PAGI-PAGI MAKAN BURASAK DENGAN ASAM PEDAS IKAN PARANG

PAGI-PAGI MAKAN BURASAK DENGAN ASAM PEDAS PIKAN ARANG | Kalau dah kata belakang rumah aje, apalagi, kejenya asal tekak rasa nak makan, kita capai handphone, order terus, tak payah nak tunggu raya, tak raya pun boleh makan Burasak, hehehehe.. Korang sini ada peminat makanan Burasak ni ke?.

Buras atau burasak ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Burasak disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam.

Dan Burasak ni biasanya senang jumpa di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis. Kalau di Johor ni paling banyak orang jual Burasak, di Pontian. Memang sebelum ni, kalau nak makan atau order time raya, memang Sis dan Suami akan ke Pontian aje. Cuma sekarang dah senang, belakang rumah Sis aje ada hehehe..

Pagi-Pagi Makan Burasak Dengan Asam Pedas Ikan Parang

Pagi-Pagi Makan Burasak Dengan Asam Pedas Ikan Parang

Haa tengok tu, tak ke menyelerakan? Nak menaip ni pun terasa-rasa kesedapannya oii.. kena pulak cecah dan makan dengan Asam Pedas Ikan Parang, memang laaaa hilang kelaut diet Sis ko hahahaha.. Yee kalau makan Burasak ni, mana cukup sekeping dua, mau-mau kena tiga atau empat keping, baru puas makan. 

Nak jumpa bukan senang, sekali dapat, makan sepuasnya. Biasa kalau Sis beli kalau Suami ada, memang beli 3 set ko, beli dua set mesti berebut dengan Suami hahahaha.. so biar puas makan, baru best.. 

Anak-anak Sis tak pandai makan Burasak ni, dah cuba makan, tapi memasing tak reti nak makan. So hanya Sis dan Suami aje makan. Tu yang kadang kalau dating hujung minggu, kalau agak nak makan Burasak, pergi je belakang rumah ni makan, tapi kena cepat, lambat sikit dah habis. 

Pagi-Pagi Makan Burasak Dengan Asam Pedas Ikan Parang

Kalau malas pergi makan kedai, haaa order aje laa, wahtsapp dan mereka akan COD sampai ke depan rumah korang. Macam Sis ni laaa agak sengsorang pagi tu nak makan, haa beli aje laa COD, lebih mudah dan puas makan kat rumah. Kena pulak kalau makan Ikan Parang yang banyak tulang tu, kena makan slow-slow ya hehehe.. 

Tapi ada pilihan, bukan kata Asam Pedas Ikan Parang aje, ada juga Asam Pedas Ayam atau Ayam Kampung Kari, ikutlah suka anak tekak korang nak makan Burasak tu dengan apa. Tapi makan gitu aje dengan serunding pun sedap weiii.. Sis uka gak meratah.. 

Pagi-Pagi Makan Burasak Dengan Asam Pedas Ikan Parang

Kalau korang nak mencubanya, haa bolehlah wahtsapp nombor di atas tu dan order dengan mereka. Tapi ingat, Burasak ni ada hanya pada hari Jumaat, Santu dan Ahad sahaja. 

Kalau nak datang walk-in pun boleh, jangan kata Burasak, pelbagai menu ada ko. Roti Canai Sarang Burung pun ada, Mee Racun pun ada, dan aneka jenis asam pedas dan lauk pauk pun ado.. kalau pi makan kedai Madibest ni, memang rambang mata ko hahahaha.. 

Apa-apa pun Burasak dan Asam Pedas Ikan Parang mereka memang the best.. korang cubalah.. 


P/S: Ya Allah, jauhkanlah aku dari manusia yang 'dengki' dan 'irihati' ... aamiinn.. 

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Assalamualaikum sis. Kalau pergi pontian makan dekat mana burasak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusaalam Leya.. kalau kat Pontian makan di Kedai Ketupat Pontian depan Hospital Pontian tu Leya. jangan kata Burasak, segala menu Raya adaa ko hahahaha

      Delete
  2. tak pernah ako try burasak ni...
    last yr tetiba jadi viral pasal burasak ni...
    ada order utk raya tapi x kesampaian sbb rider buat hal..
    sudah nya burasak kitrg order mmg x dapat2... nangisss....

    ReplyDelete
  3. dah pernah makan burasak ni, tapi entah rasa biasa je, tapi ada kawan kemain suka nauuu dengan burasak ni hehe

    ReplyDelete
  4. burasak tak pernah makan lagi Lin, tapi asam pedas tu nampak mengancam sungguh :)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan burasak ni. Rasa teringin pula. :)

    ReplyDelete
  6. Burusak ni pemes di Sabah tapi so far belum pernah try lagi..sebab ia jarang-jarang muncul hehhe

    ReplyDelete
  7. Alamak, terus perut berbunyi ni.. nampak sedap betul... huaaa sabar atie sabar.. puasa kan hehe

    ReplyDelete
  8. sedap...hari tu makan pulak dengan ikan tenggiri.minggu ni nak pi repeat lagi la makan situ

    ReplyDelete
  9. sedapnya...tp takde geng nak makan. suami tak suka.

    ReplyDelete
  10. fuh heaven yer dok johor sis lin, makanan jawa sedap2. haish memang punah diet gini..hehe..

    ReplyDelete
  11. tak perrah lagi cuba makanan bugis ni. ingat ke nama makanan thailand haha. Bolehlah nnti nak cari. Dekat area kedah ni manalah boleh cari eh burasak ni:)

    ReplyDelete
  12. woow...so yummy looking delivery to receive & enjoy :D I love the ikan parang assam pedas, must order & try it real soon :D so so yummy looking :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Sedap nya... Nampak menyelerakan! Kita rasa macam reti buat burasak ni kot, dia macam lontong nasi yang panjang tu kannn? Kita selalu buat tiap kali Raya, rebus 8 jam kak..

    ReplyDelete
  14. Mula2 baca post sis lin ni, tertanya jugak, apa burasak tu. Tengok2 baru faham... 😊 Menarik ye, dgr asam pedas ikan parang tu terliur pulak..

    ReplyDelete
  15. first time dengar burasak ni, teringin juga nak cuba..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post