MINYAK PANAWAY YOUNG LIVING PENEMAN SETIA AKU KETIKA MEMANDU JAUH

MINYAK PANAWAY YOUNG LIVING PENEMAN SETIA AKU KETIKA MEMANDU JAUH | SEJAK diperkenalkan dengan Young Living ni, memang Sis boleh di katakan dah jadi pengumpul segala minyak EO YL yang ada, cuma mana yang agak mahal tu, belum ada rezeki laa nak beli. Yang ada pun hanya beli untuk kegunaan harian.

Tapi harini Sis nak cerita mengenai minyak EO YL kesukaan dan peneman Sis ketika Sis memandu jauh atau pergi bercuti atau kemana sekalipun. Dah takde pakai minyak YuYee dah, now dah guna sepenuhnya EO Panaway dari Young Living ni. So far Sis dah ada 3 botol dah, satu dirumah, satu dalam kereta dan satu lagi dalam handbag. 

EO Panaway ini adalah minyak pati yang khusus direka untuk melegakan ketidakselesaan otot selepas bina badan atau aktiviti fizikal. Ia mengandungi pelbagai sebatian semula jadi yang bermanfaat seperti methyl salicylate, gamma-curcumene, menthol, dan eugenol.

EO Pan Away adalah pilihan yang sesuai untuk mereka yang lasak bersenam, melakuukan aktivit bersukan dan berbasikal, atau bagi mereka yang lenguh-lenguh badan dan sakit otot, lebih-lebih lagi ketika memandu jauh. Sebabnya ia mempunyai bau yang menyegarkan dan memberikan rasa serapan sensasi penyejukan cepat kepada kulit.

So dalam masa yang cepat, ianya bertindak balas dengan cepat dan pantas meredakan kesakitan. 

Minyak Panaway Young Living Peneman Setia Aku Ketika Memandu Jauh

Kandungan yang ada dalam minyak Panaway ni, seperti ; 

Wintergreen leaf oil - Wintergreen oil ni multipurpose sebenarnya, tapi antara kegunaan dia adalah untuk uplift mood sebab bau dia yang segar, hampir macam mint juga, digunakan untuk treat infection, dan juga sebagai pain relief.  

Helichrysum flower oil - Mengandungi khasiat anti-inflammatory, merawat kembung, sakit perut, menaikkan metabolisme dan sebagainya. 

Clove bud oil - Clove oil ni pun multipurpose juga, dan bersifat 'anaesthetic' jadi banyak digunakan dalam rawatan pain relief.  

Peppermint oil - Peppermint ni Sis banyak guna time tidur bersama Lavender. Ianya boleh di gunakan secara single oil untuk pelbagai rawatan juga termasuk sinus, batuk, sakit kepala, sakit otot.  Yelah, dah la bau fresh sangat, khasiat pun pelbagai pula termasuk merawat kembung, respiratory issues, stress relief dan banyak lah lagi. Memang lapang dada bila pakai sebelum tidur. 

Minyak Panaway Young Living Peneman Setia Aku Ketika Memandu Jauh

Manfaat EO Panaway Young Living ; 

Minyak esensial Panaway adalah campuran popular yang diformulasikan oleh Young Living Founder D. Gary Young yang memiliki aroma menyegarkan dan sensasi sejuk bila disapukan pada kulit. Minyak Panaway adalah kombinasi minyak esensial Wintergreen, Helichrysum, Clove, dan Peppermint.

Minyak Panaway adalah salah satu produk Young Living yang paling 'laku keras', efektif dan popular dan harus korang beli dan simpan di setiap rumah bai mengantikan minyak angin yang biasa di guna tu. 

Penggunaan Minyak PanAway ; 

Korang hanya perlu titiskan ke jari dan gosok di bahagian yang terasa lenguh dan sakit tu. 
Untuk kelegaan kaki, korang hanya sapu dan gosok minyak Panaway tu di bahagian bawah kaki korang. 
Untuk di buat mandian, korang juga boleh menambahkan beberapa titis minyak EO Panaway ke dalam tab mandian korang, kemudian rendam dan mandi bersama rendaman air panas. Ianya mampu meredakan kekejangan dan juga melapangkan fikiran yang stress setelah seharian bekerja. 

Antara lain kegunaan Panaway ini ialah ;
  • Membantu melegakan sakit kepala
  • Melegakan sakit belakang
  • Membantu melegakan kesakitan yang semakin sakit (growing pain)
  • Melegakan sakit otot
  • Melegakan terseliuh
  • Membantu melegakan lebam
  • Membantu melegakan tekanan pada otot
  • Membantu melegakan sciatic pain, arthritis dan frozen shoulder
  • Membantu melegakan kecederaan semasa bermain sukan
  • Melegakan cramps kaki, tangan dan bahu
  • Melegakan kesakitan fibromyalgia (a chronic disorder characterized by widespread musculoskeletal pain, fatigue, and tenderness in localized areas)

Minyak Panaway Young Living Peneman Setia Aku Ketika Memandu Jauh

Untuk pengalaman dan sharing Sis gunakan Panaway ni memang love sangat.. memang tak tinggal Panaway ni Sis bawa. Time memandu ke atau selepas memandu ke, bila sapu, lega terus sakit dan lenguh bahu dan otot. Now Suami pun dah pandai minta Panaway yaaa hehehehe.. 

Minyak Panaway ni ada dalam set PSK okay.. memang untung sangat kalau korang beli satu set PSK, dapat free, sebab kalau beli single 15ml, harganya boleh tahan…maklumlah..barang benda bagus, takkan laa jual murah kan! 

So kalau korang nak cuba, Sis suggest korang beli jer set PSK terus.. then korang akan dapat bermacam-macam minyak EO selain PanAway..alah membeli, menang memakai, dah ada set, so senang, korang hanya tambah je EO mana korang suka dan dapat harga pembelian member, lagi berbaloi. 

Jom kita jadi 'orang minyak' hahahaha.. 


P/S: Ada satu lagi EO kesukaan Sis, Spearmint... arghhh sekali hidu, ermmmm sedap baunya.. fresh.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Set keahlian baru dah xde eo panaway ni. Diganti dengan eo valor n deep relief

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke Madi, okay nanti Sis edit balik..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post