TEH BUNGA RAYA BOLEH KURUSKAN BADAN?


TEH BUNGA RAYA BOLEH KURUSKAN BADAN? | KORANG pernah dengar mengenai persoalan pada tajuk tu? Atau korang memang tau yang sebenarnya teh bunga raya boleh kuruskan badan? Bagi Sis ini kali pertama Sis tau dan mendengarnya. Kisahnya baru-baru ni Sis ada ke kedai ubat SengSei, Sis mencari ubat untuk sakit perut buang angin 'sebu', then staff tu bagilah ubat dan rekemen Sis teh herba cina dia.

Bila Sis kata untuk apa, dia kata untuk bersihkan toksin dalam badan, dan paling terkejut dia kata dalam teh herba tu ada bunga raya yang membantu untuk membakar lemak dan menurunkan berat, aitttt... pelik ajee, bunga raya? Kekekeke.. 

Tapi memang betul laa, apa yang staff tu jelaskan mengenai teh herba tu, sikit sebanyak memang ada  benarnya dari apa pembacaan Sis sebelum ni. Bunga Raya ni banyak khasiat dan kegunaannya. Cuma ramai orang je tak tau akan bagusnya bunga raya ni, paling biasa orang buat, bila anak demam, daun dan bunganya kita amik dan jelum kepala anak, kan kan?.. 

Rupenya banyak khasiat dan kegunaannya.. Ini Sis kongsikan apa yang Sis baca dari Hello Doktor ni untuk korang sama-sama tau dan boleh praktikkan. Now so far memang minum teh herba tu, asyiklah buang angin aje hahaha.. 

Teh Bunga Raya Boleh Kuruskan Badan?

Siapa yang tidak kenal dengan bunga raya? Ada pelbagai kegunaan dan khasiat bunga raya yang korang mungkin tidak tahu. Bunga raya berasal dari Negeri China dan Kepulauan Pasifik. Malah, ia merupakan bunga kebangsaan bagi negara kita, Malaysia.

Selain daripada keindahan semula jadinya, ia juga mempunyai sifat-sifat perawatan sangat penting yang mana telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India.

Kegunaan dan khasiat bunga raya

Semua bahagian tumbuhan ini dianggap berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat bunga raya yang mungkin tidak diketahui.

1. Jaga rambut menggunakan bunga raya

Komponen ubat yang terdapat di dalam bunga raya adalah vitamin C dan mineral. Sebatian polifenol dalam daun bunga raya diketahui mengandungi sifat antiradang. Malah, ia dipercayai menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan rambut beruban.

Untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya, bunga-bunga itu dikeringkan, dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk disapu pada kulit kepala.

Teh Bunga Raya Boleh Kuruskan Badan?

2. Merawat demam dan sembelit

Sejak dahulu lagi, bunga raya telah digunakan dalam budaya berbeza sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan. Contohnya, orang Mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu tubuh, merawat penyakit saraf dan jantung, dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik.

Oleh sebab kesan penyejukan teh bunga raya, demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika, kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit. Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause.

Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ini adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.

Teh Bunga Raya Boleh Kuruskan Badan?

3. Merendahkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol

Kebelakangan ini, tumbuhan ini menjadi popular sebagai ubat yang berkesan untuk tekanan darah tinggi atau hipertensi. Selain itu, khasiat bunga raya juga boleh mengurangkan tahap kolesterol yang tinggi yang menjadi faktor utama serangan jantung.

Sebatian bioflavonoid dalam teh bunga raya boleh membantu pencegahan kolesterol dan dengan itu ia menghasilkan hati yang sihat.

Teh Bunga Raya Boleh Kuruskan Badan?

4. Khasiat bunga raya dalam membantu mengurangkan berat badan

Sesetengah peminum teh menggunakan teh bunga raya untuk membantu mengurangkan berat badan. Badan menghasilkan enzim yang dikenali sebagai amilase yang berfungsi untuk memecahkan molekul gula dan molekul kompleks dalam makanan.

Apabila seseorang mengambil terlalu banyak makanan yang kaya dengan karbohidrat (penuh dengan gula dan kanji), mungkin berlaku pertambahan berat badan pada individu berkenaan. Menurut pubmed.gov, bunga raya mengandungi bahan yang boleh menghalang pengeluaran amilase (kumpulan enzim yang dpt menukarkan kanji menjadi gula).

