KAKAK BALIK SEKEJAP URUS PERSIAPAN PERKAHWINAN ADIK

KAKAK BALIK SEKEJAP URUS PERSIAPAN PERKAHWINAN ADIK | ALHAMDULILAH walau sekejap sangat Kakak balik, tapi dalam masa sekejap tu, hampir 50% persiapan perkahwinan adiknya sudah Kakak settlekan, syukurlah semuanya Allah permudahkan. 

Kakak (anak Sulung Sis) balik bukan semata nak urus persiapan adiknya, tapi Sis sefamily nak sambut birthday Kakak in advance yang jatuh pada hari Selasa nanti. So sebab harini Kakak dah balik Shah Alam, makanya kami sambut awal malAm tadi makan di Restoran Todak, lagi dan lagi hahahaha.


Bulan Oktober ni aje, dah empat (4) kali Sis datang makan di Todak ni. Sekali tu makan bersama anak-anak, sekali lagi makan tengahari dengan Suami berdua (Syhhh yang ni anak-anak tak tau), sekali lagi datang makan dengan kengkawan Suami, dan kali ke-empat ni makan sambut birthday Kakak malam semalam.

Sampaikan staff Restoran Todak tu pun dah kenal. Tapi takde rezeki plak jumpa Michael Ang semalam..

Kakak Balik Sekejap Urus Persiapan Perkahwinan Adik

Kakak sampai Johor pada Khamis petang lepas, sempatlah Sis masakkannya Ayam Masak Semur atas permintaan Kakak. Petangnya Sis keluar bersama Kakak minum kopi di Richiamo kejap. Esok Jumaatnya tu Kakak dan Adiknya keluar bersama. 

Dapatlah Kakak dan Adiknya mencari tudung kami sekeluarga untuk di pakai di majlis pernikahan dan majlis sanding. Dan malamnya kami anak beranak berbincang dan sambil tu Kakak uruskan semua 'list' hal-hal berkaitan dan booking deposit untuk semua hal. Alhamdulilah, Kakak sangat membantu Sis dan Suami. 

Dan semalam Sabtu, Sis seFamily keluar dari pagi membawa ke malam, mencari, membeli dan juga survey segala semua kelengkapan persiapan perkahwinan. Semuanya dah hampir 50% settle, tapi masih ada lagi yang belum dapat lagi apa yang nak di cari. 

Kakak Balik Sekejap Urus Persiapan Perkahwinan Adik

Tadi pagi sempatlah Kakak ikut Sis dan Ayahnya bersarapan, kemudian ke opis Ayahnya sekejap sekali jalan isikan minyak kereta Kakak dan juga check enjin dan juga angin tayar kereta Kakak. Ayahnya memang begitu, risau anaknya balik jejauh, so kena check semua sebelum gerak. 

Itupun Kakak kena gerak awal sebab nak hadir ke majlis perkahwinan kawannya tu di Pagoh sekejap. Banyak Sis pesan kepadanya, bebaik dan jaga SOP.. risau juga kan.. tapi Sis tau, Kakak faham apa yang perlu dibuat. 

Syukurlah, semua urusan Allah permudahkan. Lepas ni dah mulalah Sis sibuk dengan semuanya, banyak benda nak buat, rumah dah macam stor dah dengan segala barang persiapan. Takpe kita buat pelan-pelan, insyaAllah semuanya akan settle.

Tidak terlalu mengharap, kita merancang, tapi semuanya terpulang kepada Allah untuk mengizinkan.. jika boleh, biarlah semuanya berakhir dengan selamat.. aamiinn.. 

Maaflah, segala jemputan event Media memang Sis tak dapat nak hadir. Sibuk dengan segala macam urusan. Now masa untuk 'Family Time'... thank you kepada mereka yang memahaminya.. 


P/S: Ada masanya airmata ni mengalir... belum lagi tiba masanya :(( ...

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. semoga urusan majlis berjalan lancar ya sis

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan persiapan sehingga majlis selesai

    ReplyDelete
  3. Semoga majlis berjalan lancar.. Klu xde aral ako sampai k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa kena datang tau.. tak datang, aku majukkkkkk hahahaha

      Delete
  4. Sister's love. Beruntung adiknya ada kakak yang ambil berat dan ambil tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Ammi, kakaknya kemian risau dengan persiapan adiknya..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment