BINI GARANG GILE!

BINI GARANG GILE! | BINI sapa laa yang garang gile tu ya, adakah Bini pemandu lori? Atau Bini yang membaca posting ni? Hahahahaha... ke Sis ko ni Bini yang garang gile? Percayalah, Sis tak garang sampai gile, tapi garang yang boleh buat orang jadi gila, haaa silalah berhati-hati ..

Gambar di bawah ni adalah kiriman dari anak Sis yang sulung tadi masa dia memandu pulang ke Johor dan jalanraya tengah jem. Punca jem tak tau lagi masa anak hantar gambar ni, kemudian beberapa lama kemudian anak hantar gambar, rupanya ada lori terjunam ke dalam longkang, patutlah jem. 

Dalam pada kesesakan jalanraya tu laa dia ternampak sebuah lori di sebelah kirinya dan terpandang akan 'sign' ayat pada belakang lori tu 'Bini Garang Gile'. Berdekah kami gelak dalam group wahtsapp, ada juga yaa yang begitu hahahaha.. jadi hiburan pemandu lain juga bila memandangnya. 

Bini Garang Gile

Pernah satu ketika dulu, Sis memandu ada juga ternampak orang letak sign macam ni, tapi dia tulis 'Laju-Laju Nak Pi Mana' hahahah comelkan.. kadang kita ni yang tengah stress memandu pun boleh terhibur bila membacanya kan. Kreatif pun yaa kan. 

Alhamdulilah, anak dah sampai dah Johor. Balik pun ada urusan nak si selesaikan. Tapi tak boleh plak cuti sampai Deepavali, sebab anak dah sibuk keluar masuk LAB.. so Ahad ni dah kena balik semula ke Shah Alam. 

Takpelah, lagipun 2 November ni birthday anak, kebetulan dia balik awal, so kita sambut advance aje laa yaa.. Bukan kemana pun, hanya keluar makan-makan je. 

Ayam Masak Kicap Pedas

Dan macam biasalah, tiap kali anak balik, mesti ada menu permintaan darinya. Kali ni anak minta masakkan dia Ayam Masak Semur atau lebih senang panggil, Ayam Masak Kicap Pedas. Memang ini menu kesukaan anak-anak juga Suami. 

Cuma stok ayam ada bahagian paha dan thigh aje, so takpelah, janji ado ayamnya. Lagi sedap dan tak payah nak berebut sorang nak paha sorang nak thigh hahahaha.. sama adil semua dapat bahagian memasing. 


Menu lain ada juga Sis masak, Sayur Lemak Labu dan juga Goreng Teluir Dadar, jadilah, sambal belacan pun ada stok sebelum ni yang Sis simpan dalam bekas, janji ada Kimchi untuk Sis ye udah. Entah ek, sejak-sejak ni kemaruk makan Kimchi dengan nasi hahahaha.. 

Adakah Sis rindu sama Korea? Ooo kena balik kampung gamaknya ni ekk hahahaha.. 


P/S: Meriah rumah bila semua berkumpul ❤

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. amboiii mkan kimhi plak dia ye skrg ni hahha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tau takpe, sejak-sejak ni kemaruk ko...

      Delete
  2. Penah nampak lori yg letak ayat romantic kat blakang lori. Pencinta wanita rasanya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Ammi, penghibur tatkala jem hehehehe

      Delete
  3. Jadi penghilang stress memandu tengah jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wak, anak masa hantar tu pun dia gelak terhibur hehehehe

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post