TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2022 BERSAMAAN 1443 - 1444H BAGI MALAYSIA

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2022 BERSAMAAN 1443 - 1444H BAGI MALAYSIA | BILA tengok balik tarikh-tarikh tu, terus dalam hati ni berkata; 'Cepatnya masa, tahun depan bulan April dah puasa, dan awal bulan Mei kita dah raya', hurmmm... 

Nanti lama kelamaan akan kembali macam tahun 90an dulu, kita akan beraya pada akhir tahun kan?.. Begitulah putaran bumi, tapi bila kata dah semakin dekat nak Ramadhan tu, korang dah ganti puasa ke belum? Jika belum, silalah ganti ya, jangan last minit sampai terlupa pulak. 

Azam tahun baru belum ada tapi Sis dah ada misi apa yang nak Sis buat tahun depan, doakan apa yang Sis dan Suami rancangkan akan terlaksana ya.. 

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2022 Bersamaan 1443 - 1444H Bagi Malaysia

Tapi apa yang penting sekarang, selagi keadaan Malaysia masih lagi belum reda dengan wabak Covid19 ni, kita janganlah suka snagat dengan nak 'berhari raya' tu, takut kang jadi macam tahun-tahun sudah dan juga tahun ini. 

Bukan kita meminta tapi kita kena bersedia. Asal nak raya puasa je, mulalah kes naik, kemudian kita berkurung lagi dan lagi.. begitu aje laa.. tapi harapan besar kita semua, harap dapatlah kita berhari raya seperti dulu dan dapat berterawih di Mesjid beramai-ramai, tak kisahlah dalam SOP kan, janji boleh masuk.. 

Kita doakan semuanya akan baik-baik aja dan Malaysia kembali jalani kehidupan yang normal dalam norma baharu tanpa was-was.. Dan juga kita doakan agar 'border' Malaysia - Singapura' akan kembali di buka yaa.. kesian mereka yang berjauhan dengan Suami bertahun lamanya, termasuk adik Sis.. 


Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

Aaamiinn ... 


P/S: Ada yang dah plan nak beli baju raya ke tuu hehehehe.. 

14 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. aminn...moga terlaksana semua plan tahun hadapan..
    moga bumi cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dilindungi daripada wabak kobid :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aamiinn, sama-sama kita berdoa...

      Delete
  3. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan dan makbulkan segala perancangan yang baik2, Amiiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn .. makaseh Kak, now rehat aje laa dulu.. hari-hari turun laut hahahaha

      Delete
  4. semoga kita semua direzekikan untuk puasa, solat taraweh beramai-ramai tahun hadapan. seram nak beli baju raya. risau xdpt kumpul raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kami nak raya jugaaaa...
      KIta doa sesama yaa.. aamiinn..

      Delete
  5. Cepat waktu berlalu kan Sis. Raya tetap raya. Puasa tetap puasa cuma seperti apa keadaannya sahaja yang mendebarkan. Semoga kita tidak terlalu ghairah kerana sebenarnya keadaan belum begitu baik untuk kita bebas ke mana-mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr PC, masa pantas berlalu kann.. harap kita dapat berhari raya...

      Delete
  6. moga semuanya akan jadi lebih normal tahun depan..ameen

    ReplyDelete
  7. Semoga dptlah beraya tahun depan walaupun tanpa mama :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ammi, rindu nk kunjung mengunjung... harap dapatlah tahun depan kan...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment