KENAPA MESTI NAK DENGKI DAN CEMBURU?

KENAPA MESTI NAK DENGKI DAN CEMBURU? | KORANG ada perasaan sedemikian? Bohong juga kalau kata tak ada kan? Tapi dengki dan cemburu tu ada dalam situasi yang berbeza-beza dalam setiap diri sesaorang, termasuk juga diri Sis. Yaa memang ada rasa dengki dan cemburu tu dalam diri Sis, tapi semuanya bersebab. 

Tapi so far, sifat dengki dan cemburu yang menguasai diri Sis, Sis boleh kawal dan elak agar tidak terlalu keterlaluan. Adakalanya kita merasa cemburu dengan pencapaian, kejayaan, harta dan perolehan orang lain. Tanpa sedar dan dikawal, cemburu itu boleh memakan diri, menghasil dengki, muram, murung dan stress berlebihan. 

So buat apa nak stress-stress kan, kita cuba kawal perasaan itu semampu boleh, paling mudah, selalulah ucapkan ALHAMDULILAH dengan segala nikmat yang telah kita ada. Itu yang sebenarnya 'ubat' untuk penyakit dengki dan cemburu ni. 

Makin besar perasaan dengki dan cemburu yang ada pada seseorang, makin besar pula api kesengsaraan dan kegelisahan jiwa dan perasaannya. Makin lama perasaan ini dipendam dalam jiwa, maka akan makin banyak perubahan-perubahan buruk akan lahir pada tingkah-laku dirinya. Dia akan cenderung untuk mengumpat, merendah-rendahkan serta mengecil-ngecilkan kebolehan dan kejayaan orang lain nescaya lambat laun tembelangnya akan terbuka.

Kenapa Mesti Nak Dengki Dan Cemburu?

Kita tidak perlu ada sifat dengki dan cemburu, kerana setiap kita mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dalam bidang hidup masing-masing. Kalau ada orang yang berjaya dengan kelebihan yang ada pada dirinya, kita juga harus berjaya dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Kalau orang tegak dan cemerlang dalam bidang hidupnya, kita juga mempunyai bidang perjuangan hidup sendiri untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka.

Kita cuba ubah sikap dengki dan cemburu kepada sikap memuji dan menghargai kebolehan dan kelebihan orang lain. Sikap ini bukan sahaja membuktikan kebesaran dan kematangan jiwa seseorang dan bukan sahaja memberi kerehatan dan ketenangan kepada jiwa, tetapi juga menambahkan kemesraan dalam perhubungan dan pergaulan yang akan memberi keuntungan yang tidak terhingga.

Jangan cuba menjadi penyaing yang menyiksa dan menghalang kejayaan-kejayaan orang lain, bahkan biarlah bakat-bakat gemilang orang lain itu berkembang dengan mekarnya, kerana perkembangan bakat dan kreativiti itu akan memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat. Belajarlah bergembira dan bersuka hati mendengar kejayaan orang lain dan bukannya irihati atau sakit hati.

In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.

Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding. Sebab kita lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah. Kita akan membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap pada ketika itu.

Kenapa Mesti Nak Dengki Dan Cemburu?

Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai kekurangannya yang lain. Kita tertipu. Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya. Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja.

Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan. We are all on a journey to find something, to become something, to learn, to create. Setiap orang adalah berbeza. Walau saudara kembar sekali pun. Tidak akan sama.

Perjalanan kita tiada kaitan dengan orang lain. Hanya kita yang menentukan apa yang kita mahu dan dimana kita mahu pergi. Daripada membandingkan hidup korang dengan kehidupan orang lain, lebih baik tanamkan tabiat dalam diri korang untuk membandingkan hidup diri korang sendiri.

Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain adalah satu kebodohan. Tetapi mencari inspirasi dan belajar dari kisah kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan. Jangan risau. Bertenang dan sentiasalah senyum.

Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diatas pentas kehidupan. Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita. Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita.

Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan. Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.

Jadi kenapa mesti nak dengki dan cemburu?.. 

Allah itu Maha Adil.
Kita semua istimewa dipandanganNya. 


P/S: Okay jomlah memasak Ayam Semur... 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Paling takut cemburu sehingga sanggup menyihir sesama saudara

    ReplyDelete
  2. cemburu dengan kejayaan org lain dan berusaha capai kejayaan yg sama ammi panggil as 'cemburu motivasi' gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu namanya persaingan sihat Ammi, yang tu kira okay lagi kawalannya hehehe

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post