RESEPI AYAM KERUTUK KELANTAN CHE NOM MEMANG SEDAP

RESEPI AYAM KERUTUK KELANTAN CHE NOM MEMANG SEDAP | RASANYA ini adalah kali ketiga Sis memasak menu kerutuk ni haa. Dan ketiga-tiga menu tu Sis guna resepi kerutuk Kelantan Che Nom yang memang sedap rasanya. 

Memang kalau di lihat dari bahannya agak renyah dan meleceh, tapi hasilnya memang sangat puashati. Ada juga laa certain bahan tu Sis skip sebab takde dalam stok, tapi kejadiaan dan rasanya tetap ada rasa kerutuk. 

Renyah tu sebab nak kena sangai laa, tapi kalau korang memang nak kepuasan masak kerutuk ala menu gulai orang kawin tu, kenalah rajin yaa.. atau kalau malas nak sangai, beli je rempah kerutuk dah siap tu, cuma rasa dia tak sama dan beza dari segi kepekatan kuahnya. 

Yaa Sis dah pernah guna jenis rempah, tak silap rempah kerutuk Adabi, rasa okay cuma warna dan tekstur dia agak pelik dan rasa pun ala-ala macam kari pekat jer.. tapi kalau korang buat sendiri dan reneh guna santan pekat asli, perghh hasilnya memang sangat memuaskan. 

Sis kalau masak menu ayam kerutuk ni, Sis masak seekor ayam yaa.. sebab dah tau akan sedap rasanya dan kena masak lebih takut tak cukup hehehehe.. Nak guna daging pun okay, pun sedap .. 

Korang boleh follow resepi Ayam Kerutuk Kelantan Che Nom ni di bawah okay. Sis copy paste aje dari resepi asal ni. 

Resepi Ayam Kerutuk Kelantan Che Nom Memang Sedap

Resepi Ayam Kerutuk Kelantan Che Nom

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kisar halus:
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan-bahan untuk rempah sangai:
  • 300g tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • sudu kecil biji jintan putih
  • 1 sudu kecil biji jintan manis

Bahan-bahan lain:
  • 1 ekor ayam (berat anggaran 2kg)
  • 1 cawan minyak masak
  • Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 bunga cengkih)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 25g /4 sudu besar rempah kerutuk
  • 1 helai daun pandan
  • 2 keping asam gelugur
  • Santan, dari 1 biji kelapa (atau 2x200ml santan kotak segera)
  • Sedikit gula nisan
  • 2 biji kentang
  • garam, secukup rasa
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar kicap pekat karamel
  • Cili hijau besar
  • Cili padi
  • Serbuk perasa, jika suka

Resepi Ayam Kerutuk Kelantan Che Nom Memang Sedap

Cara Penyediaan :

Cara-cara untuk Ayam Kerutuk :
  1. Kisar halus kesemua bahan dengan air secukupnya.
  2. Bancuh rempah kerutuk dengan sedikit air.
  3. Sangai bahan-bahan lebih kurang 4-5 minit ataupun lebih sehingga naik bau dengan api yang perlahan.
  4. Tumbuk/kisar halus bahan sangai.
  5. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar halus bersama 4 sekawan sehingga kering, kekuningan dan naik bau.
  6. Masukkan cili kisar, serai yang dititik dan bancuhan rempah kerutuk. Kacau sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan ayam dan daun pandan, lalu tutup dan biarkan ayam separuh masak serta sedikit kering.
  8. Masukkan santan, sedikit gula nisan, serbuk rempah sangai dan kentang.
  9. Reneh ayam sehingga masak.
  10. Tambah garam secukup rasa, kerisik, kicap pekat caramel, cili padi, serbuk perasa (pilihan). Sambung masak sehingga kuah naik minyak.
  11. Kemudian,, ayam kerutuk siap untuk dihidang.


Tips:
Selain gula nisan, boleh saja digantikan dengan gula perang ataupun gula melaka.
Tambah santan atau air untuk lebihkan kuah.


P/S: Sis masak memang akan berkuah macamtu, tapi nanti dah sejuk, kuahnya akan pekat. So lebihkan kuah masa panas dalam kuali ya.. 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kecur pulak tengok, makan dengan ketupat pun sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul Kak, haritu kami makan dengan ketupat palas..

      Delete
  2. dana pernah masak kerutuk ni tapi tak mendapat sambutan dari Edy dan Aiyan mungkin sebab berempah dia tu rasa agak kuat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai rempah siap ke Dana? Kalau rempah siap memang rasa dia kurang, cubalah buat versi ni, yang ni sedap...

      Delete
  3. Ammi suka lauk yg "rich" macam ni. Sedap makan ngan nasi panas yg lembu sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, makan dengan nasi panas, curah kuahnya, sedapnyaaa...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post