BILA SUAMI AKU BAGI 'GREEN LIGHT' KELUAR MEMBELI-BELAH

BILA SUAMI AKU BAGI 'GREEN LIGHT' KELUAR MEMBELI-BELAH | ALHAMDULILAH satu kepuasan dalam diri bila dapat keluar dan masuk shopping Mall bila Suami Sis bagi green light keluar membeli-belah sendiri semalam. Kalau tidak memang ada je soalan dia bila Sis kata nak keluar. Dah macam kaunter pertanyaan di balai polis gamaknya. 

Sejak pandemik dan kita ni terdedah dengan virus Covid19 ni, memang agak lama gilerr dan sangat lama laaa Sis tak keluar masuk shopping Mall atau pi event dengan kengkawan macam dulu-dulu. Kalau ada keluar pun hanya dengan Suami, tu pun pi beli dan cari sarapan, dan juga pi beli belanja barang dapur je. Beli beli terus balik.. 

Entahlah Suami terlalu 'berkira-kira' nak beri izin Sis ni keluar macam dulu-dulu. Dulu dan sekarang tak sama katanya, kalau takde apa, better duduk rumah je katanya. Nak beli apa, beli je online, huhuhu... Tu yang kadang memang aktiviti Sis habis masa di rumah jer, memang tak kemana, bosan di rumah tu dah sebati dah, paling tak ikut Suami memancing, tu jer laaa.. 

Bila Suami Aku Bagi 'Green Light' Keluar Membeli-Belah

Bila Suami Aku Bagi 'Green Light' Keluar Membeli-Belah

Dan bila semalam Suami begi green light Sis keluar membeli-belah, memang excited Sis suka gilerrr hahahaha.. terus cite dalam group Bokeh Sis, dan sorang kawan Sis merangkap jiran setaman ni,Nas terus nak ikut, dan kebetulan juga Suami dia WFH, so boleh tengokkan anaknya, rezeki kamilah dapat keluar sesama semalam hehehe.. 

Tujuan Sis nak keluar memang nak beli kasut jer, lama tak beli kasut weyyy.. dan sebab malas nak pi tempat yang terlalu crowded, so Sis hanya ke AEON Permas jer semalam. Situ Mallnya setingkat je, dan tidak terlalu besar, so orang tu agak berkurang laaa sikit, lebih selamat, yang penting kita alert dan jaga SOP. 

Dah plan dengan Nas, keluar jam 11am, so sebelum Asar kita balik. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan kami. Walau hujan kemain lebat time kami keluar pergi dan balik. 

Bila Suami Aku Bagi 'Green Light' Keluar Membeli-Belah

Tengoklah tu, muka ada happy arr dapat keluar dan membeli-belah hahahahaha.. adeiii beli kasut je punnn. Nas tu pun pelik tengok Sis tau, muka gembira beno dapat keluar sendiri ke shopping Mall kemain excited, sampai Nas snapkan gambar muka orang bahagia tu hahahaha.. adeiiii

Alhamdulilah, dapatlah beli apa yang Sis nak semalam. Tak kisahlah walau di AEON aje kan, janji dapat peluang tu, kita isi masa sebaiknya. Cuma lain macam ek kalau shopping time sekarang ni, nak pegang tu pegang ni rasa was-was semua. 

Beli baju pun tak boleh nak test, so pepandai le ko ukur baju di badan sendiri hahahaha.. nasi baik balik je bila test, semuanya muat, kalau tak, tak memasal nak kena keluar lagi pi tukar. 

Bila Suami Aku Bagi 'Green Light' Keluar Membeli-Belah

Dan sempat gak lerr kita pi minum kopi di Old Town Coffee dalam Mall tu. Rasa lega gak sebab orang tak ramai. Pekena White Coffee dia dan KopiO Old Town, perghhh segarr mata woiii hahahaha.. 

Bukanlah mengada-ngada ek ceritanya.. tapi ini kisah benar keadaan Sis sekarang.. memang begitulah, dah tak macam dulu, nak keluar ikut sukahati, bebas ke sana ke sini, tapi sekarang, apa nak buat atau nak keluar kena betul-betul perlu, dan apa tujuannya, kalau tidak memang Suami tak izinkan #SisRedha je laa.. 

Tapi ada baiknya juga.. teguran Suami tu, sebab dia sayang kita, taknak kita ni terkena jangkitan, walaupun orang kata, one day kita akan hidup dengan virus, tapi jika boleh elak, kita elaklah.. betul tak?.. kadang bila dah dengan kengkawan ni, kita 'leka', lupa diri, SOP entah ke mana hahaha.. tapi ikutlah memasingkan.. yang penting jangan jadi 'pembawa' dan jangan menyusahkan orang lain.. 


P/S: Alhamdulilah, terima kasih incik Suami ❤

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ako pun dh lama x soping.. Baju2 pun xde yg baru dah... Nk kena beli gak laaa.. Nk wel wel ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Ret, lama tak pi memana, so lama lerr tak membeli.. bila dapat peluang, memang sekali jalan aku hangkut semua hahaha

      Delete
  2. Bestkan..shopping! Tuhlaa, kena pergi time tak crowded..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi time bekerja takde orang Non hehehehe

      Delete
  3. saya pun rindu nak pusing shopping mall tanpa hala tuju. dulu duduk asrama seronok juga jalan-jalan. ni lama sangat duduk rumah, baju melawa pun dah lama tak beli. sempat beli baju tidur je ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis sekarang kat rumah pun pakai je baju jalan, amik feel mood melawa hahahaha

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post