Seseorang yang kerap minum teh bunga raya boleh mencegah terlalu banyak penyerapan karbohidrat dan akibatnya tidak mendapat berat badan berlebihan. Jadi ini merupakan khasiat bunga raya yang boleh diamalkan bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan.

Teh Bunga Raya Boleh Kuruskan Badan?

5. Meningkatkan sistem imun

Selain mengandungi jumlah asid askorbik yang banyak, bunga raya juga mempunyai khasiat seperti berikut:

1.145 g protein
2.61 g lemak
12.0 g serat
1,263 mg kalsium
273.2 mg fosforus
8.98 mg besi
0.029 mg karotena
0.117 mg tiin
0.277 mg riboflavin
3.765 m niasin

Disebabkan semua nutrisi itu, teh bunga raya dikatakan boleh berfungsi sebagai makanan tambahan yang sangat baik dan membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Teh Bunga Raya Boleh Kuruskan Badan?

So amacam, banyakkan khasiat bunga raya, so lepas ni kalau ada tanam atau terjumpa pokok bunga raya, haaa bolehlah manfaatkan daun dan juga bunganya yaaa.. tak tau macam mana, banyakkan pembacaan tapi nak senang, pi je laa beli yang dah siap kering..

Yang Sis sekarang minum brand Garden Andes, tu Sis beli di kedai SengSei tu laa, cina tu yang rekemean, sedap rasa tehnya.. korang cubalah.. tak silap Sis dah belek, kat Shopee pun ada jual teh tu.. 


P/S: 'Sis dah nampak kuruslah', hahahaha nak pecah jantung Sis ko dengor hahahaha... kurus tang kaki jerr hahahaha.. 

14 comments:

  1. Pertama kali dengar ni Sis, teh bunga raya.. kalau untuk kegunaan lain tu biasa dengar.

    ReplyDelete
  2. wow ako pun first time dengar..
    pasni bole cari teh bunga raya jgk la :D

    ReplyDelete
  3. kalau penjagaan rambut penah
    sb dulu2 arwah tok suruh syampu rambut dgn air daun bunga raya ni
    utk kurus tak penah dengar lg

    ReplyDelete
  4. Teh bunga raya x penah dgr. Tp untuk rambut taulah sbb mama dok lumur kat rambut kitorang masa kekecik

    ReplyDelete
  5. Boleh try ni Teh Bunga Raya ni... Mana boleh bagi chance Sis Lin kurus... hahaha...

    ReplyDelete
  6. bnyak juga kebaikan bunga raya ni ye..tapi memang kalau buat mandi bagus bunga ni..sekarang susah nak nampak bunga ni..kat kampung selalu ada

    ReplyDelete
  7. Teh bunga raya?. Kat rumah sis ada bunga raya warna kuning. Kalau daun2 dia boleh letak kat kepala kalau demam. Nak kurus ni sis baru dengar pulak khasiat bunga raya ni.

    ReplyDelete
  8. baru tau banyak khasiat bunga raya ni..ingat hanya untuk kegunaan terapi sperti spa tu je..

    ReplyDelete
  9. Yes! So true! Hibiscus tea is good for slimming and beauty. I dulu I pernah minum herba life punya. It tasted quite good liaw.

    ReplyDelete
  10. Wow! Banyak khasiat bunga raya kan. And no wonder ianya menjadi bunga kebangsaan kita, sebab banyak health benefit dia kan.

    ReplyDelete
  11. wow first time tau ada teh bunga raya, mesti wangiiii je baunya. suka sangat bunga raya ni, kecik2 dulu selalu makan kelopak bunga raya hehe

    ReplyDelete
  12. Tak sangka bunga raya juga boleh dijadikan teh. First time dengar. Selalu dengar pasal bunga telang, bunga kekwa tp bunga raya x pernah jumpa lagi

    ReplyDelete
  13. Memang bunga raya banyak kebaikan dia kan.. tapi menarik pulak ada boleh buat teh pulak tu.first time dengar

    ReplyDelete
  14. merawat demam tu mmg ya . ianya dapat.nenyejukkan badan.. banyak kebaikan nanti boleh try

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.