NASIB AKU TIDUR AWAL SEMALAM


NASIB AKU TIDUR AWAL SEMALAM | BANGUN pagi harini usai solat Subuh berjemaah dan turun ke dapur bikin sarapan untuk Suami yang akan keluar awal pagi atas urusan kerja luar, Sis terus kemas dulu apa yang patut, belum sempat nengok handphone pun, ingat ke nak sambung tidur, tapi mata tak rasa nak katup pulak. 

So Sis terus aje bukak laptop tanpa melihat handphone lagi. Tup-tup bukak facebook, memasing semua update status kata facebook, instagram dan wahtsapp semalam ada problem. Dan dengarnya masaalah tu dari malam semalam hingga ke awal pagi ni ya?.. betul ke?.. 

Laaa Sis memang tak tau kesah, sebab malam semalam kami semua tidur awal, seawal jam 10.45pm lebih macamtu Sis dah naik atas dan terus tidur dan tak tengok pun handphone. Tu yang memang tak tau apa pun ada masaalah. 

Cuma sebelum tidur tu, adalah bukak kejap blog, then baca email, tapi tak plak nak bukaknya facebook, instagram dan wahtsapp.. lagipun notification semua senyap je, so malas nak tengok apa-apa.. Rupanya ada problem yaa hohoho.. 

Nasib Baik Aku Tidur Awal
Sis pun tak tau apa masaalahya, apa yang Sis baca, kata mereka semua gambar semua hilang dan hanya muncul tulisan aje, then ada plak certain kata, scroll semua tak muncul, dan ada juga yang kata nitification senyap, takde apa-apa keluar.. tu laaa masaalahnya dari apa yang Sis bacalah..

Uishhh boleh stress ek bila jadi macamtu, lagi kalau yang gunakan platform tu semua untuk bisness dan kerja-kerja mereka, sekejap dia buat masaalah, besar kesusahan yang mereka nak hadap.. tapi bagi mereka yang tak kisah macam Sis ko ni... memang jenis 'takpe' laaa.. untuk mereka yang memerlukan, jadi satu masaalah besar.. 

Tapi nasib baik jugalah Sis tidur awal, kalau tak, memang Sis ingat telepon Sis pulak yang rosak, ada kang Sis ko turn on turn off kejenya hahahaha.. tak memasal kang minta Suami belikan iphone13 promax ehhhhhhh hahahahahaha... 

Apa-apa pun janganlah risau, tadi Sis bukak, dan ternampak rata-rata semua update kata dah OK.. so bolehlah jalani kehidupan seperti biasa ya hahahaha.. alaaa TikTok kan adooo lalalalalala... 

Okaylah.. sambil menaip ni, mata pulak mengantuk, ngada je kan. ishhhh.. nak bakar roti selet peanut butter.. bancuh Teh Bunga Raya.. ajommmm le kitaa.. 


P/S: Lain tu problem Sis tak kisah, tapi kalau blog yang problem, haaa memang tak senang duduk Sis ko ni.. ishhhhh.. 

8 comments:

  1. Hahaha... Untung Sis tido awal...
    Kan... Kalau blog lah jadi problem ni memang menangis kan3x..

    Apa-apa pun jom kembali merancakkan Blog, Twitter, TikTok

    ReplyDelete
  2. Samalah
    Seharian semalam wak tak bukak lt dan hp
    Lepas isyak dah tido

    ReplyDelete
  3. pukul bape masalahnya tu? dana kul 10 lebih udah tido tak sedar kak oi

    ReplyDelete
  4. Oh, kalau itu semua symptomnya, kita macam ada perasan jugaklah. Tapi macam taklah stess pulak tengok gambar tak keluar, cuma perasannya macam noti tak update. Lepas tu, kita tengok filem Gurindam Jiwa dan habis jer cerita terus tidur, hehe

    ReplyDelete
  5. ammi pun tak perasan ada gangguan. leka dok main game kat handphone gamaknya

    ReplyDelete
  6. Saya pun tidur awal. lewat sikit je dari sis. Bangun bangun tengok twitter ramai yang tweet pasal problem ni. Hihi..Mujur tidur awal kan :)

    ReplyDelete
  7. Hahahaha...SA lagi la tido awal...penat kan berulang kerja hari2...memang x perasan la jawabnya

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak kisah sebab dah tertido, tapi terkejut la pepagi tu tengok, kenapa empat orang jer tengok status akuuuu? HAHAHAHAHA

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.