SEKEPING WARKAH BUAT SUAMIKU

SEKEPING WARKAH BUAT SUAMIKU | ALAHAI Sis Lin kemain berwarkah bagai yaa, jiwangnya minah ni, hahahaha.. Oiii ini bukan jiwang atau gedik-gedik yaa.. ni sekeping warkah buat Suamiku sebagai luahan apa yang ada dalam hati ini. 

Sesekali nak meluahkan rasa cinta, kasih dan sayang pada sesaorang di sini apalah salahnya kan.. bagi Sis, engko review, engko update segala cerita entah apa-apa boleh, tapi menulis untuk sesaorang yang kau cintai takkan tak boleh kan di blog sendiri..

Mana tau, satu hari jika Sis sudah tiada, warkah ini akan menjadi kenangan tanda kasih sayang Sis kepada Suami.. Terima kasih ya Allah, hari ini..aku masih bergelar isterinya.. isteri yang sangat bertuah dan beruntung punya suami sebaik dan seikhlas hatinya.. walau aku tahu, dirinya tetap ada kekurangan sebagai manusia biasa, malah diriku ini, lebih banyak kekurangan dan kelemahannya, terima kasih Ya Allah, cintaku masih setia untuknya..kesabaranku masih bertahan melayan karenahnya.. 

Moga kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam diriku, Allah tambahkan berlipat ganda dalam menempuh perjalanan perkahwinan yang masih panjang... aamiinn.. 

Sekeping Warkah Buat Suamiku

Sayang,
Isterimu titipkan coretan ringkas buatmu duhai suamiku, aku sering berharap moga sayang akan membaca dan memahami setiap baris ayat yang sudah aku coretkan ini...

Sayang,
Kalau diikutkan pada bacaan,cukup mudah untuk menjadi yang isteri solehah, namun hakikatnya amat payah, aku memang tak sehebat Saidatina Khadijah, tidak semulia Sumayyah, tidak sesetia Rabiatul Adawiyah, dan aku juga tidak secantik Puteri Balqis.. aku hanya seorang isteri yang mencari syurga dikaki suami, kadang-kadang aku juga diuji tatkala bahagia beraja dihati.. aku hanya mahu mencari redhamu duhai suami.. kerana disitulah redha Allah kepada diri ku...

Sayang,
Aku cukup sedar menempuh alam perkahwinan bagai meniti dititian di sungai... perlu berhati-hati tatkala sedang meniti dititian, perlu azam dan kekuatan untuk sampai hingga ke hujung titian, andai langkah yang aku atur itu kau terlihat sumbang.. tegurlah aku dengan sebaik-baik teguran.. kerana bimbang aku boleh terkejut lalu terjatuh ke dalam sungai lantas dihanyutkan air deras dan dalam, aku pasti lemas, lemas kerana kecuaian diri yang tak disedari oleh dirimu sendiri sayang.

Sayang,
Adakah kau tahu... aku hanya manusia biasa yang punya sekeping hati, sekuat mana tingkahku, adakalanya aku juga lemah pada kekuatanku yang aku ciptakan sendiri.. tiada apa yang aku harapkan sebagai seorang isteri hanyalah kasih yang di ungkap, dan rasa sayang yang dizahirkan..

Ya Allah,
Aku akur jika syurga itu bukan buat diriku, kerana aku bukan isteri yang sempurna, tapi aku berusaha untuk mencari kesempurnaan, dan janganlah ENGKAU menghukum suamiku, hanya kerana kelemahan yang aku ciptakan sendiri..biarlah syurga itu menjadi tempatnya, biarlah disana nanti, bidadari-bidadari syurga menemaninya, kerana hanya yang terbaik adalah dariMu, bahagiakanlah suamiku.. Ya Allah, sesungguhnya suamiku pernah membahagiakan aku dan itu juga cukup membahagiakan aku.

Sayang,
Bukan mudah mencipta bahagia, andai kita leka dan alpa dengan dunia kita... bukan mudah membuang sayang andai kasih itu sudah bertapak di hati, bukan mudah mencari cinta andai keikhlasan itu tiada di hati.. aku akur pada takdir, maafkan aku.. kerana bukan mudah bagi aku untuk menjadi sehebat isteri-isteri Nabi, terlalu banyak kelemahan diri yang perlu aku perbaiki, membetulkan kelemahan bukan semudah menyedapkan dalam menu masakan, perlukan kesabaran dan doa yang setimpal dengan usaha disepanjang aku bergelar isteri.

Sayang,
Andai kelemahan masih milikku, maafkan aku.. kerana aku manusia biasa yang punya jiwa yang terkadang seakan mudah kecewa, dan kecewa itu aku simpan di hati yang ada cinta dan bila kesan luka itu tak terubat.. aku hanya berdoa agar diberi aku kekuatan dan kesabaran untuk menakluki cinta yang ikhlas dari seorang suami...

"Yang pasti demi kasihmu akan aku pertahankan ikatan ini hingga kehujung nafas ini"

Ikhlas dari : 
Isterimu


P/S: Mood Honeymoon is turn ON ❤

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aummm..bersemut wakaka..semoga kebahagiaan kalian berkekalan hingga ke jannah ye sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha engko kannn... aamiinn, makaseh Min..

      Delete
  2. Ada karang menimang anak sesaing Yana 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah LOL tau akak ni hahahahaha....

      Delete
  3. Hahaha..🐜🐜🐜
    Ada tabur bedak tak sebelum lipat surat tu masuk sampul.🀭🀭🀭
    Semoga dikurniakan keluarga Sakinah,Mawaddah Wa Rahmah🀲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bedak takde Mama, tapi selete Rexona jer hahahahaha
      Ammiinn, makaseh Mama Cella..

      Delete
  4. Ala..janganlah bagi kita sebek dlm tren. Malu org tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu kannn, sendiri tulis, sendiri baca pun nak nangis ...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post