SARAPAN PAGI PALING MUDAH, SEDAP DAN KENYANG

SARAPAN PAGI PALING MUDAH, SEDAP DAN KENYANG | AGAK lama juga tak pekena Maggi yaa, bukan sebab cut semua makanan, tapi belum ada hawa nafsu nak makan Maggi, kecuali pagi ni, tekak tiberr nak makan Maggi, stok kemain banyak sebab baru lepas belanja barang dapur, so pilih je laa nak makan Maggi apa hehehe..

Dah tentunya kalau tiap kali pi belanja Sis akan beli Maggi Vits Aglio Olio, memang Sis suka sangat, terasa aglio olionya, cuma nak lebih sedap, korang kenalah rajin, tambahlah sedikit bahan sampingan lain, barulah nampak mewah sikit dan lebih mengenyangkan.. 

Kalau di fikir-fikirkan balik, tak laaa mudah sangat, sebab kena masak dan tapis kemudian gaul lagi, cuma mudah tu sebab simple.. kalau malas, korang just masak je laaa ikut arahan dan letak je laa bahan yang dah sedia ada, tak payah nak tambah-tambah yaa.. 


Sarapan Pagi Paling Mudah, Sedap Dan Kenyang

Macam Sis, ada rajin sikit, kebetulan ada udang, ada tomato, so kita kasi tambah laa dalam itu Maggi, so bila dah siap, nampaklah woww gitu... macam kita masak sendiri gituuu, padahal segera juga mariii hahahaah.. 


Nak membuatnya malas takat makan sorang.. lainlah kalau semua ada, memang boleh masak sekuali.. lagi kalau Kakak ada, dialah yang paling suka masak Spageti Aglio Olio, sebab dia tau Maknya suka.. bila dah tinggal berdua je ni, sarapan pagi paling mudah, sedap dan kenyang, kita masaklah apa yang ada.. salah satunya Maggi Mee hehehehe.. 

ni brand Maggi yang mana Sis?... 

Sarapan Pagi Paling Mudah, Sedap Dan Kenyang

Ni haaa dia, Maggi Mi Goreng brand Vit's ni haaa.. yang ini memang paling Sis suka dan mesti beli tiap kali belanja barang dapur.. kadang kalau lupa atau dah habis, kedai Acheh depan rumah ni pun ada jual, so senang nak mencarinya laa.. 

Brand Vit's ni ada macam-macam, kadang pun Sis beli Mi Goreng Bolognese dia juga, pun sedap.. macam Sis kata laa, nak sedap, kena rajin, tambahlah bahan sampingan lain untuk jadikan menu tu lebih mewah gituh... hehehehe.. 

Sesekali makan bolehlah, jangan selalu, nama pun mee segera kan, so tak elok untuk kesihatan.. ni sebab kerja banyak, tak nyempat nak mengodak apa kat dapo, so masak je laa apa yang ada, janji alas perut makan kenyang sampai tengahari, petang sikit baru fikir nak masak apa.. 

Korang cubalah.. 


P/S: Time ni laaa cermin mata nak patah laaa.. adoiii malasnya nak masuk Mall... 

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ehh macam tak pernah try maggi vits yang ni .. kena carik ni habuan rasaa .. menggiurkan pulak walau segera haha

    ReplyDelete
  2. ada beli brand vits ni..tp ammi ambik yg bolognese.

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan..mesti cuba ni..
    Tak pernah nampak plak kat area rumah Aini.. kene tengok betul2 la nnt..

    ReplyDelete
  4. maggi aglio olio ni memang tak boleh tolak, aroma dia tu sedap betul kan kak

    ReplyDelete
  5. oh baru tahu pasal produk ni, boleh la cari pasni. sebelum ni dok makan mee segera vits tu ja :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post