, dan juga Arabian, haa gituu.. sampai tak terpilih nak makan apa. 

Tapi sebab ianya bertemakan Seafood & BBQ, so menu highlightnya pastinya laa seafood dan bbq kan? So mestilah banyak daging panggang, ayam panggang, seafood panggang dan juga menu makanan laut. 

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Antara menu highlight yang korang pasti terliur adalah; BBQ Beef Brisket, Oven Baked Salmon, Baked Oyster, Seafood Paella Rice dan banyak lagi. Sampai tak dan Sis nak amik gambar semua, sebab dah tak sabar Sis nak makan.

Mana sempat Sis amik ni semua terdiri daripada menu-menu kesukaan pengunjung yang makan buffet dinner di sini, terutama kalau tema Seafood & BBQ, memang ramai menantikannya.. Mana tak memang puas giler makan. 

Kalau tanya pilihan menu Sis, tentunya laa Baked Oyster dan BBQ Beef Brisket dia, memang terangkat pejam mata makan hahahaha.. dan tak lupa gak menu kegemaran Sis Chili Crab.. Suka sangat, sebab ketam dia fresh giler..

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Haa tengokk.. bukan kata western aje, kan Sis dah kata menu pelbagai citarasa dan bangsa pun ada hehehe.. ada menu kemelayuan, siap ada aneka sambal belacan dan pencecah ulam-ulaman pun ada, menu Indian seperti Ayam Tandori dan Roti Nan pun ada, dan menu Chinese aneka Dim Sum pun ada, apo lagi ko nakk... ni sikit je Sis tunjuk, ada banyak lagi ko..

Time ni Sis ko dah kelaparan, so snap-snap mana yang nampak aje buat tatapan korang hahahaha.. entah berapa kali telan air liur dah masa tangkap gambar ni hahaha.. 

Lagi satu nak bagitau, korang suka makan Shushi? Shashimi? Pun adaaa kat sini... Aneka salad dan rojak, pun ada.. lauk pauk pelbagai menu pun ada, apalagi ek... yaaa Sup ekor, Sup Rusuk pun adaaa.. tapi menu tu ada rotation laa, bertukar antara Jumaat atau Sabtu, macam tu.. 

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Buffet Dinner 'Seafood & BBQ' Hanya RM98 Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Tak lupa juga kaunter pencuci mulutnya, ada pelbagai dan aneka juadah kuih-muih, kek, puding, buah-buahan, dan siap ada cokelat celup-celup tu pun ada, memang sangat kemanisan kalau berada di kawasan pemanis mulut ni hahahaha.. 

Semalam tu Sis update Basque Burnt Cheesecake, haaa Sis makan di sini laaa tu.. tapi ikut nasiblah kalau datang makan ye, sebab semua menu bergilir-gilir di hidangnya.. jangan pulak korang pergi takde, ko meroyan hahaha.. silap-silap time korang datang, lagi sedap dari Sis datang makan.. 

Yang istimewanya, time Sis datang makan, boleh pulak rezeki Sis terjumpa Ustaz Ebit Liew, dapatlah bergambar sama sebagai kenangan.. Haa tengokkk.. Ustaz pun makan di sini okay... 

Buffet dinner ini bermula dari jam 6.30pm sehingga 10pm. Dan ianya berlangsung sehingga awal bulan April nanti. So bagi korang yang ingin nikmati makan malam bertemakan Seafood & BBQ ni, buat tempahan sekarang sebelum full house. Sebab memang akan penuh saja kalau datang makan sini. 

Untuk lihat lebih banyak lagi gambar menu yang Sis amik, korang boleh ke Facebook Page @akusislin okay. Situ ada banyak gambar yang Sis ambil. Jangan lupa LIKE sekali page Sis tu..

Untuk tempahan boleh terus hubungi;
- Cafe BLD : +60738133227
- Online reservation : http://bit.ly/TableAppCafeBLD
*50% diskaun untuk kanak² berumur 6 hingga 12 tahun. 

Patuhi SOP yang di berikan.


P/S: Makan yaa selalu kat sini, cuma belum ada rezeki lagi dapat menginap di sini, one day.. :)

20 comments:

  1. Tengok gambar Lin, dua kali sedap dan mewah makanan di Ren ni

    ReplyDelete
  2. Fuh sedapnya tengok semua makanan yg ada tu, pelbagai pilihan pulak tu mesti puas hati makan buffet dinner kat situu. Harga pon berpatutan 😁

    ReplyDelete
  3. Wow! For only RM98 one could eat till his heart's content. I would love to try the dim sum which looks really inviting.

    ReplyDelete
  4. Omg ! bestnya tengok offer best macam nih. Pelbagai menu boleh di cuba nih dalam satu pakej.

    ReplyDelete
  5. murahnyaaa, berbaloi kalau pergi ni

    ReplyDelete
  6. telan telan airlior tengok gambar udang and oyster tu. kan best kalau fok jb boleh ikut sis lin makan kat sini hahahah

    ReplyDelete
  7. Ya ampun syurga makanan. Macam2 ada semuanya menarik dan sedap. Ni kalau turun johor x singgah. Rugila heheh

    ReplyDelete
  8. menu menu yg ada memang menyelerak. berbaloi dgn harga yg kita bayar dan boleh makan sepuas hati

    ReplyDelete
  9. Hamboiii dah review bufet Ramadhan ke sis. Kita kalo pi mesti amik sate. Faveret. Kita tk larat makan byk2 on the dot. Lps balik bufet pastu lapar balik. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Pergh!! Meriahnya makanan.. berbaloi betul dengan harga dia.. tapi jauhhhhhh.. sedihhhhh

    ReplyDelete
  11. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 at this restaurant at any time of the day. cant wait to try this for myself when i balik kampung to johor nnt

    ReplyDelete
  12. Aduh, terliur semulaaaa.. memang berbaloi sangat sangat ui!!!! My favourite place... hehe...Makanan berkualiti, banyak kuantiti setanding harganyaaaa..I loveeeee it!

    ReplyDelete
  13. Haishh kenapa la buffet best2 dan murah2 ni semua jauh? Tergugat tengok oyster tu.

    ReplyDelete
  14. warghhh lamanya saya tak makan buffet. memamng napak sedap semua tu sis. saya ni pulak memang penggemar seafood. haish. kalau dekat ni dah cuba dah :)

    ReplyDelete
  15. Sedapnya semua makanan dia. Tahun ni berpuasa di perak tak dapat berbuka dekat mana2 buffet jb

    ReplyDelete
  16. Fuhhh meriah yee semua makanan-makanannya. Pelbagai aneka pilihan ada. Terliur Nina tengok. Puas hati kalau makan buffet ni. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  17. Bestnya bila dah boleh makan2 kat hotel ni.. lagi2 Ramadan is around the corner! hopefully semua back to normal soon macam dulu2..

    ReplyDelete
  18. Wah banyak nyer menu buffet ni sampai more than 100 jenis menu pelbagai citarasa, oh my!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.