TIME HUJAN NI, TENGOK GAMBAR PUN JADI LAPAR

TIME HUJAN NI, TENGOK GAMBAR PUN JADI LAPAR | SEKARANG ni dah mula musim hujan, di area Sis Pasir Gudang,Johor pun sama, hari-hari hujan, time menulis ni pun hujan juga. Mungkin dah masuk musim tengkujuh sebab itu juga ada amaran air pasang besar telah di keluarkan. 

Hurmm nampak gayanya tak pergi memancing lagi laa minggu ni ya.. Rasanya dah hampir 4 kali hujung minggu Sis dan Suami tidak pergi memancing. Banyak urusan keluarga yang nak di selesaikan dan juga kebetulan Suami pun ada kerja yang perlu di settelekan. 

Tapi memang bulan November ni kami berdua kena cuti memancing laaa, kena banyak berehat dan uruskan apa yang perlu dulu. Sambil tu bolehlah 'memutihkan' kulit yang dah gelap ni gara-gara memancing hahahaha.. 

Hot Green Tea

Time hujan  ni, tengok gambar pun jadi lapar kan.. sesambil lepas dah settle draft autopost entri untuk esok, duk beleklah handphone, sekali ternampak gambar Sis dan Kakak pergi lepak Hi-Tea di Cafe Richiamo baru-baru ni. 

Cafe terbaru di Kota Masai. Satu lagi ada di Taman Bukit Dahlia. Not bad ar, tempatnya pun cantik, selesa dan menu makanan dia pun sedap-sedap belaka. Kalau Sis, ini pertama kali Sis datang singgah min8um, walau dah banyak kali lalu depan kedainya hahahaha.. 

Bukan taknak singgah, tapi takde geng nak di ajak singgah. Tu yang bila Kakak balik Johor sekejap, memang dia dah bagitau nak ajak lepak minum kopi, so Sis ajak pergi sini. Apalagi Kakak rekemen laaa Sis try Richiamo punya Salted Egg Cruissant dia, perghhh.. sedap gilerrr...

Salted Egg Cruissant

Kakak tau Emaknya suka makan salted egg, tu sebab dia suruh Sis mencubanya, sebab kata dia, kawan Kakak ketagih beno makan Cruissant ni, so kita cuba, nak tau gak apo yang sedap sampai ketagih yaa.. 

Bila dah mencubanya, ternyata, ermmm paduu seyyyy, memang sedap, rotinya lembut dan salted egg isi dalamnya melimpah ruah hahahaha.. patutlah ramai yang makan Salted Egg Cruissant ni selain dari Muffin-muffin mereka. 

Harga pun tak mahal mana, standard laa harga Cafe kan. Sis pun cuba gak Ice Latte mereka, pun okayy, dan Kakak semestinya laaa Hot Green Tea dia tu.. punn okay kata Kakak. 

Bila dah hujan, tengok gambar, terus rasa lapar, rasa nak start enjin pi Cafenya aje, tapi hujan, jadi malas hahahaha.. tapi takpe, ada juga dalam FoodPanda kalau nak order, jeng jeng jeng.... 

So korang kalau nak try, bolehlah ke sana yaa.. alamat di bawah ni haa.. 

Richiamo Coffee 
10A & 10B, Jalan Eko Perniagaan 12, 
Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
(Open 9am - 10pm)


P/S: Dah dua hari ni gigih puasa 'manis' hohohoh... 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ye..kita pun dah try makan yang ni.not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, aku sampai bungkus beli gak haritu singgah kejap hahaha, sedap...

      Delete
  2. nasib baiklah mama dah kenyang baru tgk post ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nanti time lapar sila datang ya Mama hahaha

      Delete
  3. Hujan2 ni lapar n ngantok sama2 naik. Hahahaha. Croissant memang sedapppp. Tp xpenah rasa Salted egg. Curious pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, membolat aje badan kan, walau dah tak MCO hahahaha

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post