AKU KETAGIH MAKAN TONG MO BAKAR!

AKU KETAGIH MAKAN TONG MO BAKAR! | MEMANG betullah, sekali dah cuba, sedap dia tu susah nak bawak bincang arr, baru je nak bincang, dah licin sebekas hahahaha.. Korang pernah ke mencuba makan Tong Mo ni?.

Jangan pandang pada rupa, tapi cubalah sekali, pasti gian le nak makan berkali-kali. Sebelum ni memang viral makanan Tong Mo ni, dan ada jugalah terbaca akan desas-desus mengenai Tong Mo ni yang di katakan 'tidak elok' di makan dan rupanya agak was-was gitu.

Apa Tong Mo tu? Tong Mo adalah daging cincang yang diperap dengan rempah istimewa dan disumbat ke dalam usus lembu nipis. Ia adalah makanan tradisional rakyat Kemboja, malah lebih popular di panggil sosej Kemboja. Kata kawan Sis, lebih nak rasa sedap, makan dengan jeruk betik. 

Tapi tak payah, korang makan begitu aje, cecah dengan sos dia tu, perghhh dah rasa macam 'Kambing Bakar' okay.. sedap giler.. 

Tong Mo Bakar Viral

Tong Mo Bakar Viral

Kalau di area kawasan rumah Sis ni, selain di Kota Masai, yang paling dekat ada jual Tong Mo ni, ada di depan Balai Polis Taman Scientex berdekatan dengan pusingan roundabout tu ha. Betul sebelah dengan gerai menjual Ayam Bakar. 

Sebelum ni, kalau beli Ayam Bakar, Sis pandang je dari jauh gerai Tong Mo ni, lagi kalau dengan anak Sis, memang dia tengok je dia agak 'geli', ye laaa rupa paras Tong Mo tu yang tergantung tu, membuatkan sesiapa yang nengok rasa agak pelik kan. 

Tapi di sebabkan keinginan nak mencubanya, dan ada sekali tu, Sis keluar sendiri, then Sis singgah membeli, masa tu laaa bila dah rasa, perghhh terus Sis ketagih makan Tong Mo bakar ni hahahaha.. 

Tong Mo Bakar Viral

Sedap ke rasa Tong Mo? Kalau di tanya Sis, yaa sedap bagi tekak Sis, ini kali ketiga Sis memakannya. Ikut tekak Sis ni, boleh Sis katakan rasa dia macam rasa kambing bakar macamtu. Yaa betul, rasa daging Tong Mo bakar dia tu bila di kunyah makan dengan sos tu, memang macam makan kambing bakar. 

Harga sebekas tu RM15 untuk 3 ketul. Baca macam sikit nau 3 keul tu kan, tapi banyakkkk, seketul dia tu bila dah kerat-kerat, jadi banyakk.. jangan tamak yaa.. Tapi kalau rasa tak cukup, boleh beli set 6 biji dengan harga RM30 hengget hehehehe.. 

Dan setiap set di jual dengan potongan daging Tong Mo dan juga Coleslow ya. Ngam sangat bila di makan sama. 

Korang tak pernah cuba boleh cuba, memang sedap. Makan tu jangan fikir benda lain, tu makanan oii, yang ko fikir bebukan dah kenapa?.. ermmmmm..

Senang cakap, tepuk dada, tanya selera.. 


P/S: Dalam kete tu juga licin hahahaha.. 

36 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tak pernah cuba lagi..sbb mcm tak pernah jumpa pun.

    ReplyDelete
  2. Kita pon suka bnda ni. Tp kalau sebulan sekali boleh la nk makan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa laa Madi, makan selalu mau kalori naik oiii.. hahahaha

      Delete
  3. Daging cincang tu memang kambing, kan.. sebab tu la rasa kambing, hehehe.
    Dekat belakang rumah akak ada jual, ada sekali dah order tapi dia wsp bagitau isinya pecah, tak boleh jual. Orang tu pun tak meniaga dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee kot Kak, tapi macam tak rasa kambing, bau pun takde, cuma sebab dah bakar, tu yang rasa kambing bakar..

      Delete
  4. kita tak pernah rasa lah kak oi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nengok pun ngeri ekk... nanti cubalah hehehe

      Delete
  5. tak pernah rasa lagi. sedap rupanya eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sedap Hernee, kalau jumpa ko try laaaa...

      Delete
  6. First time I heard of tong mo. Tengk gambar dlm post nie buat I interested pula nak cuba. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Fadima, kalau you nampak, you try, sedap rasa dia..

      Delete
  7. ni first time saya dengar...tp bila ckp mcm hotdog sumbat dlm usus lembu mmg pernah tengok dkt youtube...mcm sosej jugak kan..bile sebut kambing bakar teliur pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa begitulah, dari segi rupa memang macam hotdog tapi dalamnya daging, sedap, lagi terasa bakar dia tu..

      Delete
  8. First time iena dengar tong mo.. daging cingcang rupanya.. tengok gambar tu nampak sedap and menyelerakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Iena, rasa dia bagi Sis macam kambing bakar ...sedap..

      Delete
  9. Memang terliur tengok sebab pernah tengok dalam utube tak pernah rasa lagi
    Esok carikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, selalu pun nengok je orang jual, tapi bila dah cuba sekali, kemain sedap...

      Delete
  10. First time tahu ade makanan nama tongmo. Heheheh daging je rupanya. Nama pelik sikit. Tapi macam best jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pelik, rupa lagi lagi takde, tapi rasa dia sedap gilerrr hehehehe

      Delete
  11. Is that 'khambeng' (baca dengan slang tau)? I do not eat 'khambeng'. If beef, perhaps I will try. Hahahaha
    Ketagih ye Sis. Bahaya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr khambeng hahahaha... engko try laa, sekali cuba pasti nak lagi hahahaha

      Delete
  12. pernah makan sekali mmg best. suka bau ms dia bakar mmg sedap giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann sama laa Sis, duk hidu-hidu masa dia tengah bakar dan potong gahaha

      Delete
  13. Oh wow this is so special, its my first time get to know about this dish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat.. lain dari yang lain kan Kelly, ypu should try ...

      Delete
  14. apa la eh rasanya? hahaah khai benda lain okay tapi bila cakap usus dah terbayang benda lain. lagipun memang tak makan organ dalaman. tapi bleh je one day nak try haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kambing bakar, kan dah tulis tu hahahaha.. nanti try laa Khai..

      Delete
  15. Tong Mo ni semakin mendapat tempat dikalangan our community kan.. skrg pergi mana2 pun ada orang jual bah... tapi Nell tak pernah try lagi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa haritu ke Kuantan pun, nampak ada orang jual juga...

      Delete
  16. After looking at the delicious pictures that you have posted, I also want to try these tong mo bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe you should try kalau terjumpanya Tekkaus..

      Delete
  17. aduhh.. terus teringin nak cari jugak lah .. dapnya

    ReplyDelete
  18. Tongmo memang sedap , sebab tu sampai jadi ejen tongmo. Yang saya jual ni memang original orang kemboja islam yang buat . Makan saja sedap buat jadi lauk pun sedap. Juicy masam2 masin manis gituuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Kak jual ka? Boleh frozen ekkk, baru Saya tau.. memang sedap, seminggu mesti nak beli sekali dua hahahaa

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post