CARA NAK ALLAH JEMPUT

CARA NAK ALLAH JEMPUT | PAGI tadi sambil bukak facebook, terbaca satu nukilan perkongsian mengenai cara nak Allah jemput ke tanah suci. Bila Sis baca dan fahamkan, yaa benar apa yang di tulisnya.. bagi mereka yang percaya akan rezeki Allah, pasti akan tau, sampai masanya insyaAllah semua orang akan jejakkan kaki ke Mekah. Antara cepat atau lambat aje..

Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!

Allah tak jemput siapa yang mampu..
TAPI..

Allah jemput siapa yang ingin kesana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha kesana

Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh, 'jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah'.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.

Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.

Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. 

Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek? 

Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..

Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi
KERANA APA?

Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya

Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa..

Credit: FB Sabariah Abd Majid

Panduan Ibadah Umrah & Ziarah

Dan bagi korang ada 'niat' ingin ke menunaikan Umrah dan perlukan pembacaan dan juga persediaan, korang juga bolehlah mendapatkan buku Panduan ibadah, Umrah & Ziarah, lengkap dengan doa dan tatacara perlaksanaannya juga buku panduan meraih Umrah yang makbur ini dari kawan Sis ni. 

Alhamdulilah, hadiah harijadi pertama yang Sis dapat dari rakan Sis ni. Terima kasih untuk hadiah ilmu yang sangat berguna ni Kid. Moga dimurahkan rezeki dan sihat selalu. 

Bukunya sangat mudah untuk kita faham dan baca. Beserta sekali dengan bahasa Arab yang biasa di gunakan di sana. Memang lengkap semua dalam satu laa.. 

Cara Nak Allah Jemput

Untuk dapatkannya korang boleh hubungi : 

Hisyamudin Fadzil : 019-237 2347

Labbaika Allahumma labbaik, labbaika laa syarika laka labbaik. Innal hamda, wan-ni’mata laka wal mulk, laa syarika laka.


P/S: Jom kita doa bebanyak..jangan putus asa berdoa.. doa dan berdoa... insyaAllah ... 

14 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ini salah satu doa PC dari kecik Sis. Nak ke tanah suci. Nak sangat-sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan doa kita semua Allah perkenankan PC ...aamiinn

      Delete
  2. InsyaAllah akan sampai ke sana....

    ReplyDelete
  3. saya memang mahu ke sana...

    sama ada buat haji dan umrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki, Allah pasti beri kita peluang ke sana...

      Delete
  4. Moga ada rezeki kita ke sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiin, jangan putus berdoa MIn, jom kita sama-sama..

      Delete
  5. Alhamdulilah rezeki pernah ke sana sewaktu dahulu...
    Alhamdulilah bersyukur di beri peluang...
    dan insyallah klu ada rzeki lagi, ingin juga datang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Ret, ada peluang lagi, boleh jejakkan kaki ke sana lagi.. insyaALlah ...

      Delete
  6. Bersyukur dapat berpeluang menjadi tetamu Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, jika di izinkan, insyaAllah...

      Delete
  7. Setuju.. Ammi masa buat umrah mmg takde duit pun kak. Duit simpanan tu adalah tp takdelah mcm nak beli tiket suami isteri buat umrah. Keingginan tu ada.. Tup tup adik ipar call bagi tau dia nak sponsor tiket. Allahhh..besarnya nikmat yang Allah bagi kat kita

    ReplyDelete
  8. semoga dijemput menjadi tetamu di tanah suci satu hari nanti..InsyaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post