BENTUK BADAN KORANG EPAL @ PIR?

BENTUK BADAN KORANG EPAL @ PIR? | SEBELUM korang jawab soalan tu, biarlah Sis bagitau dulu jenis bentuk badan Sis ya, kang ada plak yang duk ngata, 'sibukkan tanya orang, sediri tak ukur' gituhhh... Okay, untuk bentuk badan Sis, semestinyalah epal, maklumlah gebu gitu.. hehehehe..

Tapi kalau berjumpa dengan Doktor kesihatan consultant Sis, dia kata bentuk badan Sis jenis segi tiga terbalik (inverted triangle), sebab katanya Sis punyai bidang dan dada yang lebar, sedangkan bahagian perut dan punggung kecik. Hurmmm entah laa ya.. 

Sebenonya tak pernah pulak amik kisah bab bentuk badan ideal ni haa, janji tidaklah terlalu besar dan sesuai dengan ketinggian dan berat, tu dah cukup memadai dah. So takde laa sendiri tengok cermin rasa pelik kan, yang penting semuanya 'original'.. takde bedah-bedah hahahaha.. 

Untuk korang pulak bagaimana? Adakah bentuk badan korang Epal @ Pir?

Bentuk Badan Korang Epal @ Pir?

Ini Maksud Bagi Setiap 5 Jenis Bentuk Badan Manusia

Bentuk badan manusia mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Namun, tidak ramai yang mengambil berat mengenai bentuk badan ideal bagi manusia. Ada yang mempunyai jenis bentuk badan ‘epal’, dan ada juga disebut sebagai bentuk badan ‘pir’.

Apakah perbezaannya, dan apakah maksud di sebalik setiap jenis bentuk badan manusia ini.

Variasi bentuk badan manusia

Terdapat beberapa perkara yang boleh menentukan bentuk badan manusia. Antaranya ialah faktor jantina, umur, genetik dan juga gaya hidup yang diamalkan. Ada sesetengah orang yang makan banyak, tetapi susah untuk mengalami kenaikan berat badan.

Ada yang hanya makan sedikit, tetapi mudah untuk bertambah berat badan. Ini ialah contoh bagaimana beberapa faktor boleh mempengaruhi bentuk badan seseorang individu. Secara umumnya, bentuk badan manusia boleh dikelaskan mengikut beberapa jenis bentuk badan tertentu.

Antara kategori-kategori bentuk badan manusia ialah bentuk badan epal, pir, jam pasir, segi tiga terbalik dan juga pembaris. Manakah bentuk badan ideal bagi manusia?
Bentuk Badan Korang Epal @ Pir?
Bentuk badan ideal: Bentuk pembaris (ruler)

Ia disebut sebagai bentuk badan pembaris disebabkan bentuk badan yang kelihatan sekata tanpa sebarang bentuk melengkung yang jelas. Saiz bagi bahagian dada dan juga pinggang juga adalah sama.

Korang tidak semestinya seorang yang kurus untuk memiliki bentuk badan jenis ini. Ada juga mereka yang obes mempunyai bentuk badan pembaris ini. Namun, kebanyakan daripada mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini mempunyai masalah kekurangan berat badan.

Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti ini, korang berisiko tinggi untuk mempunyai masalah berkaitan tekanan, haid dan juga kehamilan. Bentuk badan yang kurus tidak semestinya menandakan korang sentiasa sihat.

Memandangkan korang agak sukar untuk mengalami peningkatan berat badan, korang masih perlu menjaga dan mengawal pemakanan anda setiap hari.

Bentuk badan ideal: Bentuk segi tiga terbalik (inverted triangle)

Bagi bentuk badan ideal ini, seseorang itu mempunyai bahagian bahu atau dada yang lebih besar atau lebar. Bahagian pinggang dan juga pinggul pula lebih kecil berbanding bahagian bahu. Ada yang menyatakan bahawa, saiz dada yang lebih besar mungkin menyebabkan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Namun, ia sebenarnya tidak benar sama sekali. Ini kerana, untuk menentukan risiko mendapat kanser payudara, korang perlu memeriksa ketumpatan payudara korang. Payudara yang lebih tumpat boleh merisikokan korang untuk mendapat kanser payudara.

Ini kerana, ia mempunyai kandungan tisu penghubung yang lebih banyak berbanding tisu berlemak.


Bentuk badan ideal: Bentuk jam pasir (hourglass)

Seperti namanya, ia bermaksud bentuk badan yang mempunyai bentuk seperti jam pasir. Lemak badan berada secara sekata antara bahagian tubuh sebelah atas dan juga sebelah bawah.

Saiz pinggang pula adalah kecil dan kelihatan cantik. Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini, agak sukar untuk menentukan secara fizikal sama ada korang mengalami kenaikan berat badan atau tidak.

Korang perlu kerap menimbang berat badan korang untuk menentukan sama ada tergolong dalam kalangan obes atau tidak. Makan makanan yang rendah lemak dan tinggi serat untuk memastikan kelangsungan kesihatan tubuh yang berpanjangan.

Bentuk badan manusia: Bentuk buah pir (pear)

Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini, saiz bahu dan juga dada lebih kecil berbanding bahagian pinggul dan juga pinggang. Ada kajian menyatakan bahawa, lemak yang berada lebih banyak di bahagian punggung dan juga pinggang boleh mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit jantung.

Namun, ada juga kajian yang menunjukkan hasil dapatan yang sebaliknya. Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, adalah lebih baik untuk menghilangkan lemak badan di mana-mana bahagian tubuh sekalipun.

Sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari. Ini kerana, lemak di tubuh bahagian bawah lebih sukar untuk disingkirkan berbanding lemak di bahagian atas.

Bentuk Badan Korang Epal @ Pir?

Bentuk badan manusia: Bentuk buah epal (apple)

Kaum lelaki lebih kerap mempunyai bentuk badan seperti buah epal ini. Bagi bentuk badan manusia ini, bahagian badan atau abdomen kelihatan lebih bulat selain mempunyai saiz pinggang yang lebih besar. Ini disebabkan pengumpulan lemak yang lebih tertumpu di bahagian badan sahaja.

Bentuk badan seperti ini mempunyai risiko kesihatan yang paling tinggi berbanding bentuk tubuh ideal yang lain. Pinggang yang lebih besar dan lebar mungkin menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit berkaitan jantung.

Selain itu, korang juga berisiko untuk mengalami penyakit kardiovaskular, diabetes dan juga kanser. Korang perlu mengurangkan berat badan dengan segera dengan melakukan senaman dan mengamalkan diet yang sihat.

Makan lebih banyak buah-buahan, sayuran dan juga protein tanpa lemak.

So, korang berada dalam kategori yang mana? Korang rasa, bentuk badan korang berada dalam jenis yang mana? Epal, pir, pembaris, jam pasir atau segi tiga terbalik?..


P/S: Kadang bila dah berusia ni, nak kuruskan badan bukan senang yaa, istoqimah tu selalu terbabas ajer hahahaha... 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alamakk bentuk apa. ye
    emm kena. tahu jgak ni
    beratt pun rasa dah naikk. skrg
    terutama perut huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kena depan cermin nengok baru tau hehehehe..
      Samalah kita berat naik haaa..

      Delete
  2. Risaunya bila banyak stok lemak tak tepu
    ramailah penyakit yang datang bertandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wak, lemak tak tepu tu kadang tak nampak, tapi bawa penyakit huhuhu...

      Delete
  3. Replies
    1. Bentuk pir fokus pada pinggung aje laa nak kasi kecik kan...

      Delete
  4. Ammi bentuk hourglass hahahhaha.. Matilanakkkk perasan sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuyooo hahahahaha.. takpe Ammi, one day mana le tau berjaya mendapatkan bentuk idaman..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post